Mula-mula aku tak ambil pusing sangat dengan minah ni..tetapi lama kelamaan aku merasakan yang dia mempunyai sesuatu yang jarang ada pada manusia lain.Kretivitinya dalam menghasilkan video dan dimuatturun ke Youtube membuatkan aku kadangkala tersenyum sorang.Gelagat gila-gila,spontan dan cara mengedit video adalah suatu keistimewaannya..sebenarnya aku cemburu...cemburu pada keistimewaannya.Bukan aku nak puji melambong 2sangat atau terlalu kagum tetapi ada sesuatu yang lain yang menarik perhatian aku.Menurut sumber yang boleh dipercayai beliau adalah seorang guru.Itu yang menarik..Kenapa?
Menurut beliau cara beliau mendekati murid adalah denga cara sedemikian.Mengambil hati murid agar meminatinya dan mempengaruhi cara dia mendidik murid2nya.Kalau benar dia seorang guru..bagi aku ada kebenaranya.Aku pernah menjadi pelajar.Kalau guru itu aku minat..pastinya subjek yang diajar oleh guru yang aku minati itu akan lebih tinggi berbanding dengan diajar oleh guru yang aku kurang minat.Logiknya memang begitu bukan...?
Betul.....mana boleh pelajar hanya menumpukan pelajarannya kepada guru yang mereka minati sahaja ataupun dengan kata lain pelajar tidak diberi kuasa untuk memilih guru ini atau itu.Suka atau tidak..tetapi harus diingat selalunya daya tarikan seorang guru mempengaruhi sedikit sebanyak kemajuan seorang pelajar.
Bukan niat aku nak kritik gru...sebab aku tahu ramai blogger kat luar sana adalah seorang guru dan aku pastinya dihentam dengan teruk selepas ini jika entry ini menyentuh pribadi mereka.
Cuma bagi aku kreativiti dan kaedah pengajaran sebegini walaupun sedikit sengal untuk dipraktikkan dan tidak diajar oleh pensyarah di Universiti pendidikan....mungkin guru akan berfikir bagaimana cara untuk menarik perhatian pelajar untuk meminati personaliti guru seterusnya meminati pelajaran.Ialah..kalau pelajar asyik menguap dalam kelas...tentu ada sesuatu yang tak kene.
P/S:Kalau dia bukan seorang guru..aku ingat lebih baik dia pergi audition Raja Lawak...aku akan jadi pengundinya yang setia..
tapi aku rasa dia tak praktikkan benda nih sebagai satu modul untuk dia mengajar anak2 muridnya...dan takkan dia nak gayakan karakter dia macam tuh dan paling mneyedihkan dia pasti menjadi bahan lawak anak2 muridnya...mungkin ya dia menjadi perhatian tapi pasti ada di antara yang hilang rasa hormat..kerna apa saja yang guru persembahkan mengenai dirinya akan menjadi satu tuntutan disiplin dan teladan...seorang guru itu bukan sahaja menjadi tenaga pengajar tapi malah menjadi pemimpin...
kalau disentuh soal privasi karakter di luar dari sistem pendidikan dia masih tidak boleh lari dengan mengatakan "ini hak privasi aku,urusan peribadi aku kat luar tiada kena mengena dengan peribadi aku di sekolah"..Yes!aku setuju dengan kata-kata begitu,seandainya lah..tapi seperti yg dikatakan,ia satu teladan kerna dia mempersembahkan aksi yang sangat kurang manis...ok,fine kita takmau berfikiran tipikal atau cliche..dan mengatakan ia satu perkara yang sangat kreatif..di mana kreatifnya kalau hanya miming...aku dah saksikan videonya..tapi tiada satupun yg leh buat aku ketawa..ntah,mungkin perasaan aku tidak betul masa tuh,tapi serius ia satu aksi yg sangat buruk..im sori..