Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1Zn2VpWeN Hantu Muncul Di Highway Karak....?Camne Nak Balik Kampung ni... | abadi romeo

Followers

Hantu Muncul Di Highway Karak....?Camne Nak Balik Kampung ni...

Selasa, 19 April 2011

Bagi kebanyakan warga kota Kuala Lumpur..Highway Karak bukanlah sesuatu yang asing bagi mereka khususnya bagi mereka yang merantau jauh dari Pahang,Trengganu dan Kelantan.Paling tidak pun setahun sekali untuk menyambut Hari Raya di kampung halaman pasti melalui nya sebagai jalan terbaik menuju ke destinasi masing.Melalui Highway Karak pada waktu malam tentunya menimbulkan rasa seram sejuk 
memandangkan di kiri dan kanan jalan hutan belantara.


Aku rasa ramai yang jarang menggunakan cermin belakang untuk melihat apa kenderaan di belakang kerana bimbang lain yang mahu dipandang..lain yang muncul maka lebih baik Jangan Pandang Belakang.Highway Karak tidak pernah sunyi dari kemalangan maut dan mayat mangsa pembunuhan dibuang disini jadi tidak mustahil berlaku seperti yg dikisahkan oleh:-
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>

KRU Studio dalam Filem terbarunya "Karak"yg berkisar tentang kisah seram .Antara pelakon yang membintangi filem ini ialah Shahir AF8 yang memegang watak sebagai Nik, Shera Ayob (Zura), Along Ezeyndy (Jack) dan Kilafairy (Ida) serta seorang pelakon veteran iaitu Sidek Hussin (Tok Malam).

Bakal menjengah pawagam 26 Mei depan, Karak tidak terkecuali daripada menerima sentuhan magis pengarah tersohor, Yusry Abdul Halim yang buat julung-julung kalinya mengarahkan filem seram.Berkisarkan tentang perjalanan empat sekawan yang sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Kuantan sebelum mereka mengalami kesesakan yang luar biasa sehingga nekad untuk mencari jalan alternatif.Tanpa disedari, keputusan nekad yang diambil menyebabkan mereka berdepan dengan pelbagai kejadian aneh dan menyeramkan.
Bercerita dengan lebih lanjut mengenai Karak, menurut Norman, filem tersebut digarap berdasarkan kisah yang biasa didengari berkenaan dengan lebuh raya tersebut.
“Kami jahitkan cerita yang pernah berlaku di kawasan tersebut dan kisah yang menjadi buah mulut orang.“Dalam filem ini juga, ada 10 entiti paranormal yang akan dipersembahkan. Selain itu, kami juga ada membuat beberapa kajian untuk digarap menjadi sebuah filem,” katanya yang ditemui pada sidang akhbar filem itu di ibu negara baru-baru ini.Dan tentunya penampilan Kila Fairy menjadi taruhan..

"Ini filem pertama saya, mestilah mencabar, tetapi dengan tunjuk ajar oleh pengarah secara tidak langsung meringankan cabaran yang ada. Saya sungguh teruja dan tidak sabar untuk melihat hasil lakonan saya,” ujarnya.

P/S :To KRU STUDIO...ejast la ticket free untuk aku sebab dah promote "Karak".

To Kila Fairy - hanya satu ayat menikam kalbu untukmu -
"Sumpah Abang Tak Cari Lain"
...ahak..ahak..ahak..

aBADI rOMEO...........
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

7 ulasan:

  1. Relevan berkata...:

    Tu Heroin nye ke? ,,yang duk bergambar senget..macam bawa benda berat jer..haha!

  1. zulkbo berkata...:

    salam..
    ermmm..hantu ke..
    adehhh..takutttt..
    la la la..

    ***seram tengok hantu pompuan
    baju oren tu.."beratnya".....

  1. ozzy berkata...:

    salam..

    Filem hantu lagi..rasanya musim cerita hantu ni dah makin suram & makin kurang dapat sambutan

  1. Unknown berkata...:

    hmmmm ko ni fokus kt citer highway karak ker kat kila fairy tu? tapi apsal pose mcm tu?

  1. Iza berkata...:

    Assalam..
    Dulu2 pernah jgk dgr cerita seram dari lebuh raya karak tp tak tau betul ke tak cerita tu..

  1. fahrin ahmad berkata...:

    pergh besar siot..cane la nak terbang kalau pontianak hahaha..kena tlg pegang la bukuit2 kat karak hahah

  1. abadi romeo berkata...:

    @relevan~berat tu nampaknya..kalau ada JPJ tu kene saman..lebih muatan...

    @zulkbo~aku kesian tengok hantu pompuan baju oren tak boleh terbang..berat semacam..tapi aku sanggup pikul kalau dia tak larat

    @ozzy~filem hantu ni badget ciput sikit..tak banyak pelakon pakai..prop pun buat lebih kurang sebab banyak scene malam

    @Iza~seram kalau drive sorang..tapi nak tak nak kene lalu juga

    @fahrin ahmad~Ni nasi kandar beb..bukan nasi lemak 50 sen..berat mata memandang..berat lagi kalau tak pandang

    @fahrin ahmad~salam...Insyaallah..sampai nanti.Tq kerana sudi mampir disini..

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...