Kisah Cinta sememangnya universal dan pelbagai perlambangan mengikut tradisi dan mungkin berubah mengikut peredaran masa.Mungkin membawa sekuntum bunga ross dan dihadiahkan kepada kekasih hati adalah pemandangan biasa yang dapat kita lihat tetapi berbeza di Italy dimana para pencinta menggantikannya dengan pad lock sebagai tanda kasih sayang yang abadi.
Ada pelbagai cara meluahkan rasa kasih dan sayang kepada kekasih seperti mengukir di pokok-pokok tetapi tradisi itu semakin dilupakan di Italy sebaliknya memilih untuk membelikan pad lock dan menulis nama mereka dikedua-dua belah padlock lalu melalui sebuah jambatan dan membuang kunci itu ke sungai Tiber di Rome.Trend ini bermula bila mereka mula tertarik setelah membaca Novel cinta bertajuk HO Voglia De Te(Ku Mahu Kau) oleh Federico Moccia yang meletakkan mangganya di Jambatan Milvio di Rome dan melontarkan anak kuncinya ke sungai.Jalan cerita yang di bawa oleh watak-watak didalam novel berkenaan akhirnya menjadi ikutan para pencinta di Italy. Kegilaan ini telah menyebar ke Venice, di mana jambatan Rialto adalah tempatyang disukai.

Bridge of Love: Beribu-ribu padlocks telah digantung di atas jambatan oleh pasangan romantis di seluruh Eropah selepas kegilaan bermula di jambatan Tiber Rom

"Ayang..abang beli mangga yang paling besar...betapa besarnya cinta kita.."

Seni pejalan kaki memerhatikan paparan padlocks di jambatan Archeveche di Paris
Inspirasi: trend ini bermula di Rom selepas penyiaran novel paling laris 2007, Ho Voglia De Te (I Want) oleh Federico moccia

Menurut lagenda novel pasangan mestilah menulis nama mereka di padlaock sebagai tanda pengabdian cinta
Mengambil hati: Dipanggil 'Liebesschloesser (padlocks cinta) di Jerman, dimana rantai berbentuk jantung tetap di atas pagar di jambatanHohenzollernbruecke di Cologne, dan kanan, padlocks di Paris.
P/S:Agak-agaknya kalau budaya ni sampai kat Malaysia..jambatan mana lah yang penuh dengan mangga.Aku nak pergi kat Jambatan Pulau Pinang lah...baru grand...
Demi Cinta lah katakan.....
0 ulasan:
Catat Ulasan