Calon Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya(MPPUM) yang dilaporkan hilang selepas berkempen Jumaat lepas telah memenangi satu kerusi hari ini.Pada pemilihan itu,Pro-Mahasiswa yang diwakili Mastura,22,mengungguli pertandingan dengan memenangi 23 daripada 43 kerusi yang dipertandingkan manakala
18 dimenengi oleh Penggerak Mahasiswa.
Pro Mahasiswa menyapu bersih 9 kerusi umum dan 14 kerusi fakulti manakala Penggerak Mahasiswa memenangi 19 kerusi Fakulti,MPUM menawarkan 43 kerusi untuk diisi oleh wakil umum dan wakil fakulti manakala 2 kerusi tidak dipertandingkan kerana ketiadaan calon.Keputusan pemilihan 2010/2011 telah diumumkan oleh Naib Canselor Universiti Malaya Datuk Dr.Ghauth Jasmon di Akedemi Pengajian Melayu hari ini.Sementara Mastura yang ditemui malam tadi selepas hilang Jumaat lalu,hadir untuk mengundi di Akedemi Pengajian Melayu ditemani oleh ibubapanya.
Dalam sidang akhbar,ibunya Maryam Abdul Rashid berkata,tidak menolak kemungkinan kehilangan Mastura mempunyai kaitan dengan pemilihan kali ini.Beliau juga meminta supaya pihak lain tidak membuat sebarang andaian berikutan kehilangan Mastura kerana peristiwa itu begitu tragis kepada keluarganya.Mastura yang turut hadir pada sidang media tersebut juga tidak memberikan sebarang kenyataan.Menurut Mariam,Mastura yang mengikuti Pengajian Islam telah ditemui pada pukul 12.20 malam tadi berhampiran Masjid Terang Jernang di Bangi dalam keadaan lemah setelah dilaporkan hilang dan kali terakhir dilihat di Pangsapuri Pantai Perma di Pantai Dalam ketika membeli kad pra-bayar.
"Dia masih tidak sedar apa yang berlaku pada dirinya dan masih trauma,kita tunggulah masa yang sesuai dan pihak media bolehlah bertanya kepadanya..."katanya
SUMBER : Bernama
macam2.. bagos la klu da selamat.