Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1Zn2VpWeN Wanita Yang Memiliki Kejelitaan dan Kekayaan | abadi romeo

Followers

Wanita Yang Memiliki Kejelitaan dan Kekayaan

Selasa, 17 Mei 2011

MEREKA berbeza tapi berkongsi satu set persamaan yang meletakkan mereka di persada dunia dan menjadi subjek kepada lirikan iri jutaan wanita lain - rupa, gaya dan harta. Pakej lengkap impian ramai gadis lain tetapi cuma segelintir bertuah dilahirkan memiliki kejelitaan dan kekayaan yang tidak habis dimakan sehingga tujuh keturunan
Mungkin pada asalnya kekayaan mereka bukan hasil titik peluh sendiri tetapi sumbangan dalam memastikan kemewahan itu berterusan secara tidak langsung membolehkan mereka menikmatinya.

Vanisha Mittal
Dalam senarai pewaris harta wanita terkaya dunia, Vanisha Mittal, menduduki tempat teratas carta dengan aset RM92.5 bilion. Anak hartawan India, Laksmi Mittal itu, mula diberi perhatian oleh media selepas bapanya memperuntukkan perbelanjaan sebanyak RM177 juta untuk majlis perkahwinannya pada tahun 2004.

Sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah syarikat keluli itu, Vanisha, memang berhak menikmati setiap sen yang masuk kantung poketnya tanpa perlu dilabelkan sebagai anak bapa yang cuma tahu menghabiskan wang.

Marta Ortega
Tempat kedua, berdasarkan nilai kekayaan bapanya adalah Marta Ortega Pérez, 26. Gadis kelahiran Sepanyol itu bernilai RM92.2 bilion yang diperoleh daripada empayar peruncitan fesyen, Inditex, milik bapanya, Amancio Ortega Gaona. Malah, rangkaian gedung fesyen terkemuka itu termasuk Zara, Massimo Dutti, Oysho serta Zara Home dengan biloangan pekerjanya kira-kira 14,000 orang.

 Ivanka Trump
Bagaimanapun, kedua-duanya masih terlalu jauh untuk menandingi populariti yang diraih Ivanka Trump. Statusnya sebagai anak hartawan Amerika Syarikat, Donald Trump, saja sudah cukup meletakkannya dalam kelas tersendiri. 
Walaupun kekayaan yang bakal diwarisinya cuma RM5.9 bilion dan ketinggalan berbanding Vanisha, Ivanka, 28, namun dia kaya aset boleh berbangga dengan kejelitaan yang diwarisi daripada ibunya, Ivana. Malah dia lebih dulu mencipta nama sebagai model terkenal sebelum memutuskan untuk meneruskan legasi bapanya.

Memegang jawatan sebagai Naib Pengerusi Eksekutif Pembangunan dan Perolehan Pertubuhan Trump, Ivanka juga salah seorang juri dalam rancangan realiti popular, The Apprentice yang terus menjadikannya dikenali dunia.

Holly Branson
Seorang lagi yang menyerikan senarai itu dengan rupa dan hartanya ialah anak kesayangan hartawan kelahiran Britain, Holly Branson.

Walaupun berada di tangga ke-212 dengan aset bernilai RM11.8 bilion, Holly, 28, pada awalnya tidak berminat mengikut jejak langkah bapanya, Richard Branson, sebaliknya meneruskan pelajaran untuk menjadi doktor. Bagaimanapun, dia kemudian menukar fikiran dan menyertai empayar perniagaan Virgin yang banyak menyumbang kepada duit poketnya.

Tamara Ecclestone
 Anak hartawan Formula Satu, Bernard Ecclestone, juga tidak ingin dipandang cuma sebagai anak orang kaya sebaliknya mahu lebih serius mengembangkan empayar perniagaan sendiri.
Terikat pada kedudukan sama dengan Holly Branson, Tamara Ecclestone, 26, berusaha mengembangkan karier daripada model dan pengacara rancangan televisyen kepada ahli perniagaan yang memasarkan pakaian dalam dan produk rambut wanita.

Hind Hariri
Mewakili dunia Arab ialah Hind Hariri, anak kepada bekas Perdana Menteri Lubnan yang meninggal dunia dalam serangan bunuh diri, Rafik Hariri. Mewarisi kekayaan keluarga dengan aset bernilai RM4 bilion, Hind, 26, pernah tersenarai sebagai antara pewaris termuda oleh Forbes pada tahun 2008.

Mereka memang dianggap memiliki segala-galanya tetapi perlu diingat kerana kebebasan mereka cagaran. Pada ketika wanita lain bebas berada di mana-mana tanpa rasa bimbang diculik untuk mendapatkan tebusan, pewaris kekayaan itu perlu berfikir banyak kali untuk keluar daripada rumah tanpa diiringi segerombolan pengawal peribadi.

Jika setiap gerak-geri menjadi bahan perbualan dunia hatta cara berpakaian pun diambil kira, ada kalanya tidak mempunyai apa-apa mungkin lebih menyeronokkan.

P/S:Agak-agak yang mana satu pilihan hati..berangan dan terus berangan........
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

5 ulasan:

  1. aik anak pemilik K-Mart tu tk tersenarai wanita terkaya ker bro?

  1. Syuxer berkata...:

    emmm bertuah dapat jadi anak orang kaya kan..ditambah aset dengan kecantikan..fuhh konfim skandal lepas ni heheh

  1. PinKy MoMMa berkata...:

    wahhhh kaya dan hot bebeh huhu..
    suka ye romeo ;p

  1. abadi romeo berkata...:

    @Miecyber~kita punya turn bila la agaknya

    @perondajaketbiru74,~listed bro..aku tersenarai juga..blacklist JPJ..

    @Syuxer,~tuah ayam nampak di kaki..tapi kalau terpijak tahi ayam..suwei namanya..

    @PinKy MoMMa ~ suke tu tak le..cuma tengah tunggu salah seorang tu nak ajak aku dating kat Pulau Kapas...

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...