Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1Zn2VpWeN 16 May..Rindu Pada Guru..Sekolah Dan Teman-Teman | abadi romeo

Followers

16 May..Rindu Pada Guru..Sekolah Dan Teman-Teman

Selasa, 17 Mei 2011


Sebelum jari jemari ku menari-nari ala samba di atas keyboard ini..belum terlambat aku nak mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua manusia yang bergelar guru.Tidak kira lah guru apapun..guru sekolah,guru tadika,guru silat,guru driving school tidak kira di mana berada sekalipun di Kandahar...sesungguhnya hari ini milik anda dan anda memang layak diberikan penghormatan.

Penghormatan

Satu keistimewaan guru yang jarang dimiliki oleh manusia biasa ialah status quo mereka dipandang tinggi oleh masyarakat.Tidak kira lah dari zaman Hang Tuah sehingga lah  kini,kerjaya guru berada di dalam kelas yang tersendiri.Guru dihormati kerana kerjaya dan persepsi tidak menghormati guru sama lah istilahnya menderhaka,orang tua kata kalau nak berkat ilmu,jangan derhaka kepada guru.Tanpa Hari Guru pun,masyarakat tetap menghormati guru...atau paling mesra masyarakat akan memanggil dengan gelaran"cikgu".Kemana dan sampai bila pun mereka akan disapa dengan panggilan cikgu oleh murid-murid,bekas murid ataupun ibubapa yang mengenali mereka.Kalaupun sudah pencen..panggilan cikgu masih melekat seperti gam gajah di badan meraka dan sukar dibuang biarpun sudah tidak mengajar lagi..dan itulah salah satu bentuk penghormatan buat meraka.

Mengenang Jasa

Bagaimana rasanya dunia ini tanpa guru..jika manusia yang berilmu tidak mahu mencurahkan ilmu kepada orang lain.Mungkin manusia masih lagi tidak mampu mencipta tamadun meraka.Maju mundur diri,agama ,bangsa dan negara banyak bergantung kepada pengetahuan tentang sesuatu ilmu selain nilai moral baik yang diterapkan semasa proses pendidikan.Sempena hari guru ini..maka ramai lah anak murid yang menghadiahkan guru cenderamata sebagai simbolik penghargaan.Begitu juga guru seharusnya melaksanakan tanggugjawab tanpa terlalu memikirkan balasan kerana jika mereka terlalu mengharapkan imbuhan ,kerjaya guru tidak akan lagi dipandang mulia oleh masyarakat.

Guru ,Sekolah dan Teman-teman

Tentunya kenangan sewaktu bergelar pelajar masih terpahat kemas di dinding hati.Biarpun telah lama berlalu Hari guru mengingatkan aku waktu bergelar pelajar khususnya di SMKJ2.
Terlalu banyak kenangan  pahit dan manis yang masih basah dalam ingatan.Dan aku telah pun melewati saat-saat itu dan terus melangkah untuk hari depan bersama segala pengalaman
bersama kalian..guru-guru dan teman-teman dan kini pengalaman lah yang menjadi guru ku setiap masa. 

P/S:~Guru SMKJ2 - kamu berjaya menjadikan aku manusia
      ~ Upper Six 1993 - Habis satu kelas masuk Maktab jadi cikgu..aku jugak yang tertinggal   bas..huhuhu

      ~Buat S - zaman persekolahan mengingatkan aku pada dirimu...miss u...sob3..


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

2 ulasan:

  1. ckLah berkata...:

    Terima kasih.....
    :D

  1. relevan berkata...:

    Selamat Hari Guru..

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...