Sekali aku tengok gambar ni sebenarnya aku rasa kesian pun ada,ialah....aku ni memang mudah rasa kesian kat pompuan.Bukan ape..nak tolong dia sarungkan kain batiknya yang dah nak terlondeh sangat dah...kalau ada kat depan mata aku..dengan rela hati aku bantu dia sebab dia macam tak sempat nak simpul kain batik tu.
Mungkin ramai yang tak kenal dia kerana masih baru dalam dunia artis tempatan tetapi selepas aksi berani untuk Filem Suatu Malam Kubur Berasap,Nurul Ain Nrdin telah tampil membuat penjelasan dan seperti di petik berbunyi..
“Ain mintak maaf kalau gambar tersebut menyinggung perasaan sesiapa. ain tau ain bersalah…. tapi percayalah fotoshoot tersebut dilakukan secara tertutup oleh semua pelakon dan beberapa krew yang terlibat untuk fotoshoot poster filem tersebut, tetapi itu bukanlah final product dia. gambar tersebut hanya sparuh sahaja,seperti yang dipersetujui… dan di edit oleh mereka di bahagian graphic untuk tambahkan di hujungnya, bawah sket dari pinggang dan kebawah dengan akar, kurap, kudis, panau untuk memberikan kesan hantu yang muncul tetapi lain gambar yang tersebar.”
“Gambar seperti yang dipersetujui untuk final product filem SUATU MALAM KUBUR BERASAP ini sudahpun mendapat persetujuan dari pihak-pihak tertentu untuk pelepasan.. di laman web rasmi SUATU MALAM KUBUR BERASAP ada gambar ain. itulah final product sebenarnya…. apa pun ain cakap, kalau dalam hati korang dah rasa ain jahat, ain buruk, ain itu, ain ini…. ain xleh buat papelah ye… maafkan ain.”
Aku ni lebih kurang wartawan je..cuma tak bergaji...berita cam ni memang menarik minat masyarakat kerana dunia hiburan mempunyai nilai berita yang tinggi selain dari berita politik.Aku bukanlah mengeksploitasi berita atau keadaan tetapi sebagai public figure,artis di lihat sebagai idola dan mentor baru bagi generasi muda kini.Banyak perkara yang dahulunya dirasakan gila oleh masyarakat dahulu kini tidak lagi kerana artis menjadi pelopor dari banyak segi kehidupan dari cara berpakaian,cara berjalan,cara batuk dan sebagainya serba sedikit dpengaruhi oleh artis.
Ramai orang lebih suka memakai topi besball secara terbalik kerana kununnya ia cara bagaimana artis rap berpakaian,seluar jeans yang terkoyak dan compang camping lebih digemari..lagi banyak yang terkoyak..lagi tinggi nilai seninya..dan itu cara artis rock berpakaian,
Jadi jangan terkejut suatu hari nanti jika anda melihat di jalan-jalan ada ramai gadis yang tak sempat menyimpulkan kain batiknya kerana itu mungkin trendy...
P/S :Aku selalu juga tak sempat nak simpul kain pelikat bila tak tahan sangat nak ke tandas..
huhu..
panas2..
malu bila tengok artis2 sekarang...