Persaingan membuat bangunan tertinggi di dunia ternyata belum selesai. Seorang anggota keluarga kerajaan di Arab Saudi bercita-cita memecahkan rekod bangunan tertinggi di dunia yang waktu ini dipegang oleh menara Burj Khalifa setinggi 828 meter di Dubai, Uni Emirat Arab.
Putera Alwaleed bin Talal, anak saudaran Raja Abdullah dari Arab Saudi, menandatangani kontrak bernilai AS$19.52 bilion (RM59.11 bilion) dengan syarikat pembinaan Saudi Bin Laden Group di Riyadh, Selasa (2/8/2011), untuk membangun bangunan tertinggi di dunia di kota Jeddah, yang terletak di pesisir Laut Merah. Bangunan ini diharapkan selesai dalam waktu lima tahun lagi.
Alwaleed masih merahasiakan tinggi total gedung itu nantinya, dan hanya mengatakan bangunan baru itu akan memiliki tinggi lebih dari 1 kilometer. "Tingginya bukan 1.000 meter. Lebih dari itu, boleh lebih tinggi bermeter-meter... Angka (pastinya) masih rahsia, hanya sedikit orang yang tahu," ungkap Alwaleed.
Menara tersebut akan menjadi pusat Kingdom City, kota baru yang dibangun sedikit di luar kota Jeddah dan akan dipenuhi bangunan pencakar langit, sebagai usaha untuk mentransformasi Jeddah menjadi kota modern guna menandingi Dubai.
Dikhabarkan bangunan itu mempunyai ketinggian sehingga 1.6 kilometer yang akan direka oleh arkitek Adrian Smith+Gordon Gill dari AS, itu, akan berfungsi sebagai untuk ruang pejabat, hotel, apartment, dan kondominium mewah.Masa untuk tiba di menara bangunan itu ialah 12 minit dengan menggunakan lif dan mempunyai 275 tingkat.. Alwaleed mengatakan, gedung itu nantinya akan menunjukkan kepada dunia bahawa Arab Saudi adalah tempat yang tepat untuk membuat pelaburan.
"Membangun menara ini di Jeddah menunjukkan isyarat ekonomi dan kewangan yang tak boleh diabaikan. Menara ini punya erti politik yang menyatakan pada dunia bahwa kami, keluarga Saudi, (berani) membuat pelaburan di negara kami, di tengah segala peristiwa, konfrantasi dan bahkan revolusi, yang terjadi di sekitar kami," tandas Alwaleed. (Reuters/DHF)
P/S :Minyak memancut-mancut dari perut bumi...apa ada hal..Petronas tu celah gigi Pak Arab je..
waduh2..
pencakar langit :)