Miera Liyana....ehhm manis nama tu..semanis orangnya..bagi lelaki yang tak rabun ayam terpandang saje gadis ini melintas di depan mata sudah cukup membuatkan jantung berdegup kencang malah lajunya mungkin mengatasi kelajuan Sebastian Vettel yang menjuarai Formula One Malaysia Grad Prix semalam.Ditambah pula jika memakai pakaian seperti di atas..janggut tiga jengkal pun belum tentu dapat mengendurkan ketegangan semulajadi.Nikmat tuhan......
Umurnya baru 18 tahun..tetapi cara dia mempromosikan dirinya melalui penampilan berani mengundang pelbagai tanggapan.Ia.. lah..kerana dia seorang artis..kalau makcik jual tempe pakai camtu....depan mata pun orang buat tak nampak....cuma jawapannya agak menarik untuk didengar dan dibahaskan yg aku petik dari beberapa sumber.
‘‘Nampak sikit saja. Pilih baju ini sebab nak nampak kelainan” dianggap keterlaluan.
‘Saya sudah menerima hukuman atas peristiwa tersebut. Ia berlaku di luar sedar saya. Apabila gaun cantik yang saya pakai tiba-tiba bertukar menjadi mala petaka.
‘‘Salah saya juga sebab saya tak membuat persiapan. Tak membuat proses suai padan baju dengan pereka (Wan Huzairil) sebelum majlis tersebut berlangsung.
‘Pada mulanya, memang saya rasa kurang selesa bila gaun itu terdedah di bahagian dada. Sebab itu, saya letak kerongsang di bahagian depan. Tak sangka pula bahagian tepi pula terdedah.
‘‘Sungguh, kalau saya sedar sudah lama saya betulkan pakaian. Tak akan saya dedahkan bahagian dada saya kepada semua hadirin, ’’ hujah Miera menyentuh soal pakaian yang mendedahkan dada pada majlis berkenaan.
Anak kedua dari tiga beradik ini juga merujuk penjelasan yang dikeluarkan berdasarkan pandangan aras mata di bahagian hadapan. Dia beranggapan hanya lurah dada saja kelihatan dan bukan di bahagian tepi.
‘Kepada Papa dan Mama, saya sudah jelaskan dan mereka memahaminya.
‘‘Tapi bagi diri sendiri pula, ia ternyata sukar. Saya tak tahu macam mana nak berdepan dengan semua orang ketika itu. Tertekan sebab publisiti murahan memakan jiwa sedikit demi sedikit.
‘‘Bila saya keluar rumah, ada sekumpulan remaja menjerit cakap yang bukan-bukan ke arah saya. Sakit hati saya sebab cara mereka memandang dan melabel itu macam saya ini buat kesalahan besar,’’ cerita Miera menyelak kenangan selepas peristiwa itu.
‘Saya tahu seorang artis perlu didokong oleh peminat. Sebab itu, saya berfikiran terbuka. Sampai bila saya perlu sembunyikan diri. Lari dari masalah. Lantaran itu, saya berani membuat kenyataan kepada khalayak.
‘‘ Saya memohon kemaafan kerana kedaifan saya,’’ ujarnya.
P/S:aku ingat jawapan yag sesuai bila ditanya kenapa berpakaian seksi...no komen..
jawapan paling cerdik.Kalau dia tak berpakaina cam tu...tipis peluang nak masuk dalam entry aku..kih3
Sebelum pakai apa apa kenalah dia pikir masak masak lepas ni...Tapi dia dah jadi glamerlah sekarang...
Tandas segera