ŞEHRİBAN OĞHAN for beritaislamglobal.blogspot.com - Original English version here
ISTANBUL - Hürriyet
Datuknya berkahwin lima kali, bapanya tiga, tetapi bapa saudaranya yang memegang rekod: 18 isteri. Dalam bukunya ‘Standing Tears of Ağa,’ Hamit İzol (gambar bawah), seorang pemimpin kepada 200,000 masyarakat keturunan İzol, mengenengahkan masalah poligami kepada pengetahuan umum melalui cerita tentang sepupunya yang memiliki tiga isteri. Perceraian tidak dibenarkan di kalangan kami, dan tradisi-tradisi lama seperti ini malah membawa kepada pembunuhan antara sanak-saudara, kata İzol. Bagaimanapun segalanya telah berubah. 'Hari ini poligami dianggap sebagai sesuatu yang memalukan dalam masyarakat kami,' katanya.
Remziye adalah isteri pertama Derviş Ağa (ağa bermaksud ketua puak) dan Keje adalah yang kedua. Disebabkan kedua-duanya bersikap dominan, ditambah pula dengan kelemahan Derviş Ağa sendiri, anak-anak dari kedua-dua isteri membesar dalam keadaan saling benci-membenci antara satu sama lain. Kerana tidak dapat menerima tekanan dari ibunya serta beranggapan ayahnya tidak berlaku adil kepada emak dan saudara-saudaranya, Bedir, anak lelaki Remziye, telah membunuh bapanya serta ibu tirinya Keje, dan saudara-saudara tirinya. Sebagai meraikan kejayaannya, Remziye sempat menunaikan janjinya dengan menyapu inai hingga ke siku (sebagai tanda kepuasan membalas dendam) sebelum mengebumikan mayat-mayat.
Dengan hanya menukar nama-nama watak, Hamza İzol, akhirnya berjaya membukukan tragedi yang menimpa keluarganya dalam bentuk sebuah novel. “Dalam kebanyakan puak-puak lain di timur bandar Urfa, pembunuhan antara saudara sering berlaku. Salah satu sebab utama saya menulis buku ini adalah untuk mendedahkan kepada pengetahuan umum tentang bahayanya,” kata İzol.
Kisah Sembilan Isteri
Salah satu watak utama dalam buku tersebut adalah Bozan Ağa, iaitu bapa Derviş.
“Bozan Ağa adalah bapa saudara saya. Sebenarnya dia ada 18 isteri, tapi saya hanya ceritakan tentang sembilan isterinya yang memperolehi anak. Saya mahu supaya ianya nampak boleh dipercayai,” kata İzol, sambil menambah bahawa salah satu alasan utama poligami adalah kerana usia wanita yang tidak panjang. Bagaimanapun, beliau tidak menafikan yang ayahnya adalah seorang kaki perempuan. “Beliau masih mampu mendapatkan anak pada usia 70an. Beliau memang berlaku adil kepada isteri-isterinya. Beliau meletakkan setiap isteri bersama anak-anak mereka dalam sebuah kampung. Si isteri itu menjadi ketua kampung sementara anak-anaknya pula sebagai tuan tanah. Selepas itu, beliau tidak berjumpa lagi dengan wanita tersebut atau mungkin bertemu pada hari-hari kelepasan agama sahaja. Beliau sekarang tinggal bersama isteri baru.”
Isteri baru
“Jika seorang wanita itu berhasrat untuk menjadi isteri baru, beliau perlulah menerima untuk menjadi isteri kedua,” kata İzol, menjelaskan situasi tersebut dari perspektif wanita. “Isteri pertama tidak boleh berkata apa-apa dengan kehadiran isteri kedua. Kebiasaannya, lelaki kaya dilihat beristeri dua. Memandangkan seseorang wanita itu lemah berbanding lelaki, maka beliau tidak dapat menghalang wanita kedua.”
Dari tiga orang isteri, ibunya adalah yang pertama dikahwini bapanya.
“Datuk saya orang susah. Pada mulanya, beliau tidak benarkan perkahwinan ibu dengan ayah saya, kerana beliau menganggap ‘kalau dia kahwin dua, aku tidak boleh halang lagi.’ Tapi ayah saya mengambil tindakan nekad menculik ibu. Kemudian dia berkahwin lain dengan isteri kedua walaupun amat menyintai ibu saya. Keluarga sebelah ibu saya kemudian datang melarikan beliau. Buat seketika, saya dan saudara yang lain ditinggalkan bersama ibu tiri sehinggalah datuk menghantar ibu pulang semula ke rumah kerana kasihankan cucu-cucunya,” kata İzol.
Beliau berkata selepas kembali ke pangkuan mereka, ibunya memberitahu ayahnya bahawa mulai dari saat itu, beliau akan menganggap ayah sebagai hanya saudara kandung sahaja.
“Pada waktu itu beliau berusia 30 dan tidak tidur bersama ayah mulai dari hari tersebut,” kata İzol. “Isteri rasminya adalah isteri kedua dan kami didaftarkan sebagai anak beliau. Pernah beberapa kali terjadi pergaduhan besar. Isteri kedua ayah memang tidak suka ibu ada bersama. Selalunya beginilah sikap isteri kedua. Yang baru tidak dapat menerima yang lama. Peliknya, ibu masih tetap seorang yang patuh. Bilik mandi mereka pun dibasuhnya. Tidak pernah memburuk-burukkan ayah. Untuk mengahwini isteri ketiga, alasan ayah adalah kedua-dua isterinya semakin tua dan tidak lagi dapat melayan beliau dengan baik.”
İzol, 58, sekarang tinggal bersama isterinya di kota Mediterranean, Mersin. Beliau mempunyai 10 orang saudara, dengan yang bongsu berusia 10 tahun.
Kahwin sepupu
İzol, tidak terkecuali, terpaksa berkahwin muda kerana mengikut tradisi.
“Sewaktu bertunang, saya masih di gred keenam sementara bakal isteri saya berusia tiga tahun lebih muda. Seorang pekerja ayah memberitahu saya, ‘Awak akan ditunangkan,’ Saya tanya ‘Pakcik Zübeyr, adakah saya sudah menjadi lelaki sejati?’ Beliau membalas ‘Tengoklah betapa tingginya awak! Sudah tentu awak dah menjadi lelaki.’ Kami berkahwin bila saya menamatkan pengajian sekolah menengah. Dia adalah anak kepada bapa saudara saya. Kami membesar dalam rumah yang sama. Sedar-sedar saja, saya dah dikahwinkan dengan sepupu sendiri. “
İzol berkata bahawa dia amat bernasib baik dan bahagia bersama isterinya. Katanya kalau dilahirkan buat kali kedua pun, dia tetap akan mengahwini isterinya yang sama.
Poligami semakin lemah dan kalangan mereka yang terpelajar telah memainkan peranan memecahkan tradisi berkenaan, kata İzol, sambil menambah bahawa poligami sekarang dianggap sesuatu yang tidak bermoral.
“Kecuali di kalangan beberapa orang sepupu saya, generasi saya kini mengamalkan satu isteri. Lelaki yang beristeri dua tidak dialu-alukan dalam kampung. Keluarga kami banyak menderita kerana poligami. Orang ramai perlu mengambil iktibar dari kisah kami ini. Jika seorang lelaki itu ingin mengahwini wanita kedua, beliau perlulah terlebih dahulu menceraikan isterinya.

will just say one thing - true love is only with one person that you love but certainly plenty you stated in taking place today, no doubt in this.