Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1Zn2VpWeN Babi Dalam Kehidupan Manusia - Awas...! | abadi romeo

Followers

Babi Dalam Kehidupan Manusia - Awas...!

Jumaat, 29 April 2011

Mungkin kerana kesibukan manusia dengan urusan seharian kadangkala terlupa untuk memastikan sumber dari mana barang-barng keperluan harian.Adalah mustahil untuk membelek-belek satu persatu di tambah lagi pengetahuan kita tentang sesuatu produk adalah terhad .Aku nak berkongsi beberapa artikel yg aku jumpa dan mungkin boleh kita sampaikan kepada teman saudara Islam kita yg lain.



Rujuk nombor di atas untuk mengetahui kawasan dan produk apa yang dihasilkan dari kawasan itu:

1. Uji kaji senjata kimia. Tisu manusia dan tisu babi hampir sama, maka ia sering digunakan untuk ujikaji senjata kimia.
2. Ais Krim. Digunakan untuk menghasilkan gelatin bagi mengawal proses penghabluran gula dan melambatkan proses pencairan ais krim. Ais krim ada gelatin??
3. Baja. Dihasilkan dari bulu babi yang diproses.
4. Mentega rendah lemak. Gelatin di bahagian ini digunakan sebagai tekstur.
5. Bir. Gelatin di bahagian ini digunakan sebagai agen penjernih. Bertindak balas dengan bahan pahit dan tanin untuk menyerap warna air keladak dan menghasilkan air yang jernih.
6. Pelembut Pakaian. Asid lemak dari lemak tulang di kawasan ini menghasilkan warna.
7. Berus cat. Dihasilkan dari bulu babi.
8. Jus Buah-Buahan. Gelatin digunakan untuk menyerap keladak bagi menjernihkan air.
9. Syampu. Asid lemak digunakan untuk menghasilkan warna syampu yang berkilat seperti mutiara.
10. Lilin. Digunakan untuk mengeraskan lilin dan mempercepatkannya menjadi cair.
11. Roti. Protein dari bulu babi digunakan untuk melembutkan doh roti.
12. Peluru. Gelatin tulang digunakan di dalam peluru.
13. Ubat berbentuk tablet. Gelatin digunakan sebagai lapisan luaran tablet untuk menjadikannya lebih keras.

14. Serbuk pencuci. Asid lemak untuk menguatkan campuran bahan kimia.
15. Cat. Asid lemak digunakan untuk menjadikan cat berkilat.
16. Tamborine. Dibuat daripada pundi kencing babi. Tak sangka alat muzik pun dibuat dari babi. Astaghfirullah..
17. Arak. Gelatin digunakan sebagai campuran di dalam arak untuk menjernihkan air.
18. Kertas. Gelatin tulang digunakan untuk mengeraskan kertas dan mengurangkan kelembapannya.
19. Heparin. Bahan yang digunakan untuk menghalang pembekuan darah, ia diambil dari mukus yang terdapat di dalam usus babi.
20. Sabun. Asid lemak dari tulang babi digunakan sebagai agen pengeras dan perwarna.
21. Gabus. Gelatin tulang digunakan sebagai pembalut.
22. Insulin. Diambil daripada pankreas babi kerana ia mempunyai struktur kimia yang paling hampir dengan manusia.


23. Yogurt. Kalsium daripada tulang babi digunakan di dalam sesetengah yogurt.
24. Rokok. Hemoglobin daripada darah babi digunakan sebagai filter yang bertindak sebagai paru-paru tiruan.
25. Filem fotografi. Gelatin tulang babi digunakan sebagai agen pelekat di atas filem itu.
26. Makanan anjing. Hemoglobin digunakan sebagai agen pewarna merah.
27. Terapi Photdynamic. Hemoglobin darah babi digunakan dalam ubat untuk merawat kerosakan retina. Ubat itu diaktifkan dengan pancaran laser pada mata.
28. Pelembap. Asid lemak daripada tulang digunakan sebagai bahan campuran di dalam pelembap.
29. Snek anjing. Dibuat daripada hidung babi yang digoreng.
30. Karyon. Asid lemak digunakan sebagai agen pengeras.
31. Kasut. Gam dari tulang babi digunakan untuk meningkatkan kualiti struktur kulit.
32. Brek kereta api. Abu tulang babi digunakan dalam pembuatan brek itu.
33. Ubat gigi. Gliserin daripada lemak tulang babi digunakan untuk menghasilkan tekstur ubat gigi yang halus.
  1. 34. Gam kayu. Gam yang kuat yang biasa digunakan di dalam industri berasaskan kayu dihasilkan daripada kolagen.
    1. 35. Topeng muka kosmetik. Diambil daripada kolagen babi untuk mengurangkan kedut.
      36. Sumber tenaga alternatif. Bahan buangan daripada babi digunakan sebagai bahan bakar untuk menghasilkan tenaga elektrik.
      37. Makanan tenaga. Diolah daripada kolagen babi untuk memberikan sumber protein yang murah kepada atlet bina badan.
      38. Krim keju. Gelatin digunakan sebagai penstabil makanan.
      39. Krim putar. Gelatin digunakan untuk membentuk teksturnya.
      40. Pemanis. Prosin gelatin babi digunakan sebagai agen pembalut untuk memastikan ia menghasilkan tekstur yang dikehendaki pada liqourice, arak, gula, dan gula getah.
MENCARI YANG HALAL FARDU BAGI SETIAP MUSLIM

