The Makkah Royal Clock Tower, jam tertinggi nombor dua di dunia akan segera beroperasi. Terletak di belakang Masjidil Haram ini ,ianya akan mula beroperasi pada 1 Ramadhan. Perasmiannya akan dilancarkan dengan pelbagai upacara khusus.
Jam raksasa ini punya banyak keistimewaan. Suara adzan yang keluar dari jam bisa terdengar hingga tujuh kilometer. Sementara nyala lampu hijau dan putih pada waktu saat adzan berkumandang boleh dilihat hingga jarak 30 kilometer.
Wajah jam juga dapat berganti warna. Bila siang, wajah jam berwarna putih. Bila malam menjadi hijau dan putih. Jam raksasa ini berada di atas King Abdul Aziz Endwoment Project. Sebuah kompleks megah yang terdiri atas tujuh menara.
“Semua persiapan untuk menerima tamu saat Ramadhan di hotel sudah lengkap. Seluruh kamar dan suite room sudah ditempah seawal Ramadhan,” kata Pengarah Telekomunikasi dan Promosi Perniagaan Fairmont Raffles Hotels International Khaled Yamaq.
Tinggi menara jam ini mencapai 601 meter dengan 76 tingkat. Menara jam memiliki 858 bilik suite yang pemandangan dari jendelanya menghadap ke Masjidil Haram.
Upacara operasional jam akan didahului oleh tujuh kali tembakan meriam. (republika)
P/S:Mudah-mudahan aku sampai jua di sini sebelum menutup mata.
terbaik tower ni bro...