Salam Jumaat..
Khutbah hari ini kebanyakannya berkisar kepada nilai keamanan dan menghargai keamanan.Mungkin disebabkan suasana politik hari ini agak panas,keamanan menjadi tajuk utama di kebanyakan masjid diseluruh negara.Aku tidak mahu terbawa-bawa sangat dengan arus politik perdana cuma mungkin ada bagi aku ada dua kata kunci yang menjadi persoalan yang bermain difikiranku iaitu:
KEAMANAN
&
KEZALIMAN
Ada golongan yang menyeru kepada keamanan dan ada yang mahu menentang kezaliman.Dan sebagai manusia yang dianugerahkan akal fikiran kita hendaklah berfikiran dengan waras dan bijaksana dalam menilai setiap tindakan kita dan aku cuba untuk berkongsi beberapa hadith berkenaan dengan keamanan dan kezaliman.
KEAMANAN
1.Jangan Suka Memberontak dan Menentang
Ibnu Abbas r.a menerangkan, bahawasanya Nabi SAW bersabda:
Sesiapa yang tidak menyenangi kepala pemerintahannya hendaklah ia bersabar kerana sesungguhnya orang yang keluar dari mentaati pemerintahan nescaya dia mati sebagaimana mati di masa jahiliyah.
2.Beribadat Dalam Suasana Huru-hara
Daripada Mukkil bin Yasar r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda,
2.Beribadat Dalam Suasana Huru-hara
Daripada Mukkil bin Yasar r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda,
Beribadat dalam keadaan kekacauan (huruhara/malapetaka) sama kelebihannya dengan berhijrah kepadaku
3.Bersyukur
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
Sesiapa yang diberi suatu kebaikan hendaklah ia mengingatinya, sesiapa yang mengingatinya ia dianggap bersyukur. Sesiapa yang tidak mengenangkan budi yang diberi ia dianggap sebagai kufur nikmat.

Rasulullah saw. Bersabda bermaksud:
Sesungguhnya Allah telah memberi wahyu kepada Aku yang memerintahkan supaya kamu semua bersifat tawadduk sehingga tidak ada seseorang pun merasa dirinya megah (lebih bangga diri) dari orang lain dan tidak boleh seseorang itu menzalimi dan melampaui batas terhadap orang lain.
2.Jauhi Daripada Perbuatan Yang Mendatangkan Bala
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
2.Jauhi Daripada Perbuatan Yang Mendatangkan Bala
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
Sesungguhnya apabila manusia melihat manusia lain melakukan kezaliman lalu tidak melarangnya, (maka dikhuatiri Allah akan menimpakan azab-Nya secara umum tanpa ada yang terselamat sama ada yang melakukan kezaliman atau yang melihatnya tanpa mencegahnya.
3.Wajib Mendengar Dan Mematuhi
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
Mendengar dan mematuhi itu wajib ke atas setiap orang Islam sama ada dalam perkara yang ia suka atau tidak suka, selagi ia tidak disuruh melakukan maksiat. Apabila disuruh melakukan maksiat,tidak harus lagi didengar dan dipatuhi

Sumber :http://www.islam.gov.my/e-hadith
P/S:Berfikirlah sewajarnya kerana manusia itu adalah sebaik-baik kejadian
0 ulasan:
Catat Ulasan