Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1Zn2VpWeN Isu gambar Bogel...Suatu Pandangan dan Penilaian | abadi romeo

Followers

Isu gambar Bogel...Suatu Pandangan dan Penilaian

Ahad, 24 April 2011

Memang sudah aku jangkakan ada yang tak puas hati tentang berita yang agak "hot".Tentunya mereka melihat cara bagaimana ianya disampaikan dengan gambar yang agak menjolok mata.Aku ada menerima pendapat yang tidak bersetuju cara aku menyiarkan berita Salin Sahin yang dikatakan berbogel untuk majalah Playboy.
Bagi aku mudah saja.Jangan pening kepala sangat dan terlalu jumud dengan pemikiran yang sempit dan tidak terbuka.
Niat dan Matlamat


Nawaitu aku mudah saja.Menyampaikan berita yg kadangkala ada yang terlepas pandang.Dan jika secara kebetulan dibaca oleh blogger,aku berjaya meyampaikan berita yg mereka belum tahu,dan sentiasa dan dibawah berita tersebut di letakkan pandangan pribadi tentang adakah aku bersetuju atau tidak atau pun menyerahkan kepada untuk menilai sendiri.Gambar menceritakan seribu satu pengertian.Dan gambar Sila Sahin itu telah di 'blur"kan di bahagian payudara dan aku letakkan juga gambar dia berpakain sopan.Jadi natijahnya mudah...ada dua gambar yang menceritakan beribu maksud dan salah satu maksud yang disampaikan oleh blogger yang tak puas hati dengan aku ialah aku menambahkan dosa dia dengan mempamerkan gambar bogel.Manusia dilahirkan dengan akal fikiran dan manusia yang waras memandang sesuatu dengan nafsu sahaja yang melihat gambar tersebut yang berdosa.Bagi aku jika kita melihat nilainya yang tersirat..niat dan matlamat aku tercapai bila ada pembaca yg mula berfikir.Jika just clik dan tidak membaca artikel...nilainya dan matlamatnya tidak kesampaian.


Cara Penyampaian

Aku suka bersifat jujur pada nilai berita dan aku paste tu pun dari Kosmo dan aku nyatakan darimana sumbernya cuma gambar tu aku ambil dari Google.Cara penyampain manusia adalah berbeza kerana mengapa kita selalu mencari maklumat dengan merujuk pelbagai sumber...tentunya kerana mesti ada suatu kelainan dari sumber berita.Jika entry yg aku sampaikan adalah 100% sama dengan berita di KOSMO...buang karen aku...waste our time..lebih baik klick KOSMO je...lebih banyak berita boleh kita dapatkan.

Lapar Trafiq..?

Aku jenis blogger yg melihat kepada nilai berita bagi pandangan pribadi aku kerana ini blog pribadi aku.Mahu membaca atu tidak tiada paksaan tetapi jika ada yg mengatakan aku letakkan gambar bogel untuk menarik trafiq ke blog itu tak berapa tepat.Gambar tu ada le sikit sensor..bukanlah 100% bogel pun.Aku ni waras lagi ,kalau aku nak letak gambar bogel...boleh penuh blog aku ni dengan gambar bogel..ada berapa juta gambar bogel dalam internet yg boleh aku download.Mustahillah aku nak cerita bagaimana seorang perempuan Islam di Turki berbogel di Playboy aku letakkan gambar gajah tengah kejar tenok kat hutan.Logiknya..manusia perlukan bukti yg itu memang berlaku dan bila aku paste kan gambar dia dalam PLAYBOY tu tentunyanya lah berita tersebut ada kebenarannya.

Aku dah pergi singgah kat blog mamat yg tak puas hati dengan aku tu...bukan lah aku nak merendahkan sesiapa..tetapi kita melihat bagaimana cara berita itu disampaikan.Blog dia di lahirkan pada November 2009,
follower dia ada 1 orang sahaja...atau mukin dia ada silent reader sejuta orang...tak tahulah aku.dan bukan niat untuk aku berbangga dengan pencapaian blog aku yg masih baru..kalau tak silap November 2010..alhamdulillah...tak ramai cuma 239 orang..alhamdulillah.

tutu je..tidur lagi baik.



