Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1Zn2VpWeN Rasuah Sudah Menjadi Budaya Kita...? | abadi romeo

Followers

Rasuah Sudah Menjadi Budaya Kita...?

Jumaat, 29 April 2011


Salam Jumaat...entry hari ni ada bunyi macam Al-Kuliyyah sikit.Bukan nak tunjuk alim...aku tak berjanggut atau bersongkok 3 inchi.Sekadar berkongsi cerita baik apa salahnya.Nanti kalau aku asyik dok letak gambar 'hot"ada pula yang tak sempat2 nak bersilat...pantang bunyi gendang...habis keluar semua pahlawan Melaka.

Baru-baru ini sewaktu sedang menggosip bersama teman-teman sambil minum Tongkat Ali
 dan Kopi Janda di Warong Dara Pinggitan dekat Batang Berjuntai....ada seorang teman bercerita tentang kisahnya yang sering ke Singapura untuk urusan perniagaan.Seperti biasa bila sahaja sampai di checkpoint Imegresen Singapura dia pun menghulurkan pasportnya.Dia terkezooot bila dengan tiba-tiba pegawai Imegresen Singapura itu memulangkan kembali pasportnya sambil berkata...

"Simpan lah duit encik...ini bukan Malaysia.."

Kawan aku tu terpinga-pinga kebingungan,tak faham apa yang dimaksudkan.

"Kenapa...?'tanya kawanku kepada pegawai Imegresen berkenaan.

"Tu...duit dalam pasport tu...simpan je lah balik...."ujar pegawai Imegresen Singapura.

Kawan aku lantas terus mencapai pasport dan terperanjat kerana di belakang pasportnya terselit duit RM 1.00 Baru dia teringat..rupa2 semasa mengambil pasport,dai terambil sekali duitnya yang berada dikocek depan.Tak sengaja pun..bukan niat nak bagi rasuah..tetapi sekarang dituduh cuba memberi rasuah oleh Imigresen Singapura.Tetapi ayat yang menikam kalbu ..

"Ini bukan Malaysia.."

membuatkan dia merasai seribu satu rasa.Marah,kecewa,terkilan,terkedu,sendu hiba dan sewaktu denganya.Apakah kita wajar merasai perasaan sedemikian seolah-olah first impression orang luar terhadap rakyat Malaysia menerima rasuah sebagai cara hidup masyarakat.

Selalunya rasuah dikaitkan dengan pihak yang mempunyai kuasa yang mengambil rasuah dan orang awam yang memberikan rasuah.Mengikut angka rasmi yang dikeluarkan oleh Laporan Tahunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM),orang awam adalah golongan yang paling ramai didakwa di mahkamah iaitu seramai 381 orang,penjawat awam 131 orang diikuti 56 dari sektor swasta dan seorang ahli politik.

Biasanya orang ramai memerhatikan pegawai agensi penguatkuasaan meminta habuan atau rasuah, seperti yang melibatkan jabatan imigresen, polis, kastam dan Puspakom. Ini ada kaitan dengan kerumitan dan kekaburan dalam proses kelulusan serta pelesenan oleh pelbagai pihak berkuasa tempatan dan berkanun. Budaya "senyap" yang diamalkan oleh masyarakat di Malaysia, apabila mereka menyaksikan perbuatan rasuah enggan bersuara atau melaporkan kes turut menyuburkan amalan rasuah.

Punca Berlakunya Rasuah

a) Kelemahan peribadi seperti kurang iman dan takwa. 
Seseorang itu tahu bahawa rasuah dilarang oleh agama dan undang-undang, tetapi dilakukan juga dengan seribu satu alasan peribadi. Hal ini termasuk dalam teori “Technique of Neutralization” oleh Grisham Sykes dan David Matza. Mereka mengatakan, “ Lakukan rasuah secara rahsia asalkan tiada siapa yang tahu”. Sikap mahu hidup mewah, riak, menunjuk-nunjuk, tamak, ingin cepat kaya dan sebagainya adalah pendorong berlakunya rasuah bagi mereka yang lemah keperibadiannya.


b) Kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi. 
Kepimpinan yang lemah menyebabkan kurangnya penyeliaan, tiada pemantauan, lembap menjalankan tugas dan terbuka kepada penyelewengan khususnya rasuah.


