Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1Zn2VpWeN Osama Laden..Pejuang Islam Atau Pengganas..? | abadi romeo

Followers

Osama Laden..Pejuang Islam Atau Pengganas..?

Selasa, 3 Mei 2011


Ketika sedang menikmati makan malam ,aku terdengar berita tentang kematian  Osama Laden yg disiarkan melalui berita.Niatku untuk menghabiskan nasi untuk pinggan yg ketiga..aku cancel dulu..bergegas menonton TV.Percaya atau tidak..mulut aku masih ternganga untuk jangka waktu yg agak panjang sambil aku melebarkan cuping telinga mendengar  berita yang mengezootkan..Osama Laden telah mati dibunuh oleh komando Amerika Syarikat.Dan persoalan yang bermain polis santre di reban fikiranku ini...
Siapakah Osama Laden ....?

Ramai manusia kat yg beragama Islam di Malaya ni yang sebenarnya takut menyatakan pendirian meraka tentang perjuangan Osama Laden.Adakah wajar kita mengabdikan namanya sebagai pejuang Islam ataupun pengganas seperti yang dilabelkan oleh kebanyakan negara Barat.Negara manakah di dunia ini yg menyatakan dengan jelas pendirian mereka,memberikan sokongan moral dan material.Mungkin Iraq...tapi tak lama...tinggal padang jarak..padang tekukur.Libya...menuju kehancuran..dan bagi kebanyakan negara Timur Tengah boleh dikatakan play safe.Mereka lebih selesa memakai kondom bagi mengelakkan penyakit berjangkit yang bakal diterima sekiranya menyokong perjuangan Osama.

Kalau ditanya cerdik pandai kat Malaya ni..jika diinterview oleh wartawan arus perdana..dengan wajah yang bermuka-muka menjawab Osama adalah pengganas tetapi aku tahu sebenarnya jauh di dalam tali perut mereka yang panjang itu mereka sayangkan Osama.Menyatakan sokongan secara terbuka perjuangan Osama Laden bererti menempah bahaya ..kita akan dituduh pengikut dan cuba mengembangkankan fahaman Islam radikal.Apatah lagi bila PM Malaysia sendiri melabelkan Osama sebagai pengganas dan perjuangannya tidak diterima oleh Kerajaan Malaysia.Aku bukan mahu membawa fahaman yang bercanggah dengan arus perdana tetapi mungkin ada sedikit atau duadikit perkara yang perlu kita pertimbangkan secara rasional dan ilmiah.

Malaysia dan Sejarah Perjuangan

Jika kita sorot perjuangan kita dari Zaman Kesultanan Melayu Melaka..perjuangan kita berasaskan kepada membebaskan diri dari  penjajah..bermula dari Portugis,Belanda dan Inggeris.Bagi menyematkan semangat memperjuangakan ibu pertiwi,guru-guru agama yang pada waktu itu status quo mereka dipandang tinggi oleh masyarakat memainkan peranan dalam meniup semangat perjuangan membela agama,bangsa dan negara dan banyak fahaman Islam dan falsafah perjungann diTimur Tengah yg dibawa oleh pelajar yang menuntut disana telah menaikkan semangat menentang penjajah.
Bagaimanapun bila mana Jepun datang ke Tanah Melayu pada tahun 1941...tidak tahu dimana silapnya perjuagan Melayu Islam pada waktu itu.Bila mana Jepun turun di Kota Bharu...ramai yang bertempiaran lari memanjat pokok kelapa dan lari masuk hutan dan akibatnya seluruh Tanah Melayu dapat ditawan dalam masa bebarapa hari sahaja.Betul lah cakap orang Jawa.."Melayu"
itu bermakna lari...orang Melayu bermaksud"orang lari"...dan fahamlah aku mengapa kita dipanggil bangsa yang lari.
Pihak Inggeris berjaya memaksa Jepun menyerah kalah,Gagasan Malayan Union yang dicadangkan oleh Inggeris telah ditentang oleh sebahagian besar orang Melayu pada waktu itu dan kemerdekaan berjaya dimiliki dengan hasil rundingan dan bukannya pertumpahan darah menentang Inggeris.

Kesimpulannya,pola perjungan rakyat Melayu Muslim di negara kita telah berubah.Ditambah pula dengan dasar kerajaan yang lebih cenderung memandang ke barat dalam meningkatkan pendidikan.Acuan demokrasi telah disemai sejak awal lagi berbanding pendekatan lain yg dilihat radikal dan tidak sesuai.

Lain padang lain belalang..lain stadium lain tukang kebunnya..bagi sesetengah negara Islam  yang ditindas oleh kuasa asing,kemerdekaan terlalu mahal harganya dan selalunya harus dibayar dengan darah.Tanpa semangat Jihad yang kuat,Afghanistan masih di bawah Rusia dan begitu juga di beberapa buah negara Balkan.Peperangan yang berpanjangan bagi menuntut kemerdekaan mengorbankan banyak jiwa.Bagi mereka yang kehilangan ahli keluarga,dendan kesumat ini hanya mampu diterjemahkan melalui Jihad yang pada meraka...semuanya untuk syahid ke jalan Allah.

