"Makan boleh sebarang makan..cakap jangan sebarang cakap.."
Kebelakangan ini banyak pepatah orang tua dak tak relevan dengan perkembangan zaman.Kena buat sedikit modifikasi.Sebut saja pasal makan...tak perlah buat definisi sebab bila keluar saje dari perut ibu...kita dah diajar bagaimana untuk makan,apa yang boleh dimakan atau bila hendak makan.
Menurut seorang daripada kumpulan itu yang enggan namanya disiarkan, beliau membawa rakan-rakannya menikmati makan tengah hari di restoran berkenaan baru-baru ini yang menyediakan ikan-ikan sungai, ulaman dan sayur-sayuran kampung.
"Selesai makan, pemilik restoran berkenan mengenakan bil berjumlah RM13,000 dan saya terpaksa membayar," katanya
Beliau berkata, jika dikira, setiap seorang daripada 50 orang itu, dikenakan bayaran RM260.
"Ini melebihi makan di restoran enam bintang di Kuala Lumpur," katanya.
Kejadian itu kini menjadi bualan peniaga serta penduduk di daerah Temerloh.
Difahamkan ikan patin buah atau patin muncung dijual pada harga antara RM90 dan RM120 sekilogram, dan apabila dimasak, ia dijual dengan harga RM25 hingga RM35 seketul mengikut saiznya.
Ikan patin sangkar pula berharga RM15 sekilogram, dan jika dimasak, dijual antara RM5 dan RM7 seketul.
Ikan patin sungai berwarna kelabu manakala patin sangkar berwarna cerah dan putih di bahagian sisik atas dan bawahnya pula berwarna kemerahan serta banyak lemak.
Jadi aku ingin menasihati kepada sesiapa yang ingin menjamu selera di Temerloh jangan lah malu bertanya kerana tidak mahu kejadian sebegini berulang lagi.Bandar Temerloh memang terkenal dengan ikan patin dan lebih dikenali sebagai Bandar Ikan Patin.
Aku tak hairan kerana aku orang Pahang dan sudah biasa...cuma kesian juga kepada orang luar macam orang Kuala Lumpur kerana di sana ikan patin hanya berharga RM 5.00 sekilo.Untuk pengetahuan ikan patin tersebut diternak didalam kolam2 persendirian dan diberi makan pallet..jadi rasa nya kurang enak dan sedikit berbau disamping timbul keraguan cara bagaimana penternak dikatakan memberi pelbagai bentuk makanan seperti perut ayam selain pallet untuk mengurangkan kos penjagaan.
Berbeza dengan ikan Patin Sg.Pahang,jika diternak disangkar sekalipun air Sg.Pahang yang mengalir membuatkan rasanya lebih enak dah jauh berbeza dari Patin kolam.Jika ikan yang ditangkap di Sg.Pahang seperti Patin Buah dan Patin Muncung sudah tentu harganya agak tinggi kerana amat sukar untuk mendapatkannya.
Sewajarnyanya juga sepatutnya peniaga perlu meletakkan tanda harga bagi mengelakkan salah faham dan penguatkuasa perlulah mengambil tindakan bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan.
P/S:Kalau aku yang makan kena bayar RM 13,000...setahun lah jawabnya aku kena kerja cuci pinggan
kat restaurant tu...makan jangan sebarang makan..cakap jangan sebarang cakap.
Patin sangkar pun dah cecah RM14 sekilo skrg..