Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1Zn2VpWeN Pemandu Peribadi Rakam Gambar Dato'Sosilawati Di Dalam Bilik Air..? | abadi romeo

Followers

Pemandu Peribadi Rakam Gambar Dato'Sosilawati Di Dalam Bilik Air..?

Selasa, 5 Julai 2011

Perbicaraan Pembunuhan Dato'Sosilawati telah pun bermula hari semalam mula mendapat perhatian umum kerana ingin mengetahui lebih lanjut kisah pembunuhan sadis jutawan kosmetik itu.Perbicaraan itu dijalankan di Mahkamah Tinggi Shah Alam dihadapan Hakim Aktar Tahir dan pihak pendakwa dijangka akan memanggil 50 saksi bagi memberikan keterangan.

Tertuduh membabbitkan bekas peguam N.Pathmanabhan dan 3 pekerja ladang T Thilaiyagan,R.Matan dan R Khatavaran yang yang mengaku tidak bersalah diatas tuduhan membunuh Sosilawati 47,pegawai bank Noorhisham Mohamad 38,peguam Ahmad Kamil Addul Karim 32,dan pemandu Sosilawati Kamarudin Shamsuddin 44.Kesemua tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut di Lot No 2001,Jalan Tanjong Layang,Tanjong Sepat,Banting pada 30 Ogos tahun lalu.Ketiga-tiga mereka didakwa mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika disabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman mati mandatori.

Pihak pendakwa semalam mula mengaitkan panggilan terakhir mangsa melalui telefon diantara Sosilawati kepada saksi Habishah Bahari antara lain dipetik..

“Wei, aku tak percaya Kamal masuk bilik aku...,pergi kat bilik air, kau check (periksa) ada kamera tersorok tak?” 

“Pada jam 8.40 malam, Sosilawati menghubungi Erni Dekritawati Yuliana, tetapi dia tidak perasan dan Erni Dekritawati juga menerima mesej 

‘Jangan bagi Kamal masuk rumah jika datang...hubungi Bisah. Dia (Kamal) ambil gambar mak.’

itu antara kata-kata terakhir Datuk Sosilawati Lawiya menerusi perbualan telefon dengan rakannya, Habishah Bahari, kurang sejam sebelum jutawan kosmetik dan tiga individu lain dibunuh di Banting, dekat sini, tahun lalu.

Sosilawati dikatakan menghubungi Habishah dan memberitahu dia mengesyaki Kamal atau Kamaruddin Shamsuddin yang berkhidmat sebagai pemandu peribadinya berbuat demikian menerusi perbualan telefon pada 7.30 malam pada 30 Ogos tahun lalu sebelum panggilan itu terputus.Ketika itu, Habishah berbuka puasa.


Sumber :myMetro

P/S:Pemandu Peribadi,Pengawal Peribadi,Setiausha Peribadi antara bidang pekerjaan di Malaysia yang sentiasa menimbulkan kontraversi.Kesibukan mungkin menjadi faktor mengapa perkara peribadi tidak dapat diuruskan oleh diri sendiri.Namun risikonya...tentu sahaja perkara peribadi kita tidak lagi menjadi peribadi bagi mereka yang mengawal peribadi orang lain. 
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

10 ulasan:

  1. isk..isk..udah berbelit memacam cerita timbul ye isk..isk..

  1. hmmm lepas ni timbul plk gambar bogel...

  1. Cik SHiNJU berkata...:

    citer sampingan ni x bape perlu kot..
    tumpukan pada kes jek..

  1. abadi romeo berkata...:

    @Ieda Al-Habsyi-belum terbelit lagi..baru buka simpul..

    @Perondajaketbiru74-tunggu perkembangan selanjutnya..

    @Cik SHiNJU~kes mahkamah adalah berbeza dengan cerita gossip artis..setiap soalan pendakwaan adalah relevan dengan fakta.Pendakwa perlu kronology,kaitan antara peristiwa motif,kredibiliti dan pelbagai elemen lain.

  1. nabilfahmi berkata...:

    mesti perbicaraan ni ambil masa yang lama..

  1. aRoL berkata...:

    pas ni macam-macam cerita akan timbul..

  1. iza berkata...:

    Assalam...
    Cerita lain pulak yg timbul...
    Bila agaknya nak selesai..

  1. Tanpa Nama berkata...:

    sy rase ni semua keje si pembunuh tu.

    time 7.30 tu rasanya mereka berempat dah dalam tawanan si lahanat lawyer tu.. dipaksanya Dato sosi buat panggilan dgn mengadakan cerita seperti tu dgn tujuan apabila dato sosi hilang, orang ingat ini kerja driver dia..

  1. Amy Amira berkata...:

    betul tu tanpa nama,x akan driver dia nak wat mcm tu pulak kan,ni mesti keje si pembunuh lawyer kafir laknat tu!

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...