Berbeza denga iklim di negara kita,ada yg berpandangan kita sebuah negara fundemental Islam...dan ada yang berpendapat kita sebenarnya sekular .Walau apapun,kita begitu fobia dengan senjata..dan senjata dilabelkan dengan keganasan.memiliki senjata pun boleh dihukum mati walaupun kita tidak pernah membunuh orang.Mindset Melayu cukup mudah...biarkan mereka cari makan..jangan kacau mereka sudah.Mereka tidak akan peduli apa yang orang lain buat seperti mana bila kita menghantar bantuan kemanusian ke Gaza.memang lucu bila kita di halau macam kucing kurap kerana ingin menunjukkan sifat prihatin yang tidak bertempat.Dan dengan murah hati kita merelakan barangan dirampas oleh Israel dan pada masa yang sama kita membiarkan kapal dagang Israel berkeliaran di Pelabuhan Kelang atas urusan perniagaan.

Pada pandangan pribadi aku..Osama harus diingati sepanjang zaman kerana keberaniannya yang tiada tolok bandinnya..meninggalkan istana dan segala kemewahan dunia dan sanggup tinggal gelandangan demi sebuah perjuagan.Aku cuma kagum.Kata orang sekarang tabik spring....
Kalau aku kata aku sokokong perjuangan beliau nanti berderu2 CIA,FBI,KGB,Bukit Aman dan sebagainya nya monitorr aku dan label aku pengganas awalaupu sebenarnya aku ni nak bunuh nyamuk pun tak sampai hati .Aku petik sedikit info dari KOSMO

Biodata dan Sejarah Perjuangan Osama Laden

OSAMA bin Laden (tengah) bersama beberapa rakyat Afghanistan di kawasan sekitar Jalalabad. Gambar ini dirakam pada tahun 1989.


Osama dilahirkan di Jeddah, Arab Saudi pada 10 Mac 1957. Ibunya, Hamida merupakan isteri Mohamed yang ke-10. Bagaimanapun, Hamida kemudian bercerai dengan Mohamed. Mengikut perkiraan, Osama adalah anak yang ke-17 daripada 50 adik-beradik.
Sejak kecil, Osama berpegang kepada ajaran Wahhabi. Beliau digambarkan sebagai seorang kanak-kanak yang berpegang teguh kepada ajaran Islam. Malah, Osama sememangnya anti-Barat. Bagaimanapun, Osama menerima pendidikan awalnya di sebuah sekolah sekular yang mengkombinasikan pendidikan British dan Islam di Jeddah iaitu Al-Thager Model School dari tahun 1968 hingga tahun 1976.
Sekitar tahun 1970-an, Osama telah pun mempunyai empat orang isteri. Isteri pertama yang dikahwininya ketika berusia 17 tahun adalah sepupunya, Najwa Ghanem. CNN melaporkan, pemimpin itu adalah bapa kepada 26 cahaya mata.
Osama kemudian melanjutkan pengajian di Universiti King Abd. Al Aziz dengan mengambil jurusan ekonomi dan pentadbiran perniagaan. Sumber lain juga menyebut, beliau mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam Pentadbiran Awam pada tahun 1981.
Sisi sebagai pejuang keagamaan dikatakan mula ditonjolkan secara jelas oleh Osama sejak menuntut di kampus lantaran kecenderungannya yang gemar berdebat.
Daripada mengamalkan prinsip wasatiah dalam dakwahnya, Osama yang menginjak usia 22 tahun semakin berani.
Detik itu bermula ketika beliau menyertai Abdullah Azzam. Abdullah merupakan pensyarahnya dan pengasas kumpulan militan Hamas di Palestin yang menentang pencerobohan penjajahan Soviet di Afghanistan.
Pada tahun 1984, Abdullah dan Osama menubuhkan Maktab al-Khaddamat untuk menentang penindasan AS dan Israel terhadap negara-negara Arab.
Kemarahan Osama terhadap kuasa besar itu semakin membuak-buak. Justeru, pada 20 Ogos 1988, lahirlah Al-Qaeda yang dikatakan mempunyai jaringan negara, kumpulan militan dan ratusan ribu ahli daripada pelbagai negara.
Antara kumpulan yang dikatakan mempunyai kaitan secara langsung ialah Jemaah Islamiah (JI) yang pernah diketuai oleh rakyat Malaysia, Noordin Mohd. Top.
Namun, perjuangan Osama mahu membela nasib bangsa dan agama tidak direstui dan kerakyatannya digugurkan oleh pemerintah Arab Saudi.
Keluarganya juga diminta supaya menghentikan pemberian wang secara bulanan yang keseluruhannya bernilai hampir RM20 juta setahun.
P/S:Betul ke di dah mati atau prapoganda.Tengok gambar macam edit photoshope,kene tembak pula dekat markas yang hampir dengan markas Tentera Pakistan.Mustahil dia nak beroperasi dekat dengan markas tentera...Kalau benar dia dah meninggal dunia..Al-Fathihah untuk beliau dan semoga rohnya di cucuri rahmatNya...Amin.....

Sumber :KOSMO
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

4 ulasan:

  1. x percaya langsung!
    biasala depa nak tunjuk depa hebak!

  1. mcm tak caya je dia dah mati kan kan kan
    Ahh..Kecoh Kau Derr...

  1. zulkbo berkata...:

    salam Zul..a
    sehari dua ni bermacam kisah tentang Osama ni di hidangkan blogger..aku macam dah agak kurang percaya pula kewujudan Osama ni..ada benar juga kata setengah blogger.watak Osama ni di cipta dikala yang tertentu sahaja..contoh dulu nak hentam Iraq di buat isu letup menara berkembar tu..akhirnya kontrak bina banggunan baru beri pada calon bakal presiden baru yang nak lawan Obama sekarang ni..Obama sendiri dah goyah kempen presiden terbaru ni..sedikit sebanyak menaikkan imej beliau kembali

  1. Bukan senang nak bunuh osama selagi allah x ambil nyawa dia

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...