(Foto: thinkstock)
Untuk membuat otak tetap sihat,pemilihan makanan boleh meningkatkan kecerdasan otak serta melakukan beberapa latihan atau kegiatan yang dapat menjaga fungsi kognitif dari otak.
Berikut ini beberapa cara mudah yang boleh dilakukan untuk menyihatkan organ tubuh otak, seperti dipetik dari Livestrong, Selasa (22/2/2011) iaitu:-
Memberikan makanan yang baik untuk otak
Lebih dari setengah bagian otak terdiri dari lemak, kerananya lemak sangat diperlukan oleh otak untuk mempertahankan ketajaman berfikir dan berfungsi dengan baik.
Lemak yang diperlukan seperti lemak omega-3 yang penting untuk fungsi dan perkembangan kognitif otak, serta penggunaan lemak baik seperti minyak zaitun atau minyak canola.
Selain lemak, sayuran hijau juga bisa membantu melindungi otak dari penyakit Alzheimer dan demensia (nyanyuk). Berdasarkan kajian tahun 2009 yang terbitkan dalam jurnal Archives of Neurology menunjukkan bahwa bayam dan sayuran hijau lain yang mengandung folat bisa mengelak demensia dan kondisi penurunan kognitif lainnya.
Makanan dan minuman lain yang boleh meningkatkan prestasi otak adalah blueberry, blackberry, jus anggur ungu, epal, kayu manis dan sayuran seperti brokoli serta kembang kol.
Melenturkan otak
Dr Gayatri Devi selaku ahli saraf menyarankan masyarakat untuk melakukan pelbagai aktiviti sehingga boleh merangsang bahagian otak lain yang mengarah pada kesihatan kognitif secara lebih baik dan menyeluruh.
Kegiatan yang boleh dilakukan adalah melakukan sudoku, lalu beralih ke soal pengiraan matematik, mendengarkan musik klasik, menari, bermain tenis atau bersosial dengan orang-orang. Mempelbagai kegiatan ini akan menjaga otak dengan baik dan melatih otak agar tidak hanya satu bahagian saja yang aktif.
Bersukan
Dr Devi berkata salah satu cara untuk membuat otak menjadi sihat adalah melalui latihan atau bersukan, kerana latihan boleh membuat tubuh bekerja dengan baik dan fungsi kognitif menjadi lebih baik.
Dengan mendapatkan aktivitti fizik yang baik akan meningkatkan oksigen dalam otak, memelihara sel-sel otak serta meningkatkan pertumbuhan sel saraf yang baru. Lakukanlah aktiviti sukan seperti aerobik 3-5 kali dalam seminggu.
salam Zul..
adehhh..dah beku otak aku ni
nasib baik yang lain baik lagi
he he..senam malam je setakat nih