Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1Zn2VpWeN Definasi Cinta | abadi romeo

Followers

Definasi Cinta

Selasa, 31 Mei 2011


Aku di cabar lagi...memang pantang aku dicabar....darah panglima Khublai Khan yang mengalir di membuatkan aku mahu menunukkan kejantanan aku dikhalayak buat kesekian kalinya.Kali ini aku di cabar oleh zulkbo untuk memeriahkan contest anjuran miszpathetic .Walaupun susah nak sebut...sekali dengar macam ubat antiseptic tetapi aku dengar hadiahnya cukup lumayan,Af9 dan Mentor pun tak boleh nak bagi hadiah yang ditawarkan,barangan diimport terus dari Russia ,Moscow...hadiah saguhati pun dah cukup lumayan berupa Baju Bulu Beruang Rusia dan khabarnya Selimut Dari Kulit Kambing Gurun..itu baru saguhati,kalau Champion..mahu Gading Gajah Russia sebab dia ni katanya student kat sana.....rugi woo kalau tak joint.

Setelah di tag oleh saudara zulkbo,dengan bangga dan kembang hidungnya aku pun ingin mencuba nasib,kalaupun bukan kerana hadiah...sekurang2nya sebagai menyambut salam persahabatan dari teman2.

DEFINASI CINTA

Cinta Itu
bila ada benih kasih bercambah di taman hati
bila disiram rasa sayang saban hari
bila rindu menjadi tamu
bila resah dan gundah menunggu dan tertunggu-tunggu

Cinta itu
Bila terkenang-kenang memori indah bersama
Luka pedih ditinggalkan sendiri
tersenyum sendiri mendengar bisikan gurauan nan lalu
tersentuh jiwa dibuai bisikan suara manja
takkala tangan berjabat mesra bersumpah setia
dan kau lah cinta itu

Cinta itu
Kesetian yang dikorbankan
Saat cinta dibawa pergi
pergi bersama kenangan yang terpahat indah di dinding hati
dan tak mungkin kembali lagi biarpun ditangisi
sendu sedan dan hiba membaluti 
hati nan lara

Cinta itu
adalah segunung pengharapan...sarat dengan impian 
secerah bulan mengambang di malam gelisah
seluas lautan kasih yang kita layari bersama bahtera berahi
menempuh ganasnya gelora jiwa muda
biarpun layar impian patah
dihempas dilambung ombak asmara
yang tidak pernah simpatipada sebuah erti
CINTA



 
Antara syarat-syarat ketat yang telah aku penuhi :

1.Buat Entry "DEFINISI CINTA" - DONE

2/3.Aku buat dalam bentuk sajak Jiwang je..kira itulah definasi aku..keduasyarat tu aku gabungkan sekali..kira macam tongkat Ali lah 2 + 1

4.Aku akan jadi follower ke226.My lucky number

5.Aku harap lum tutup lagi..kalau tutup..berguling2 lah aku menangis

6.Tag 3 nama seperti di bawah :






P/S~ FINJO-ku tujukan sajak ini khas buatmu..

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

3 ulasan:

  1. PinKy MoMMa berkata...:

    aduhhh dia tag pulak..romeooo x reti ler nak berjiwang karat ni..almaklum namaku bukan juliet huahuahua ;p

    menuntut ngan ang jer la eh ;D

  1. abadi romeo berkata...:

    ooh..tak pandai reti jiwang karat konon..dia punya blog punya lah banyak bunga ross..dah macam kebun bunga ross aku tengok..berlakon kuat betul..

  1. ozzy berkata...:

    Salam zul..

    Nak kena korek balik bab cintan cintun ni..nanti aku tgk kot ada lagi sisa2/saki baki yg tinggal.

    p/s-kalau terbit en3 ni mmg kena kutuk la dgn member kat fb aku tu nanti.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...