Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1Zn2VpWeN Projek Sulit Dalam Tandas | abadi romeo

Followers

Projek Sulit Dalam Tandas

Selasa, 26 April 2011



Jauh perjalanan..luas pemandangan.Tetapi pemandangan yang bagaimanakah yang kita inginkan.Tentunya yang indah-indah dan yang meninggalkan kenangan manis untuk diingati.Aku ni bukanlah manusia yang selalu melakukan perjalanan yang jauh cuma paling sebulan sekali tu ada la kerana ada beberapa urusan.Aku selalunnya menggunakan highway kerana boleh bergerak pantas kerana mengejar masa.

     Nak ku jadikan cerita baru ini aku ke Perak.Perjalanan dari Pahang menggunakan Karak Highway-Genting Sempah-Batang Kali-Tanjung-Malim-Lebuhraya Utara Selatan dan terus ke Slim River.Sejak awal perjalanan lagi aku berasa tak sedap badan..perut aku memulas-mulas.Salah makan atau terlebih makan..aku tak pasti cuma yg aku ingat aku belasah sambal belacan kaw2 semalam.,semua makanan yg terhidang depan mata aku bedal..sampai kucing kat sebelah pun aku pun aku tak tinggal.Aku tahu kucing aku kecil hati kerana sikap aku tapi dia tak boleh marah aku..paling marah pun bunyi miow -miow jew..sambil menggesel badannya...nak bermanja la konon tapi aku tak mudah kene pujuk rayu oleh hanya seekor kucing.Ketamakan aku rupanya membawa padah...sakit peruuuutt....dan aku mengambil keputusan untuk singgah di Hentian Rehat Genting Sempah melampiaskan nafsu serakah aku yang membuat onar didalam perut ku ini.

Tanpa melengahkan waktu kecederaan,aku menuju ke tandas..tetapi merasa hanpa kerna full house,pintu tertutup kesemuanya,ada 4 booth semuanya....sunyi sepi..mungkin makhluk yang didalam tu sedang di khayal denga aroma yang terkeluar dari ekzoz masing2.Dan tiba-tiba aku terpandang satu booth yg terselak sikit daun pintu."Ermm....cam tak de orang...."aku berbicara sendiri.
Dengan langkah pahlawan..dan semangat 1Malaysia aku menolak daun pintu.....dan dari kejauhan aku
menyaksikan satu kejadian yang tak ingin aku lihat.
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>

Sakit perut hilang tiba2.Potong stim....ada mamat mane la yang baru melepaskan hajat tapi tak flush. Mulut aku dah mula start kumat kamit macam bomoh siam baca mentera sumpah seranah.Kalau aku keturunan Sang Kelembai dah lama aku sumpah dia jadi Lisa Suriani...sumpah jadi batu..rugiii..

Sikap Pengotor Manusia

Aku naik pelik..kenapa ada manusia dilahirkan begini.Bukan nak puji kucing kat rumah aku.Kalau dia nak melepas..dia akn pergi ke tandas dan buang dalam mangkok tandas..walaupun tak di flush..ialah..camne nak flush sebab mana ada tangan.Kalau dia tengok tandas full house dia akn keluar..lepas siap projek ..dia akn kambus tetapi manusia jenis tak fikir..susah sangat nak flush lepas guna tandas awam.Habis madu sepah dibuang...tapi buang la ikut format...log in tau...logg out fail...bila orang lain guna..boleh nampak
semua yang tersembut keluar...adesss..

Aku tercari2 faktor kenapa ada manusia cam ni.Mungkin kah dia mahu cepat sangat sampai terlupa sisa toksidnya,mungkin dia telah terbiasa masa kat kampung sebab biasa mencangkung atas titi...lepas tu membiarkan ikan2 mati kerana memakan sisa toksidnya,mungkin dia  jenis manusia senimanan yang suka membuat mural,.legasi dan grafiti dan mengganggap sisa-sia yang terlukis di mangkok tandas itu adalah hasil seni yang penuh nilai estetika.....

Dan aku terpaksa berlalu..hajat untuk melepaskan sisa toksid ni terpaksa ku tunda pada suatu tarikh yang belum ditentukan dan aku harap masih mampu mengawal...jangan sampai berlaku kebocoran radiasi di seluarku.....dan perjalanan ini bagiku meninggalkan kesan pahit dan lebih pahit dari ditinggalkan kekasih..huhuhu..

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

5 ulasan:

  1. zulkbo berkata...:

    salam..
    kalau aku memang tak suka
    nak melepas di R&R ni..masaalah
    tu lah yang buat aku tak lalu
    makan pula nanti..adehhh...

  1. ozzy berkata...:

    kalasu dah sakit sangat mmg x boleh tahan tu..

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...