Dah beberapa kali aku mencuba..segala skill terkini yang aku perolehi aku practikkan.Tak kira lah dari sumber mana,kata orang tua-tua..orang yang berpengalaman ataupun dari orang terpelajar.Aku buntu..puas sudah ku tekan..tapi tak masuk juga,dah hampir setengah aku bersamanya..puas ku jelajahi kesegenap pelusok, keluar masuk berulang-ulang kali dan akhirnya aku tersandar keletihan..sudah puas tenaga ku kerahkan, segala ilmu di dada namun aku gagal mencapai klimaksnya...ohhh....aku rasa kesabaran ini hilang jua....yang terpancut hanyalah peluh jantan...
Tembok kesabaran ku yang setinggi tembok Berlin akhirnya runtuh jua..namun belum sempat aku menghamburkan nafsu amarahku ini..tiba-tiba telefon aku berbunyi dan kedengaran suara seorang wanita memanggil namaku....
"Hello...ini En.abadi romeo ya.."
terdengar suara manja persis suara Lisa Suriani yang membuatka aku segera cair seperti maggee mee di celup di dalam air panas.
"Yup...bercakap.."
aku segera control handsome walaupun berada dalam talian.
""Saya buat paggilan dari TM Net..nak offer Incik pakage baru TM Streemix.Inchik punya pakage lama dah tak leh pakai sebab cuma 380kbps.Kita cadangkan Incik tukar ke 1 Mbps...kena tambah duit sikit..tapi browsig laju la.Kalau Incik nak teruskan dengan pakage lama...slow..."ujar suara yang lemah lembut itu....
Teka-teki yang bersarang sebesar sarang tebuan tanah di kotak fikiran ku kini terjawab sudah.Padan lah seminggu dua ni aku terkial-kial nak buka internet.Rupa-rupanya ada udang di sebalik kolam udang.380 kbps adalah pakage termurah..RM 70/- sebulan..selama ini aku pakai tak de masalah pun..kadangkala tu ada la terutama pick hour...tapi still boleh access...semenjak dua menjak ni je.masalah browsing timbul dan sekarang baru aku paham memang TM sengaja mahu menimbulkan nya seperti orang yang buang air besar di atas jambatan kerana dia memang mahu tahi dia timbul dan mahu di lihat oleh orang lain.Kalau tak mahu tahi dilihat oleh orang lain tentu mencangkung kat tepi pokok pisang dan tak perlu diatas jambatan sungai.
"Hello Incik abadi romeo...camne..setuju tak..kalau setuju nanti ada seseorang dari staff kami akan proses permohonan Incik.Tukar dari pakage 380 kbps @ RM 70 sebulan kepada 1 Mbps @ RM 110/-.."
tiba2 suara dari ganggang telefon mengganggu lamunan ku.
"Errr...nak buat camne...tukar la no problem.."
dengan nada macho aku cuba menjawab walaupun di dalam hatiku penuh sarat dengan sumpah seranah.Ikhlas.....tapi jauh .Bill TM yang sekarang pun ada outstanding...makin bertambah lah jawabnya koleksi hutang bulanan aku.
Bukan niat nak membebel cuma terkilan....terkilan ni adalah perasaan yang ada bermacam rasa..kelat,masin,masam,bacin,hapak dan sejuta rasa yang mampu aku muntah hijau....lebih parah lagi rasa bila Lisa Suriani nak kahwin dengan Yusri.Janji Lisa Suriani nak sehidup semati dengan aku cuma tinngal kenangan.Dan begitulah juga aku rasa seperti mana aku rasakan bilamana kerajaan mencanangkan stu dunia dah gah lah ia seantero Malaya
"rakyat didahulukan..pencapaian di utamakan"
TM adalah syarikat GLC.Apa perlunya menaikkan bayaran seperti Astro.Ilmu yang Astro turunkan tu kepada TM tak perlulah di praktikkan kerana GLC berbeza dari syarikat swasta kerana mereka mempunyai tanggungjawab sosial selain asal usul dan susur galur TM itu sendiri adalah lahir dari wang rakyat dan sekali lagi wang rakyat marhain di samun.Monopoli TM menyebabkan tiadanya persaingan sihat dalam usaha meningkatkan kecekapan dan guna tenaga penuh.SKMM(Suruhajaya Komunikasi &Multi Media)memberikan TM RM 2 billlion untuk memajukan jalur lebar....hampehhhh...
Aku ada bukti syarikat swasta lain mampu mengambil tanggungjawab TM dan mampu:
Unlimited Internet Access
5,000 channel TV
1,5000 channel radio
download 10 Mbps
min.montly payment RM 50/-
aku akan beri detail pada entry akan datang.Buat entry panjang-panjang bulan posa ni buat orang mengantuk je..jangan lupa tunggu kemunculan entry baru aku ni ...tentu ramai berminat dan aku nak tawarkan korang jadi agen...boleh tambah pendapatan...hehehehehe....
P/S:TM perlu ikhlas dalam memberikan perkhidmatan.Kalau ada VIP TM yang baca entry aku ni...
baguslah...jangan jadi macam Tan Sri Ani Arope..bekas Boss TNB...dah pencen baru nak bersuara...huhuhuhuhuh.....
betul weih
bayar mahal2
perkhidmatan xbagus
geram aku dgn streamyx