DRAMA Winter Sonata lakonan Choi Ji Woo bersama aktor kacak, Bae Yong Joon pada 2002 berjaya mencetuskan fenomena luar biasa. Sama ada di tanah air sendiri, Korea mahu pun di seluruh dunia, nama Ji Woo cukup dikenali ramai.
Malah, bersandarkan kejayaan drama itu juga, lokasi penggambaran babak romantik siri itu di Pulau Nami turut menjadi perhatian pelancong dalam dan luar negara. Kini, percutian di Korea pastinya tak lengkap jika tidak berkunjung ke ‘pulau cinta’ itu.
Drama mengisahkan percintaan tak kesampaian itu mengetengahkan pelakon seperti Kusanagi Tsuyoshi dan Imai Miki.
Katanya, selepas sekian lama dia meninggalkan persada lakonan Korea, tidak dinafikan lahir perasaan gugup pada dirinya. Barangkali sudah terbiasa melontarkan dialog dalam bahasa Jepun, maka terasa agak janggal dan kekok sedikit kembali berbahasa Korea.
“Apapun, sekurang-kurangnya ia mengubat rindu saya untuk berlakon semula dalam drama Korea. Industri lakonan Korea sangat menghiburkan dan saya bangga dengannya. Saya begitu berbesar hati dan teruja untuk bekerjasama semula,” katanya.
Diarahkan sutradara berpengalaman dan dibarisi pasukan produksi yang berkaliber, Ji Woo mengakui tidak pernah gusar atau tidak yakin dengan produk dihasilkan. Namun, realitinya drama Korea sememangnya menjurus pada percintaan dan kesetiaan dalam perhubungan.
“Fuyu No Sakura adalah drama percintaan yang hebat. Sekali gus mengingatkan saya pada lakonan dalam Winter Sonata yang penuh dengan emosi. Konflik perhubungan sesama manusia cukup tragik dan pastinya mengusik jiwa.
“Bersandarkan babak-babak yang menyentuh perasaan ini, saya pasti penonton mengharapkan cinta itu menjadi milik dua hati yang berkasih. Seperti saya sendiri, turut mengharapkan percintaan yang wujud itu berjaya dimiliki demi sebuah kebahagiaan,” katanya.
Sementara itu, Kusanagi Tsuyoshi yang melakonkan watak Inaba Yu berkata, sebagai bintang ternama kini, Ji Woo tetap bersikap mesra seperti dulu. Dia seorang yang merendah diri dan dia juga sentiasa terbuka untuk bertukar pendapat dan pandangan.
“Saya sangat gembira dapat bekerjasama dengan Ji Woo dalam drama ini. Dia banyak membantu saya dalam menjiwai lakonan. Selain itu, saya dapati dia begitu bijak berinteraksi bersama media sama ada dari Jepun atau Korea ketika di lokasi,” katanya.
Menurut Kusanagi Tsuyoshi, dia berharap ia bukanlah kerjasama pertama dan terakhir antara mereka. Apapun, Ji Woo berjanji untuk terus bekerjasama dengan Kusanagi dalam drama lain selepas ini dan aktor itu rela menunggu.
Diarahkan Yamamuro Daisuke dan Yoshida Ken, Fuyu No Sakura mempunyai 10 episod serta turut dibintangi pelakon muda pelapis seperti Sato Takeru dan Kato Rosa. Bagi Ji Woo, dua bakat baru itu sangat berpotensi untuk bergelar pelakon popular.
Selain karier, kisah peribadi Ji Woo juga menarik perhatian peminatnya. Barangkali, ramai yang tidak tahu Ji Woo menjalin hubungan cinta dengan aktor Lee Jin Wook yang bergandingan dengannya dalam drama Air City arahan Im Tae Woo.
Namun, Jin Wook terpaksa melupakan seketika dunia lakonannya apabila menyertai perkhidmatan ketenteraan Korea pada 6 Mei 2009. Selepas dua tahun berkhidmat, baru-baru ini Jin Wook tamat perkhidmatannya dan dia dirai rakan-rakan.
Bagaimanapun, di sebalik kegembiraan itu, kelibat Ji Woo tidak kelihatan dan menurut jurucakap kepada aktres terkenal ini, dia tidak dapat hadir disebabkan terikat dengan jadual lakonan yang padat.
Apapun, Ji Woo sangat gembira dengan berita itu dan tentunya peminat mengharapkan aktres jelita ini melangkah ke gerbang perkahwinan. Bagaimanapun, berita mengenai perkahwinan pasangan sejoli itu setakat ini masih belum diputuskan. Antara alasan yang diberikan Ji Woo, mereka belum bersedia
di samping kedua-duanya sibuk dengan aktiviti lakonan.
PROFIL
NAMA SEBENAR: Choi Mi Hyang
PANGGILAN KOMERSIAL: Choi Ji Woo
TARIKH LAHIR: 11 Jun 1975
USIA: 35 tahun
STATUS: Bujang
ASAL: Busan, Korea Selatan
KARIER: Aktres, ahli perniagaan
MULA AKTIF: Sejak 1995
DRAMA: Antaranya War And Love (1995), First Love (1996), Happiness Is In Our Heart (1997) Love/Sarang (1998), Love In Three Colors, Love Stories Story 2 (1999), Truth, Mr Duke (2000) Beautiful Days (2001), We Are Dating Now (2002) Winter Sonata, 101 Proposal, Stairway To Heaven (2003).
FILEM: The Adventures Of Mrs Park (1996), The Hole (1997), First Kiss (1998), Nowhere To Hide (1999), The Romantic President (2002), Everybody Has Secrets (2004), Shadowless Sword (2005), Now And Forever (2006).
PENCAPAIAN: Antaranya Busan Tourism Ambassador (2010-2012), Timeless Beauty Acting Award (Seoul) - 2006, Korean Movies Association - Special Award (2005), 41st Baeksang Arts Awards - Special Award (2005), 40th Baeksang Arts Awards - Most Popular Actress In TV Part (2004), Golden Film Awards - Most Popular Actress Award (2003)
P/S:Tiba-tiba je rasa nak balik Korea..nak pergi Pulau Nami tengok pokok buluh....sob3
aBADI rOMEO......
SUMBER ; METRO
Cantik2....suke sangat kat dia ne..
Birthday Giveaway by SAYS.my!!