Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1Zn2VpWeN Kekanda Adinda....Antara Kerjaya Dan Rumahtangga | abadi romeo

Followers

Kekanda Adinda....Antara Kerjaya Dan Rumahtangga

Isnin, 18 April 2011



Mula-mula bila aku mendengar lagu ini aku langsung tak ambil tetapi bila dan beberapa kali mendengarnya aku dapati ada sesuatu yang seakan mengajak aku melihat kepada apa yang cuba disampaikan oleh penulis lagu ini.Jika di lihat bagaimana di era seba moden ini, bagi aku lagu juga merupakan salah satu medium bagaimana karyawan cuba menyampaikan secara sinis melalui pengalaman peribadi ataupun pengamatan tentang apa yang berlaku disekeliling mereka.
Evolusi dari sastera lisan,bertulis dan terkini dalam bentuk Audio Visual menjurus kepada kritikan sosial dan boleh dilihat pada bait-bait lirik di bawah:-

Oh Kekanda jangan irihati dinda naik pangkat lagi
oh Adinda ,Kanda mana dengki,malah Kanda support bini
Jadi Dinda mahu mengambil masa
Tapi kanda mahu segera
Dinda Ingin berjaya dalam kerjaya
Tapi Kanda mahu cahaya mata
Dinda Belum bersedia
Kanda dan beria-ria
Jadi yang mana satu
Tak perlu bertengkar,tak perlu bermasam muka



Oh...Adinda ,tolong jangan lekas curiga
Lekas cemburu buta
Oh...Kekanda,Dinda perlu berhati-hati tak rela dikongsi
Kanda kerja Overtime terlebih masa
Itu yg harus Dinda waspada
Ini semua demi masa depan keluarga
Dengan Dinda atau sebaliknya
Kanda kerja malam
Dinda kerja siang
Jadi Bila nak bertemu
Tak perlu bertengkar,tak perlu bermasam muka


Oh Adiwira Dewataku,mari ikut cara Dinda
Oh...Tun Teja,Intan permata,mari ikut cara Kanda
Oh Bagaimana..bagaimana kita nak selesaikannya
Apa keputusannya
Oh...kekaknda mari nyawa,mari kita cuba komunikasi
O...Adinda ,mari sayang kita cuba toleransi
Walau kita janji sehidup semati kita berlainan
Kanda Polar khutub utara
Dinda khutub selatan
Komunikasi,sikap toleransi,itu yang kita perlu
Tak perlu bertengkar,tak perlu bermasam muka





Walau kita sering dengan cara masing-masing
Kanda yang perdana,Dinda yang utama
Kanda segalanya,Dindalah nyawa
Kita tetap bersama-sama
Bahagia bersama,bersama selamanya...
.bahagia selamanya..







Moral of the storynya tidaklah sukar untuk diertikan..kisah bagaimana suami isteri cuba menyelesaikan  kemelut rumahtangga melibatkan isteri yang mempunyai kerjaya dan suami sering tidak dapat bersama isteri kerana kesibukan isteri dengan kerjaya walaupun si suami sebenarnya mempunyai keinginan untuk menambah zuriat.Suami yg kesepian mencari jalan keluar dengan kerja dimalam hari dan sebaliknya isterinya pula merasa cemburu bimbang jika suami buka cawangan lain.Walaupun begitu..penyelesaian masalah melalui rundingan boleh menyelamatkan rumahtangga hingga ke hari tua biarpun sebenarnya setiap pasangan mempunyai perwatakan dan cara hidup yg berbeza...keluarga menjadi keutamaan.

P/S:Part Yang Paling aku Suka  Oh...Adinda ,tolong jangan lekas curiga Lekas cemburu buta..Oh...Kekanda,Dinda perlu berhati-hati tak rela dikongsi Kanda kerja Overtime terlebih masa Itu yg harus Dinda waspada..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

5 ulasan:

  1. iza berkata...:

    Assalam...
    Ya la, sapa nk sanggup berkongsi kasih...
    Demi rumahtangga, ku rela tak kerja...haha...

  1. Lirik lagu yang 'simple' dan mudah difahami diksinya. Melodinya pula sedap dan menghiburkan. Mesej tentang persoalan terutamanya pasangan muda yang sedang membina keluarga dan kerjaya.

    Suka...

  1. Psssttt: Selalu cklah nak tinggal komen di sini tapi gagal kerana gambar mr Bean tu. Dah tulis panjang, klik banayk kali asyik pergi ke widget berkenaan saja...Akhirnya, tinggalkan saja. Maklumlah, skrin gejet ckLah ni kecil.

  1. Maz berkata...:

    saya pn suke lagu ni...
    klu sudi jdla follower blog sy plak
    hatimamaz.blogspot.com

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...