Bukan setakat Blogger je buat maintainance aku pun terlibat juga lah rasanya nak rombak blog aku secara keseluruhan dengan menggunakan segala ilmu yg tak seberapa ini.Mungkin sehari..beberapa hari.seminggu..sebulan..aku sendiri tak pasti sebab template baru ini berjaya mengucarkacirkan otak aku.Dah beberapa kali aku hantuk kan kepala aku kat dinding,segalanya menjadi kelam kabut dan semakin serabut bila semua widget aku dah obsolute dan terpaksalah aku start bertatih semula.,memakai lampin pakai buang seperti baby yang baru lahir di dunia blogger.
Niat dihati nak membuat pembaharuan dengan explore sesuatu yang baru..cuba menggali-gali secara kecil-kecilan kalaupun tidak sehebat Petronas Carigali.Harap2 aku akan terjumpa barang yang berharga dalam carigali ini...emas,perak,minyak...jangan taik kucing sudahlah.
Aku perlukan input dan pandangan dari rakan-rakan blogger memberikan buah fikiran kalaupun tak boleh nak hantar kat aku buah durian D24.
salam Bang.
ermmm....nampak garang..
buang je love terbang tu
nampak cam blog pompuan la
pulak..he he