Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1Zn2VpWeN Mencari Lelaki Jutawan Sebagai Teman Hidup...? | abadi romeo

Followers

Mencari Lelaki Jutawan Sebagai Teman Hidup...?

Khamis, 19 Mei 2011


Bagi yang wanita yang  masih tercari-cari pasangan hidup,entry ni khas buat mereka.Bagaimanakah kriteria atau ciri ciri lelaki idaman wanita.Walaupun aku bukan wanita,aku tolong jawab sebab ini entry ni aku buat tengah malam di kala manusia sedang lena beradu aku terkebil-kebil mengetik keyboard ni.Mulut ni dah empat lima kali menguap ..menganga bukan main luas lagi..mulut buaya pun jatuh nombor dua.Let's go to the point...
Cinta....geli aku nak sebut .Selalunya jodoh dikaitkan dengan cinta..tidak kiralah samaada cinta monyet atau cinta si tenuk,Cinta SMS,Cinta Lombok dan yg sewaktu dengannya.Zaman dijodohkan oleh orang tua dah lama berlalu.Cinta si gadis mungkin berdasarkan paras rupa jejaka yang encem,tubuh sasa,penampilan yang menarik,perwatakan ,pendidikan dan yang paling juling mata bila membuat pilihan ialah harta.Masih ada manusia mengatakan harta tidak dapat membeli kebahgiaan...tetapi jika anda di beri peluang untuk bertemu dengan Lelaki yang aku nak perkenalkan ini...adakah anda mampu menolaknya jika mereka bersetuju menjadikan anda sebagai teman hidup.Mereka adalah hartawan pada usia muda dan rata-rata dibawah 40 tahun.

Mark Zuckerberg

Pada usia 26 tahun, pengasas Facebook itu dikatakan bernilai RM40 bilion. Zuckerberg memiliki 24 peratus saham laman web sosial itu. Dia kini memegang jawatan sebagai Ketua Eksekutif dan Presiden Facebook, yang diasaskan bersama tiga lagi rakan sekelasnya ketika belajar di Universiti Harvard pada tahun 2004.

Sergey Brin dan Larry Page

Brin, 35 dan Page, 36, berjumpa dalam satu program sains komputer di Universiti Stanford dan kini masing-masing bernilai RM35.6 bilion setiap seorang sebagai pengasas enjin pencarian terkenal, Google. Mereka keciciran daripada meneruskan pelajaran ke peringkat doktor falsafah pada tahun 1998 untuk memulakan Google daripada garaj seorang rakan. Google akhirnya menemui orang ramai pada tahun 2004.

Sheik Mansour Bin Zayed Al Nahayan

Berusia 39 tahun, Sheik Mansour, yang juga salah seorang kerabat diraja Emiriah Arab Bersatu, membelanjakan RM891 juta untuk memiliki kelab bola sepak Manchester City. Memiliki kekayaan bernilai RM14.5 bilion, Sheik Mansour pernah menyelamatkan bank Britain dengan pelaburan tunai sebanyak RM14.8 bilion.


Daniel Ziff

Bersama-sama dua abangnya, Dirk dan Robert, mereka melabur dalam hartanah, hutang korporat dan ekuiti menerusi Ziff Brothers Investement. Syarikat penerbitan yang diwarisi daripada bapa mereka berkembang menjadi konglomerat media dengan menerbitkan pelbagai majalah. Memiliki kekayaan bernilai RM10 bilion pada usia 37 tahun, Daniel dan dua abangnya menjual 95 peratus daripada perniagaan mereka kepada Forstmann Little pada harga RM4.1 bilion pada tahun 1994. Hari ini dana keluarga itu dikatakan bernilai lebih RM29.7 bilion.


Putera Albert von Thurn und Taxis

Pernah termasuk dalam senarai hartawan dunia pada usia lapan tahun, putera Jerman itu secara rasmi mewarisi kekayaannya pada Jun 2001, sempena hari jadinya yang ke-18. Memilik kekayaan dianggarkan bernilai RM6.2 bilion, aset Albert, 25, termasuk hartanah, lukisan, syarikat teknologi dan 30,000 hektar tanah di Jerman. 

P/S ;Kajang Pak Malau Kajang Berlipat..Kajang Hamba Mengkuang Layu
      Dagang Pak Malau Dagang Bertempat..Dagang Hamba Musafir Lalu
huhuhuhuhu...........!
Esok nak ajak Pak Malau makan sate kat Kajang,baru boleh jadi Pak Mertua..

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

4 ulasan:

  1. zulkbo berkata...:

    salam..
    nak kena islamkan dulu
    lepas sunat sorang-sorang
    baru kita jodohkan anak dara
    melayu..baru dia akan tahu penangan
    lagu "Gadis Melayu"-Othman Hamzah
    :)

  1. iza berkata...:

    Assalam...
    Ishh...not my taste la...
    Kaya saja tak handsome buat apa?
    Anak dara melayu skrg ni lebih suka mamat bangla kot sebab mcm hero hindustan....

  1. relevan berkata...:

    Sapa tak nak orang kaya raya jutawan..hehe!

  1. Tanpa Nama berkata...:

    Sy nk cr jdoh pnt da bcinta.nk bcinta lps nikah umo22..nk cr umo 22+30je

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...