Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1Zn2VpWeN Lelaki Gagal Tukar Nama Aleesya Farhana, masuk ICU | abadi romeo

Followers

Lelaki Gagal Tukar Nama Aleesya Farhana, masuk ICU

Sabtu, 30 Julai 2011


KUALA TERENGGANU - Mohd. Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesya Farhana, kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, kerana mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.
Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika ditemui di hospital itu berkata anaknya mengalami muntah teruk dan tidak sedarkan diri kira-kira 3 pagi tadi.

"Aleesya kini dalam keadaan stabil. Doktor mengesahkan dia mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau ”unstable angina with cardiogenic shock”,” katanya.

Beliau berkata, anaknya itu mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak.

Pada 18 Julai lalu, Mahkamah Tinggi Terengganu menolak permohonan Mohd. Ashraf Hafiz, 25, selaku pempetisyen setelah mengambil kira tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin semasa pemohon dilahirkan dan kewujudan organ dalaman. - Bernama

Sumber :KOSMO ONLINE

P/S :Kesian pulak aku dengar....
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

4 ulasan:

  1. belogkiter berkata...:

    minta minta semoatlah dia bertaubat. kesian kat dia.

  1. zulkbo berkata...:

    salam..
    tumpang simpati..
    moga Allah membuka
    hatinya...

  1. Nilam suhana berkata...:

    semoga ada jalan untuk dia lalui hidup di dunia nih... dan ada jalan untuk dia mendekati Allah... moga dia mendapat hidayah...hurm...:)kesian gak dia...

  1. Reen'e berkata...:

    Perubahannya yang kita tidak ketahui sebabnya jangan lah di pertikai kan . Dia mempunyai sebab dan masalah yang tertentu yg tidak siapa ketahui kecuali dirinya dan yang di atas. semoga yang di atas mengampun kan dosanya dan menerimanya.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...