Tanggal 1hb Mei setiap tahun disambut sebagai hari pekerja seantero dunia.Tanggal ini juga para pekerja berjaya menanggalkan seketika uniform kerja untuk meraikan hari tidak bekerja.Melupakan seketika punch card yang selalu merah,melupakan seketika fail-fail yang menggunung,dan tak perlu lagi terkejar-kejar ketempat kerja dan menaiki tangga yang banyak seperti Batu Cave bila lift rosak dan akhirnya baju anda bermandikan peluh dan berbau bacin sebelum masok bekerja ,belum dikira lagi mulut anda yg berbau kerna tak sempat gogok gigi kerana anda lebih takutkan tajamnya gigi taring boss anda bila memarahi anda yang lewat ke tempat kerja.
Apakah bentuk penghargaan selain di beri cuti hari ini:
-mengharapkan bonus tahunan tiga atau empat kali gaji walaupun anda sebenarnya 3 hingga 4 kali seminggu datang lambat ke tempat kerja/mc 3 hingga 4 kali seminggu
-mendapatkan pujian di hadapan rakan-rakan lain sedangkan anda adalah pekerja yang paling kuat mengutuk boss anda dihadapan pekerja-pekerja lain
-anda akan dinaik pangkat tahun ini,seperti tahun lepas,seperti dua tahun lepas ataupun seperti mula masok kerja dan anda tak pernah menikmati kenaikan pangkat kerana prestasi anda tidak berubah sejak mula masuk kerja.
-dianugerahkan pekerja cemerlang walaupun sewaktu bekerja anda sering hilang
-dari salesman menjadi Sales Manager..lupakanlah sebab pelanggan pertama anda tahun ini adalah pelanggan anda yang terakhir yang membuat belian.
-mengharapkan majikan akan memberikan pakej pelancongan kerana majikan anda tahu yang anda juga sering melencong ke tempat lain pada waktu kerja.
Harapan pekerja kepada majikan...menaruh harapan dan mendepositkan harapan mereka sebagai simpanan tetap dan mengharapkan dividen dari majikan dan tentunya mengharapkan majikan menghargai diri pekerja seperti Sang Gagak dan telornya,.walaupun hitam ,Sang Gagak masih memerlukan telor yang putih untuk berkembang biak mempunyai warna yang berlainan bukanlah suatu masalah tetapi kebergantungan diantara satu sama lain.Justeru itu,telor yang putih masih memerlukan Sang Gagak membelai,menjaga nya agar dapat terus bertahan sehingga menetas.
Adakah anda merasakan majikan memikirkan tentang diri anda....mengharapkan senyuman majikan di pagi hari..atau hamburan sumpah seranah sebelum sempat karipap yang anda makan terhadam di dalam taliperut anda yang sememangnya panjang....dan tentunya ia lebih baik dari tuntuntan pekerja dengan bil2 clim yang panjang kepada majikan sedangkan produktiviti masih di takuk lama atau memang pekerja suka kepada gaji lama,boss lama,kereta lama anda yang tak bertukar2.....atau lebih senang menjadi penganggur...
P/S:Tingkatkan produktiviti..Selamat Hari Pekerja
Tak kisahlah hari buruh atau pekerja...yang penting cklah cuti.Hehehhe
***Selamat bercuti ya!