Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1Zn2VpWeN Andartu...kenapa..?Aweks kat oversea pun tak jual mahal... | abadi romeo

Followers

Andartu...kenapa..?Aweks kat oversea pun tak jual mahal...

Rabu, 27 April 2011

Andartu...nak aku terangkan ke apa makna nya.Tapi yang pastinyanya..ianya bukanlah sejenis lalat yg baru di temui oleh Nabil dalam Maharajalawak ataupun sejenis kueh yang enak dimakan begitu saja.Aku nak menyusun sepuluh jari tangan dan kaki memohon kemaafan walaupun hari raya lambat lagi kerana kalau ada yang terguris di hati..anggaplah entry santai aku ni seperti angin2 yang keluar semasa terkentot..keluar tanpa disengajakan tetapi baik untuk kesihatan.
Jika ditanya kenapa masih belum berkahwin walaupun tempoh expired semakin hampir...dan jawapan yang ditemui  diantaranya :-

-nak sambung belajar lagi..
-nak cari suami yang ada pangkat besar/ushawan besar/kereta besar/rumah besar dan hutang yg besar
-lelaki sekarang tak bertanggungjawab..suka hisap dadah walaupun banyak lagi barang lain yang sedap  dihisap
-nak cari yang encem  macam Shah Rukh Khan,hidung mancung sampai boleh sangkut hanger baju...lelaki Malaysia hidung macam pelepah kelapa...
-nak buat upacara kahwin besar2an..kene prepare lama sikit..hotel 5 bintang..hotel pijat tak main la/panggil satu kampung sembelih lembu sekandang,ayam5/6 reban,ikan patin muncung 5/6 sangkar/nak panggil Justin Bieber nyanyi berduet dengan Kumpulan Sepah.
-dan jawapan paling selamat..belum ada jodoh walaupun ejen mencari jodoh tumbuh macam misai mamak lepas dicukur dan munkin banyak lagi alasan yang sewaktu dengannya.

Sebenarnya bagi yg sibuk dengan kerjaya,ada pelbagai cara untuk mencari jodoh..perkembangn dunia IT menjadikan manusia boleh berinteraksi lebih pantas dengan merentasi sempadan.Cinta SMS/Chatting/E-Mail
dan banyak laman sosial yang mampu menjadi pemankin.

Bagi Jejaka di Malaysia yg merasakan dirinya tidak dihargai aku nak mencadangkan segmen mencari jodoh awek luar negeri.Errrhhmm...ubahlah citarasa sikit..asyik makan sambal belacan je..lagipun kat Malaysia ni
makin ramai yang terlalu memilih.jika anda berminat bolehlah mencari aweks overseas yg dengan rela hati ingin dikahwini.Boleh tahan juga aku tengok...ada yg malatop......

  • Category : Marriage in Morocco
  • Date updated : 03/04/2011
  • Region : Gharb-Chrarda-Beni Hsen (Morocco)
  • City : Kenitra (14 000)
  • Age : 21 years
  • Height : 1m70
  • Marital status : Single
  • Occupation : student
  • Eye Color : Brown
  • Hair Color : Black
  • Smoker : No
  • I am looking for a man

Laman web ini boleh diakses di http://www.soukaffaires.ma dan majoritinya adalah wanita Maghribi yang kesepian.Angka rasmi terbaru menunjukkan lebih 13 juta orang melayari laman sesawang di negara yang mempunyai populasi 32 juta penduduk itu."Laman mencari jodoh itu direka pada Jun 2010. Walaupun masih baru, laman ini boleh dikatakan berjaya mungkin kerana ia percuma dan juga mudah," kata Pengasas Soukzouaj, Yasser Nejjar.
Setiap hari, kira-kira 2,600 calon pasangan akan melayari laman itu dan dua per tiga daripadanya ialah wanita.Laman itu akan menunjukkan peta Maghribi yang dibahagikan kepada 16 bahagian, kemudian pelayar hanya perlu klik pada bahagian yang dipilih untuk mencari pasangan.

"Sebagai contoh, berdasarkan pemerhatian hari ini sebanyak 1,670 catatan masuk daripada wanita berbanding lelaki 870 sahaja.
"Saya berpendapat keadaan ini menandakan wanita lebih berani berbanding lelaki. Kebanyakan catatan menunjukkan mereka benar-benar komited serta berminat untuk mengikat hubungan halal menerusi perkahwinan," kata Nejjar.Berita penuh sila CLICK
Sumber : KOSMO

P/S:Nampaknya kena belajar makan kebab la lepas ni supaya tak kekok depan mertua baru.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

7 ulasan:

  1. iza berkata...:

    Assalam...
    Hahahaha...tak dpt nak tackel aweks Malaya, nak tackel aweks oversea ek?hehe....aweks Indon pun ramai jgk....
    Kesian kat aweks Malaya, nanti lg meningkatla populasi andartu/andalusia kat sini sbb jejaka malaya dah berubah arah...
    jgn tertipu sudah..silap2 dpt pisau cukur...

  1. ozzy berkata...:

    Assalam..

    Hati-hati jgn tertipu sudah.

  1. zulkbo berkata...:

    salam..
    kesian juga ye..?
    apakan daya lelaki
    sekarang banyak yang
    haprak..takut tertipu
    la tu..
    :)

  1. alexayussida berkata...:

    lol sbb tuh ke?cari yang tak betol mmg la kena reject..kalo amik yg obersi tuh,paham ke cakapnye?kang jadi ayam itik lak..pastu duet pon habes nak tambang ulang alik umah mak mertua..muahaha :P

  1. Unknown berkata...:

    awek malaya demand sangat bro tuler pasal lagi pun dorang lagi suker ngan spesis itam legam dan putih melepak kulit macam kita sawo matang ni depa tak nak

  1. abadi romeo berkata...:

    @iza ~ skill lelaki memikat lelaki Malaysia semakin turun merudum nampaknya..terpaksa beralih arah.Citarasa nak ubah skit..jamu rapat wokay pe..adesss..

    @ozzy~ tipah tertipu kene tukar..Mamat tertipu..!

    @zulkbo~Mutu,Gaya,Keunggulan Lelaki Malaya dah obsolute model..kene upgrade window 7

    @alexa yussida~pakai bahasa isyarat pun boleh.Lelaki kene kerja kuat sikit nak bayar tambang.

    @perondajaketbiru74 -tu yg aku tak paham sangat..aku kalau selisih dengan lelaki negro pun dah tersumbat lubang hidung,bau hapak semacam..apa yg diaorang cari..aku tahu..hehehe...power boss..

  1. erk..
    nice entry..


    ☆┌─┐ ─┐☆
    ☆│▒│ /▒/
    ☆│▒│/▒/
    ☆│▒ /▒/─┬─┐... HYE!!HYE!!..
    ☆│▒│▒|▒│▒│ ..PEACE..
    ┌┴─┴─┐-┘─┘
    │▒┌──┘▒▒▒│..MENJEJAK 247 DISINI..
    └┐▒▒▒▒▒▒

    ♥ salam singgah dari mummy weiyda♥
    ♥ eppy blogging ya!♥

    hi fwenz!! keep it up blogging ya!! Kalo free meh ler singgah my blog..--> mummylovers blog

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...