Banyakkan ‘khasiat’ haiwan ini? Tidak hairanlah haiwan ini adalah haiwan yang paling banyak diternak di muka bumi kerana kos perternakan yang murah dan menguntungkan! Nauzubillah..
Jika dilihat, banyak sumber dari babi digunakan untuk menghasilkan produk-produk harian kita. Apa yang mengejutkan, babi juga digunakan untuk membuat Tamburin (sejenis alat muzik), sungguh tidak disangka!

 secara puratanya, seorang manusia telah memakan seekor babi dalam masa 30 tahun tanpa kita sedari.

Twisties mengandungi Lemak Babi..?


Jika anda penggemar Twisties pastikan pada label tersebut kerana jika ia mengandungi bahan seperti Disodium inosinate (E631) Ia merupakan salah satu daripada bahan yang berasaskan daripada lemak babi yang biasa digunakan sebagai pengawet makanan bagi mengantikan MSG.
84% daripada industri makanan halal melibatkan bukan Islam. Orang islam hanya terlibat dalam 16% sahaja dalam industri yang melibatkan bilion ringgit di Malaysia.
Hampir semua negara-negara barat termasuk Eropah memilih daging babi sebagai daging utama. Oleh itu terdapat banyak ladang babi dibina di negara-negara ini untuk berkembang biak haiwan ini. Contohnya di Perancis sahaja, ladang ternakan babi melebihi42,000 buah ladang. Babi adalah haiwan yang memiliki jumlah tertinggi kandungan lemak (FAT) dalam tubuh mereka berbanding dengan haiwan lain. Oleh itu, negara Eropah dan Amerika telah berusaha untuk menyekat dan menghindari lemak ini dari digunakan oleh penduduknya.
Susulan daripada tindakan tersebut, timbul persoalan sekarang di kotak fikiran kita, ke MANA lemak ini pergi? Ini kerana semua babi yang disembelih di rumah penyembelihan haiwan adalah di bawah kawalan Jabatan Makanan di negara masing-masing. Oleh itu timbul permasalahan kepada Jabatan ini untuk membuang lemak babi tersebut di lokasi mana?

Kronologi Perkembangan Lemak Babi

Sekitar tahun 60’an, lemak ini tiada nilai dan sisa bahan ini telah dibakar. Tetapi hasil kajian saintifik yang dijalankan didapati, bahan ini telah dimanfaatkan dalam pembuatan sabun dan ternyata ianya berhasil. Berikutan kejayaan mereka mewujudkan hasil baru bagi kegunaan “household” maka satu rangkaian industri penuh terbentuk dan lemak (FAT) ini telah diolah kandungan kimia, dibungkus dan dipasarkan. Manakala syarikat perkilangan lain membelinya. Sementara itu, pada masa yang sama semua Negara Eropah telah membuat peraturan bahawa setiap barangan makanan, perubatan dan produk personal higiene mesti mempunyai kandungan bahan ramuan yang disenaraikan di plastiknya. Jadi, bahan ini dikategorikan sebagai PIG FAT.

Bagi mereka yang telah menetap lama di Eropah melebihi 40 tahun pastinya amat arif dan tahu tentang hal ini. Akibat daripada penggunaan bahan ramuan ini semua produk berasaskan lemak babi telah diharamkan jualannya diNEGARA ISLAM. Tindakan ini mengakibatkan defisit perdagangan kepada Negara Eropah.

Menyorot kembali semasa zaman penjajahan di Asia Tenggara, kita mungkin tahu tentang faktor-faktor yang menjadi provokasi dari PERANG SIVIL pada tahun 1857. Pada masa itu, peluru senapang (Rifle Bullets) dibuat di Eropah dan diangkut ke sub-benua melalui jalan laut. Keadaan ini memerlukan waktu berbulan-bulan untuk tiba ke destinasi. Keadaan ini telah menyebabkan serbuk pistol rosak kerana terdedah kepada air laut.

