Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1Zn2VpWeN Kes Sosilawati..Isteri Noorhisham Mohamad Marahkan Suami Bantu Sosilawati | abadi romeo

Followers

Kes Sosilawati..Isteri Noorhisham Mohamad Marahkan Suami Bantu Sosilawati

Selasa, 5 Julai 2011


Shah Alam-Mahkamah Tinggi diberitahu isteri Noorhisahm,salah seorang dari empat mangsa bunuh memarahi suaminya kerana tidak pulang kerumah selama 3 hari kerana membantu Sosilawati melalui sms yang dihantar kepada suaminya" salah seorang dari mangsa pembunuhan memarahi "Kenapa sanggup nak bantu orang tapi tinggalkan saya dan anak-anak selama tiga hari" .SMS itu di hantar selepas 5 minit panggilan terakhir Noorhisham kepada Suzana Radin Pangat,39 kira-kira pukul 8 malam 30 hb Ogos 2010.
Noorhisham juga ada memberitahu yang dia mahu membantu Sosilawati berhubung ugutan pemandu peribadi (Kamarudin Shamsudin)yang ingin menyebarkan gambar tidak elok Sosilawati.
"Noorhisham hubungi saya kira-kira pukul 8 malam 30 Ogos 2010 cakap dia nak cuba selamatkan Datuk Sosilawati (kanan). Dia kata Kamal, driver Sosilawati (Kamaruddin Shamsuddin) ugut Sosilawati sebab ada satu gambar tidak elok nak sebarkan, jadi dia (Noorhisham) dan Kamil (Ahmad Kamil Abdul Karim) terpaksa bantu Sosilawati dalam hal ini.
"Lepas itu dia minta saya faham situasi dan minta maaf pada saya banyak-banyak dan dia kata dalam masa tiga hari dia balik akan cerita apa berlaku pada dia. Saya kemudian tanya dia kat mana dan berbuka puasa di mana tetapi dia tidak jawab dan terus matikan talian," kata saksi kelapan pendakwaan itu dalam nada sebak sehingga terpaksa berhenti seketika untuk menenangkan dirinya.

Suzana memberi keterangan pada hari kedua perbicaraan bekas peguam, N.Pathmanabhan dan tiga pekerja ladang, T Thilaiyagan, R Matan dan R Khatavarayan yang didakwa membunuh Sosilawati, 47, Noorhisham, 38, yang merupakan seorang pegawai bank, Ahmad Kamil, 32, seorang peguam, dan Kamaruddin, 44, di Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara 8.30 malam dan 9.40 malam 30 Ogos tahun lalu.

Pathmanabhan, 42, Thilaiyagan, 20, Matan, 21, dan Khatavarayan, 31, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff mengapa beliau tidak menghubungi Noorhisham sebaliknya hanya menghantar SMS, Suzana yang bekerja sebagai pembantu peribadi di Ibu Pejabat CIMB Bank, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, berkata beliau hanya menghantar SMS kerana berada dalam keadaan marah.

Ishak: "Ada Noorhisham hubungi awak semula selepas itu?" 
Suzana: "Dia ada call tetapi saya tidak jawab."

Terdahulu, saksi itu berkata kali terakhir beliau berjumpa suaminya yang dikahwini pada 1995 ialah semasa Noorhisham menghantar beliau ke pejabatnya pada 8 pagi 30 Ogos 2010.

Ishak: "Semasa hantar awak ke tempat kerja, ada (Noorhisham) beritahu apa-apa tentang tugasan dia hari itu?"
NONESuzana: "Dia ada beritahu petang dia akan ke Banting bersama Ahmad Kamil atas urusan Datuk Sosilawati. Kira-kira pukul 4 petang hari yang sama suami ada hubungi saya di pejabat memberitahu dia akan bersama Ahmad Kamil pergi ke Banting dan akan naik kereta Ahmad Kamil." 
Anak ketiga jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, Erni Erinawati Sofia, 22, dipanggil untuk memberi keterangan di Mahkamah Tinggi di sini dalam perbicaraan kes bunuh ibunya dan tiga yang lain sebak ketika diminta mengecam gambar ibunya.


Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir disambung pada petang.

Sumber :Malaysiakini
               UtusanOnline

P/S :Suami mungkin tak boleh nak cerita kepada isteri semua masalahnya kepada isteri..nanti kalau cerita..isteri kata...masalah tempat kerja jangan lah bawak balik rumah...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 ulasan:

  1. Nadyahoney berkata...:

    makin berbelit kes ni..cite yg xtimbul jadi timbul..ermm

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...