Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1Zn2VpWeN The Pocket Rocket Man...jangan lenguh lutut sudahlah.... | abadi romeo

Followers

The Pocket Rocket Man...jangan lenguh lutut sudahlah....

Isnin, 4 April 2011



KEHADIRAN isteri di sisi menjadi pembakar semangat kepada pelumba basikal trek negara, Mohd. Azizulhasni Awang untuk segera pulih daripada kecederaan betis yang dialaminya pada Februari lalu.
Terkenal dengan nama jolo- kan The Pocketrocketman, Azizulhasni berkata, isterinya, Athiah Ilyana Abdul Samat banyak membantu kehidupannya di Melbourne, Australia yang menjadi pusat latihannya.

"Lepas ini saya dan isteri akan menunaikan umrah dan selepas itu kembali ke Melbourne untuk menjalani latihan," kata Azizulhasni ketika ditemui pemberita pada majlis resepsi perkahwinannya di kediaman keluarga pengantin perempuan di Meru Height, Ipoh semalam.
Azizulhasni yang akan menjalani latihan biasa dan intensif secara berperingkat selepas kembali ke Melbourne berkata, kecederaan yang dialaminya pada 19 Februari lalu juga membakar semangatnya untuk terus meningkatkan prestasi.
Dia mengalami kecederaan serius ketika bertanding dalam acara final keirin pada Siri Piala Dunia Klasik UCI di Manchester, England apabila betis- nya tertusuk serpihan kayu velodrom sepanjang 20 sentimeter.
Mengenai peluang memenangi pingat emas pada temasya Olimpik 2012 di London yang disandarkan kepadanya, Azizulhasni berkata, peluang itu terbuka kepada semua termasuk pelumba tuan rumah yang juga saingan terdekatnya, Chris Hoy.
Katanya, dia kini menumpu- kan perhatian bagi menghada- pi temasya Sukan Universiti Dunia 2011 yang akan berlangsung di Shenzen, China pada 12 hingga 23 Ogos depan.
Sementara itu, jurulatihnya, John Beasley berkata, Azizul- hasni telah pulih daripada kecederaan yang dialami.
"Namun, saya tetap mahu berhati-hati. Saya juga mahu memberi beliau masa dan tidak tergesa-gesa kembali aktif sepenuhnya.
"Ini kerana otot yang cedera mengambil masa untuk benar- benar pulih," kata Beasley lagi.
P/S : SELAMAT PENGANTIN BARU LE..AKU RISAU LEPAS NI DIA SAKIT KEPALA LUTUT PULAK...LENGUH BUAT LATIHAN KAYUHAN KAT RUMAH.....HE..HE...HE...
aBADI rOMEO.............
SUMBER ; KOSMO

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

2 ulasan:

  1. zulkbo berkata...:

    salam..
    ermmm..letih memang letih
    sesekali tukar corak kayuhan
    berkapal tak pun berkuda..
    :D

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...