c) Sosial dan budaya. 
Masyarakat majmuk di Malaysia mengamalkan tradisi memberi hadiah dalam bentuk wang dan benda, sempena menyambut hari-hari kebesaran hari perayaan, majlis hari jadi, hari perkahwinan dan sebagainya. Hari yang baik ini memberi kesempatan kepada perasuah dan penerima rasuah melakukan rasuah sama ada diminta, disogok atau diumpan tanpa disedari.


d) Modenisasi. 
Pembangunan sosial ekonomi yang tidak diseimbangkan dengan pembangunan kerohanian akan memudahkan terjadinya rasuah. Projek pembangunan bercambah seperti cendawan tumbuh. Pengaliran wang juga akan meningkat. Golongan yang terlibat juga mengambil kesempatan untuk mengaut untung sebanyak-banyaknya.

Perlumbaan moden memperlihatkan para kontraktor berlumba-lumba mendapatkan tender. Mereka juga akan berusaha untuk memenangi hati pegawai pengurusan atau pembuat keputusan. Rasuah diberikan sebagai jalan pintas untuk mendapatkan tender, mempercepatkan bayaran, melepaskan hukuman atau tindakan jika gagal atau lambat menyiapkan projek dan sebagainya.

e) Politik.
Sesetengah ahli politik menggunakan kesempatan untuk berbakti kepada masyarakat dengan menerima dan memberi rasuah untuk mendapatkan kuasa, memenangi pemilihan jawatan politik, mengumpul kekayaan, menagih populariti dan sebagainya.
Pendidikan dan Pencegahan

Pendidikan

Kajian BPR pada 2003 melibatkan mahasiswa di IPT mendapati 30.5 % daripada mahasiswa yang disoal menyatakan mereka sanggup menerima sogokan dan menyalah guna kuasa jika mereka diberi peluang atau berkuasa. Jadi usaha membanteras rasuah perlu bermula dari sekolah hingga ke peringkat universiti.Terdapat 700,000 pelajar di institusi pengajian awam dan swasta, dan mereka perlu dididik dan dibimbing untuk menjauhi rasuah, masa depan negara menjadi lebih baik.

Kekangan Akta Rahsia Rasmi yang mengklasifikasikan dokumen Perjanjian Kerajaan dengan pihak swasta perlu dikaji kerana soal ketelusan kerajaan dalam memerangi rasuah bermula dari pihak kerajaan sendiri.Begitu juga dengan syarat mnegsitiharkan harta serta liability oleh Menteri boleh dijadikan contoh oleh rakyat marhain seperti kata pepatah  adalah mustahil untuk ketam mngajar anaknya berjalan betul jika dia sendiri tidak menunjukkan cara yang betul.
Malaysia kini berada di tangga ke 56 dari 178 buah negara mengikut kajian International Transparency Malaysia.

Rasuah boleh muncul dalam berbagai bentuk; samada harta atau manfaat tertentu yang diberi atau dijanjikan. Juga dengan rasuah hak pihak lain itu boleh dicemari atau dizalimi dalam pelbagai cara. Ini seperti pemberian itu akan menyebabkan disegerakan urusan kita, sehingga menyebabkan terlewatnya urusan pihak lain. Atau jika dalam bentuk persaingan tender seperti zaman sekarang, pemberian rasuah boleh menafikan hak pihak lain untuk dinilai, atau menghapuskan persaingan yang adil antara pihak-pihak yang terlibat. Rasuah juga boleh menzalimi majikan seperti pegawai mengabaikan kualiti kerja disebabkan habuan yang disuap. Juga rasuah juga boleh menyebabkan ada pihak yang akan dihukum secara tidak adil. Firman Allah: (maksudnya)
“dan janganlah kamu makan (mengambil) harta antara kamu dengan cara yang batil, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan cara dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)” (Surah al-Baqarah, ayat 188)
Sumber:

P/S:Kena belajar dengan orang Dermark/New Zealand/Singapore-Top 3 dan yang menghairankan mereka bukanlah seperti negara yang majoriti penganut Islam seperti Malaysia.
Dimanakah nilai murni keislaman kita...Islam kosmetik....?
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

3 ulasan:

  1. PinKy MoMMa berkata...:

    harap diri tak ke arah itu..
    biarla susah dengan usaha sndiri..
    rahsuah? jawab kemudian hari nnt..

  1. Unknown berkata...:

    negara kita dah terlalu teruk dengan gejala rasuah ni sedikit masa lagi kita akan jadi macam indonesia bro....

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...