Salam Aidilfitri buat semua..demam raya yang melanda menyebabkan aku tak sempat nak menghupdate kan blog aku ,maklumlah Hari Raya sibuknya aku mengalahkan President Obama,mana nak cari daging lembu,mana nak anyam ketupat,nak cari buluh lemang,pasang pelita dan segala yang berkaitan dan sewaktu dengannya terpikul dibahu ku yang sasa ni.Oleh kerana permintaan tetamu yg tak putus-putus,aku sampai putus urat kentut mengejar lembu keliling kampung untuk dijadikan hidangan,kalau tak dapat juga lembu tu ,aku dah intai-intai kambing jiran aku yang selalu makan pokok bunga mak aku..kalau lapar sangat pasu bunga pun kambing tu makan dan mungkin akan kujadikan hidangan mengguris hati di Hari Raya.
Semalam aku juga dikejar dengan lembing oleh seorang tetamu yang tidak dikenali kerana hampa setelah lemang yang aku hidangkan kehabisan.Nasib baik keadaan terkawal setelah aku berjanji akan cuba menyiapkan lemang istimewa tu secepat mungkin.Namun aku semakin gusar bila melihat pokok buluh di sekeliling kampung sudah habis ditebang.Namun disebabkan otak aku sama besar dengan otak Bill Gates aku bercadang nak bakar lemang pakai tiub motor,mungkin juga tiub tayar lori jika permintaan diluar jangkaan.Disamping menyambut seruan kerajaan dalam program kitar semula..tayar dan tiub motor boleh di recycle semula menjadi lemang..tentu rasanya begitu enak..sehingga menjilat siku.Lagipun aku ni AJK Green Peace..mana boleh tebang pokok buluh suka hati...suka hijau lah katakan.
Cuma aku tak heran sebenarnya sebab pengganti Lisa Suriani dah ada,boleh tahan budaknya...mungkin ada orang cakap aku dengan dia macam The Beuty and The Beast tapi aku tak kisah sebab dah dua tiga kali aku dating dengan dia di atas bumbung keretapi KTM.. romantik gila....ooooohw...Namanya Nealofa.....alahai....
P/S:Hidup tanpa angan-angan umpama kentuut yang tidak berbunyi,sia sia dilepaskan tanpa apa apa tujuan.
Kalau tak seksi seksa,
cun larh! :)