Di Malaysia..rakyat cukup matang dalam membuat penilaian.Berapa ramai manusia di Malaysia yang di tangkap pihak berkuasa kerana berita di internet...?boleh dibilang dengan jari tangan dan kaki..ada berjuta
lagi web porno dan tentunya Abadi Romeo bukan lah blog porno.Jika kita melihat dengan mata dan nafsu..tentulah berdosa...aku malas nak memperkatakan tentang aurat ni sebab sensitiv dan melibatkan hal agama.Memang aku akui..aku ni bukan lah tergolong dalam gol.rakan masjid tetapi jangan lah pandang aku terlalu jahil dalam bab agama kerana hubungan aku dengan tuhan tak perlulah aku tulis disini.
Jangan terlalu taksub kepada pandangan sempit .Lihat sahaja di beberapa negara Islam ....meraka asyik berperang diantara satu sama lain kerana asyik memperkatakan tentang dosa dan pahala...lebih rela duduk didalam gua kerana dunia luar yang penuh dengan maksiatDan bandingkan dengan negara kita....siapakah lebih baik cara berfikir dan menilai sesuatu perkara.....

Tepok dada....tanyalah iman......














Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

9 ulasan:

  1. mankuchai berkata...:

    Yang penting kita tahu arah tuju blog kita...kalau kita asyik dok pikir tentang kata orang lain tak update lah blog jawabnyer bro he3...

  1. zulkbo berkata...:

    salam..
    ermmm...nak kata apa erkk?
    setiap blogger ada cara mereka
    tersendiri..tapi pada aku,aku memang
    kejar juga trafik dengan kata kunci
    yang panas..bab gambar tu sebaiknya
    biarlah kita tak berkongsi shared saham
    yang dia dapat sekali..jadi cuba hindari
    (ikhlas dari sahabat buat sahabat lama)
    :)

  1. Tanpa Nama berkata...:
    Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
  1. Naja berkata...:

    macam gajah kejar tenok...hehehe i like la lu punya bidalan..kahkahkah. teruskan bro... lu ada talent. best luck to u.

  1. Unknown berkata...:

    salam, teruskan penulisan andas yang kreatif tu...

  1. abadi romeo berkata...:

    @Miecyber~ lain padang lain belalang..lain padang sekolah..lain tukang kebun

    @mankuchai~aku punya GPRS masih ada varanty lagi..mustahil aku sesat didunia cyber ni

    @zulkbo~aku tengah buat reseach tentang Islam ...nantikan kemunculannya...t.q atas nasihat anda

    @Tanpa Nama ~ anda masuk salah rumah ni.Aku tak layan komen tanpa nama.Orang gila pun ada nama.

    @Naja~seluar aku dah koyak sebab punggong aku dah terlebih kembang kene puji.t.q

    @Abhamz~sukar menyatakan pendapat jika selalu disalahtafsir.Tentunya Shannon Ahmad merasakan apa yang aku rasakan kini.

    P/S:Untuk menenangkan keadaan bergelora didalam cawan ini...aku dah delete entry mengenai Sila Sahin dan Pesta Air Di Thailand.Aku rasa ramai agaknya yang suka bagaimana entry Comelnya Kucing Siam Saya dan gambar2 kucing sedang mengaum dan memberus gigi.Tinggi nilai estetikanya....adeeeeeeesssssss.....

  1. Neijie berkata...:

    Assalamualaikum..erm..mungkin niat tu baik..nak kasi semua orang tau pasal nih..tapi matlamat tak menghalalkan cara kot..sebab tu ada yg tegur camtu..hurmm..mmg la awak dah blurkan bahagian sensitif..tapi bahgian yg len tetap terdedah dan masih bleh buat org terbayangkan bnda tu ngn jelas.. walaupun awak dah blurkan sklipun..harap awak faham la yer..mmg la lain org lain cara..tapi isu agama perlu dititikberatkan..^^..niat ok untuk kasi semua org tau..tapi sebaiknya gunalah pendekatan yg lebih baik. ^^..harap jgn terasa yer dgn teguran ni. Bukan ape..Allah bagi nikmat mata pada kita ni untuk kita jaga pandangan kita..^^

    Allah s.w.t. pernah berfirman di dalam al-Quran secara jelas dalam surah al-Nur yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah amat dalam pengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (al-Nur: 30)

    Harap awak bleh terima yer teguran ni..^^..sekian wassalam

  1. abadi romeo berkata...:

    @Neijie-saya menerima dengan pandanga anda dengan hati terbuka.Tiada apa yg perlu saya bahaskan kerana anda menggunakan Al Quran..ianya seperti noktah buat saya.No komen...

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...