Bukan senang untuk menjadi korporat yang berjaya.
Banyak wang,masa dan tenaga yang terpaksa di gunakan.
Memaksimun kan keuntungan adalah suatu teori ekonomi yang tak
dapat disangkal namun bila kita berurusan dengan bilangan pengguna yang ramai tentunya harus mengambil kira kepuasan pelanggan
yang membeli barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan.
Sebenarnya aku nak melahirkan rasa kurciwa..
bukan kerana ditinggalkan kekasih,tetapi terhadap beberapa
syarikat korporat yang pada pandangan aku dah kurang nilai murni
dalam jiwa..berkarat..jadi elok rasanya aku bagi klorin sikit..walaupun
aku ni hanyalah hingus bagi mereka,boleh hembus kat mana suka.
Aku tak heran dia orang nak saman aku..glamour pe masok paper.
Paling tidak..dapat aku luah kan rasa geram aku kat sini
dari aku simpan dalam tali perut aku...buat senak
dan kadangkala rasa nak terkucil kalau
terus parking dalam hati.
ASTRO
Sebagai pelanggan aku terkilan tersangat2 bila
bil aku bulan ni naik lagi 6%.Memang kalau kita nak guna
sesuatu barangan atau perkhidmatan kita kene bayar tetapi adakah
ianya berbaloi dengan nilai wang.Alasan yg diberikan adalah untuk membayar cukai kerajaan.Aku pikir sebagai sebuah syarikat yg memonopoli perniagaan TV berbayar..tindakan menaikkan tidak adil kerana mereka di berikan keistimewaan oleh kerajaan dengan
memberikan lesen TV berbayar.Astro fikir..naik lah seberapa
banyak sekalipun..pelanggan tidak mempunyai pilihan lain.
Bayar je lah walaupun dahi sedikit berkerut dan bibir
muncong boleh ikat je bila nak bayar.
Ikhlas..tapi jauh.
Apakah jalan penyelesaian..mudah..je.Ada tiga
pilihan ada dalam kepala hotak aku yang tak secerdik
mana ni..
1.Hapuskan monopoli Astro
kerajaan atau anak syarikat ataupun jutawan kat Malaysia kene berani la melabor...industri berkaitan hiburan kat Malaysia ni jarang rugi....Bukan nak pakai berpuluh ribu pekerja pun.Pernah tengok ke Astro buka cawangan,beli bangunan baru,ambil staf nak kira duit orang bayar..semuanya online skrg..Pejabat Pos,bank dsbagainya..kalau cari kat kedai mamak jual bawang..memanglah tak boleh bayar..
2.Membenarkan penggunaan Parabola
Percayalah cakap aku..Astro mesti bersedih dan berkabong..semua staff
kene pakai baju hitam 40 hari.Banyak negara yg membenarkan penggunaan parabola..kalau orang luar kata negara kita mundur..kita marah..hakikatnya...parabola bukan mahal sangat pun,keluar modal sekali saje..lepas tu boleh tengok TV satu dunia punya chanel sampai lebam.Berapa ratus chanel kita nak tengok bergantung la kepada kemampuan kita..budget ciput..parabola ciput..chanel sikit je..kalau kocek tebal boleh pakai parabola macam kat Angkasapuri tu..ada aku marah..jangan runtuh rumah sudah.Dan jangan terkezooot lepas ni ramai yang boleh cakap Jepun ,Korea Russia..cakap Bangla pun boleh..ada aku kisah....
3.Banyakkan Channel TV percuma
Hairan dan pelik jugak aku negara kita channel free tak banyak .Aku pernah ke sbuah negara jiran dan lihat sendiri channel tv free ni berlambak2 dan kebanyakan nya pula beroperasi 24 jam.
TV percuma dapat beroperasi jika mendapat tajaan dari syarikat pengiklanan.Jadi..kene mesra pelanggan lah sikit...Station TV jangan lah demand sangat..kalau ada syarikat nak jual tempe sekalipun...terimalah.Apa salahnya..panggil pula Ben Ashari makan Tempe..buat iklan..mesti malatop.Atau Hanis Zulaika tengah cecah budu ..asalkan ada pendapatan station tv percuma mesti boleh survive.
salam..
ermmm..luahan perasaan nampak
aku sampai ke ler layan tv free je