Untuk menyelesaikan masalah ini maka satu lapisan lemak babi telah disalut pada peluru tersebut bagi mengelak berlakunya kerosakan. Apabila peluru ini hendak digunakan, lapisan pada peluru ini perlu dikoyak menggunakan gigi. Oleh kerana pada masa tersebut kebanyakkan tentera adalah beragama Islam dan Hindu, berita ini telah tersebar luas maka ia telah menyebabkan ramai tentera menolak untuk turut serta berperang.

Berikutan daripada timbulnya masalah ini maka Negara-negara Barat mula menggantikan perkataan lemak babi (PIG FAT) kepada lemak binatang(ANIMAL FAT) pada bungkusan barangan tersebut. Perkara ini mula dilaksanakan oleh Eropah sejak tahun 1970-an. Apabila syarikat pengeluar ini diminta menyatakan jenis lemak yang digunakan oleh pihak berkuasa dariNEGARA ISLAM, mereka membuat akuan bahawa ia adalah lemak lembu atau kambing. Di sini sekali lagi soalan diajukan kepada pengeluar tersebut, adakah lembu dan kambing itu disembelih mengikut kaedah HUKUM SYARAK? Jika tidak, ia adalah HARAM dan barangan tersebut pasti akan diharamkan untuk diedarkan di dalam NEGARA ISLAM.

Kesan daripada tindakan pengharaman ini, syarikat-syarikat multinasional dari NEGARA BARAT telah menghadapi penyusutan keuntungan yang tinggi 75% dari pendapatan mereka hasil jualan barang-barang mereka yang dianggarkan berbilion-bilion dolar hasil keuntungan daripada eksport mereka ke DUNIA MUSLIM.

Sistem E-CODES

Akhirnya mereka telah memperkenalkan BAHASA CODING di mana hanya Jabatan Pentadbiran Makanan sahaja yang tahu apakah senarai ramuan yang mereka gunakan dalam semua produk makanan, perubatan dan personal. Secara tidak langsung tindakan memperkenalkan sistem E-CODES atau E-INGREDIENTS ini telah menjadi tanya tanya kepada pengguna berkaitan status halal produk tersebut. Ia secara tidak langsung membuktikanMUSLIHAT dan NIAT jahat Negara Barat yang sengaja tidak menghormati kesucian dan kepercayaan agama Islam.

Penggunaan sistem ini telah digunapakai oleh kebanyakkan produk-produk daripada syarikat multinasional seperti ubat gigi, sabun, gula-gula getah, coklat, gula-gula, biskut dan makanan tin. Selain itu, ubat multi-vitamin yang digunakan di semua Negara Islam juga didapati mempunyai unsur-unsur syubahah dan tidak mengambilkira sensiviti pengganut Islam.

Oleh itu, semua orang Islam atau Hindu (Vegetarians) diminta untukmenyemak bahan-bahan ramuan dari ITEM penggunaan barangan harian berdasarkan kepada sistem E-CODE. Jika hasil semakan mendapati terdapat salah satu daripada bahan yang disenaraikan di bawah ini ditemui, pihak tuan dan puan mestilah cuba untuk mengelaknya. Ini kerana bahan-bahan yang digunakan adalah berasal daripada lemak babi (PIG FAT) seperti senarai berikut :

Senarai Kod Lemak Babi
 
 

harap berhati hati kerana ada kasut kulit yang dihasilkan dari kulit babi. Nak bezakan senang je. Liang bulu dia berbentuk segitiga. Kalo liang bulu dia ada segitiga tu, jangan la pening dan belek belek lagi. Pergi la ke kedai lain.





Sebenarnya banyak lagi produk berkaitan dengan babi terdapat di pasaran,ini hanyalah sebahagian yg aku paparkan agar disebarkan kepada saudara Muslim yang lain..wallahualam.
Sumber:




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

5 ulasan:

  1. Miecyber berkata...:

    Semuga Allah ampunkan dosa kita kalau kita terlanjur terguna produk babi..


    Handphone untuk orang buta

  1. Relevan berkata...:

    Banyak betul prodak2 yang membabi ni..

  1. Unknown berkata...:

    terbaek bro info lu ni...mmg ade jer niat jahat kafir ni nak buat bagi kita sesat dan jahanam

  1. iza berkata...:

    Assalam...
    Rasa macam nak buat sendiri je segala kegunaan dan makanan yg kita mkn...

  1. Tanpa Nama berkata...:

    kurang ajar punya babi..

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...