Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1Zn2VpWeN Kaya Harta Dan Kaya Ilmu | abadi romeo

Followers

Kaya Harta Dan Kaya Ilmu

Jumaat, 27 Mei 2011


Salam Jumaat .....


Hadith :
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a katanya: “Nabi Muhammad SAW pernah bersabda :” Janganlah ingin menjadi seperti orang lain kecuali seperti dua orang ini. Pertama, orang yang diberi Allah kekayaan berlimpah ruah dan ia membelanjakannya secara benar (di jalan yang adil dan sesuai dengan perintah Allah). Kedua, orang yang diberi Allah al-hikmah dan ia berperangai sesuai dengannya dan mengajarkannya kepada orang lain.”
 
(al-Bukhari)


 
Huraian
Setiap perbuatan ada matlamatnya masing-masing. Tetapi apa yang kita inginkan dalam hidup ini? Ilmu, wang atau selainnya? Perumpamaan orang yang kaya harta dan menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada setiap butir terdapat seratus biji. Hakikatnya, kaya dan miskin akan menguji tahap keimanan seseorang. Tidak semestinya yang kaya kurang imannya dan yang miskin pula kuat imannya atau sebaliknya. Jika direnung manakah yang lebih utama, ilmu atau harta? Tentu sekali ilmu kerana seperti kata sayidina Ali: “Ilmu akan menjaga diri mu, sementara harta adalah sebaliknya, kamu yang harus menjaganya.” Namun alangkah baiknya jika kita kaya kedua-duanya. Kaya harta dan kaya ilmu kerana kedua-dua mampu menaikkan kedudukan kita bukan sahaja di sisi manusia bahkan di sisi Allah SWT iaitu dengan cara memanfaatkan kurniaan Allah itu ke jalan yang diredhai-Nya.


P/S :Alangkah bertuahnya manusia yang mempunyai harta dan ilmu dan jarang kita jumpa manusia yang mempunyai harta tetapi tidak berilmu.Tetapi bagaimanakah harta itu dibelanjakan dan bagaimanakah ilmu itu dimanafaatkan.Adakah orang yang berharta sanggup membelanjakan hartanya mengikut perintah Allah..dan adakah orang berilmu itu ikhlas memberikan ilmu...?
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

5 ulasan:

  1. Miecyber berkata...:

    Ingin menjadi jutawan yang banyak bersedekah..

    Jus Katak

  1. abadi romeo berkata...:

    @Miecyber~Amin..semoga niat baik anda dimakbulkan Allah

  1. iza berkata...:

    Assalam..
    Pernah jumpa org yg berharta tapi kurang ilmu....akhirnya hartanya tak berkembang kerana sikap tamak dan dipulaukan jiran2.
    Kalau boleh nak ada dua2 dalam erti kata wasatiah dalam segala hal....

  1. Unknown berkata...:

    kaya ilmu boleh membawa kepada kaya harta, tp kaya harga tak semestinya boleh membawa kepada kaya ilmu

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...