Happy Besday To You..
happy Besday To You..
Happy Besday To abadiromeoblogspot.com
Happy Besday To Youuuuuuuuuu.....waaaaaaaaa
Huuuhuhuhuhuhuhu.....
Sob..!...Sob...!Sob.....tisu please
Memang pilu sedih dan menyayat hati kerana sambut besday keseorangan..tiada tepokan dan sorakan,tiada reben atau belon yang bergayut-gayot dan KFC atau pun Cheeezy Pizza Hut..keseorangan meniup lilin sambil mengesat hingus yang meleleh sesekali terasa masin masuk ke mulut..masin pun ku telan jua..aku punya,bukan orang lain pun.Dalam perasaan bercampur baur gembira duka dan terasa seperti dihari kelahiran blog abadiromeo.blogspot.com.
Sekapur Sireh
Sebenarnya entry pertama aku ialah pada 8/12/2010 dan sehingga disaat ini aku telah menerbitkan 429 entry.Bermula dari kisah peribadi sehinggalah aku belajar teknik mengkopy paste yang sangat dikutuk.Aku tahu ramai juga blogger yang melabelkan copy paste tu sebagai perbuatan terkutuk dan sepatutnya dilayangkan kad merah dan terpaksa meninggalkan padang permainan namun perlu juga diingat untuk bertahan didalam dunia blogger idea atau kisah pribadi tidak menjamin traffiq datang ke blog.Aku bukanlah seorang yang terlalu rakus mengcopy paste,sehingga tidak mampu melahirkan idea sendiri tetapi siapalah aku...aku hanyalah manusia kecil yang biasa-biasa di dunia blogger yang sungguh luar biasa.
Bermula dengan rasa tidak puas hati dengan Facebook yang terhad dalam menyuarakan pandangan aku mula tertarik untuk menulis blog yang menyediakan platform yang sesuai dalam melontarkan pandangan,memuntahkan rasa-rasa mual yang meloya ditekak dalam menzahirkan ketidakpuasan hati,meleraikan segala simpulan hati dengan cara aku sendiri dan aku lebih suka bersantai-santai dalam menulis seperti berada dipinggiran pantai bersama Lisa Suriani kerana tidak mahu terlalu serius dan kritikal seperti berada di wad ICU.
Mereka Yang Datang Dan Pergi
Sebagai newbie blogger..aku sentiasa mengalu-alukan kedatangan pembaca yang singgah dengan pelbagai cara..menerjah blog aku sehingga bergegar laman blog ini..dua tiga kali pintu blog ini terpaksa di baiki akibat terjahan ganas bila ada berita-berita sensasi dan terkini.Ada juga yang datang berjalan kaki,(blogwalking0)..berguling-guling dan tak kurang juga yang cuba skodeng-skodeng dan tidak kira lah bagaimana cara pembaca itu datang...kedatangan anda semua aku sambut dengan hati yang terbuka..kecik tapak tangan..Stadiuum Bukit Jalil aku tadahkan.
Follower dan Pengkomen Pengkomen Encem Dan Jelita
Kepada yang berani mati menjadi follower abadiromeo.blogspot.com,terima kasih daun keladi
dan yang pastinya blog ini tidak akan memudaratkan kesihatan anda malah aku dalam proses mendapatkan cop SIRIM untuk menambahkan keyakinan anda yang anda membuat pilihan yang tepat dengan menjadi follower.Dikesempatan ini juga aku nak menyusun sepuluh jari tangan dan kaki memohon kemaafan kerana aku tidak berkesempatan untuk membalas kunjungan anda semua dan menjadi follower.Kekangan masa yang begiru cemburukan aku yang encem dan segak bergaya ini membataskan aku..Insyaallah aku akan cuba menjadi tamu di blog kalian semua.
Buat manusia yang sentiasa memberikan sentuhan melalui komen-komen yang membina dan tak kurang juga yang melondehkan kain pelikat aku..terima kasih.
Harapan
Semoga percintaan aku dan Lisa Suriani berakhir dijinjang pelamin...hehehe...tak delah..iklan jap.Harapan supaya blog ini terus maju di hadapan,kalaupun tidak setanding..aku boleh berdiri sama tinggi.,duduk sama rendah..mencangkung sama keluar..berbanding dengan blog2 yang berjaya yang tak perlulah aku senaraikan.
Tak ingin aku berlama-lama menulis kerana aku tahu,pembaca tidak berminat dengan entry yang panjang macam Highway PLUS,aku singkatkan segala yang laboh kerana aku tahu ramai yang suka yang singkat dan boleh menjulingkan mata disamping senaman mata.Jumpa lagi dihari dan waktu yang sama..salam sayang buat semua yang singgah..ajaklah kawan-kawan datang..bawalah sekali kaum kerabat dan kalau mereka tak nak datang..kambing kat belakang rumah tu kalau nak bawa..bawa lah sekali.Jangan malu-malu,buatlah macam rumah sendiri......
P/S: Hajat dihati nak buat contest tapi masih mencari penaja..bukan nak yang korporat yg besar2 cukuplah kalau dapat Celcom,DiGi,TNB,Adidas,Nike,Boss,Maybelene atau Jamu Mak Dara dan kira wokay..hehehe..hadiah pertama Santai Bersama Lisa Suriani di Pulau Bali 3hari 3 Malam..tambang bayar sendiri..penginapan sendiri..makan minum sendiri,yang disediakan cuma tisu untuk mengelap air mata kerana akan ditinggalkan Lisa Suriani...ooooowwwhhh
kejap jer dah setahun,pengunjumg dtg dah pergi tu biasalah bro,yg penting terus berkarya.Bukan senang nak maintain trafik dan nak cari pembaca setia mungkin kita masih lagi ada kekurangan yg kita tidak sedari.