Lisa Suriani |
Patut la malam semalam aku mimpi buruk...gigi susu aku tertanggal...dengan gusi-gusi sekali..nak cakap pun pakai bahasa isyarat..lepas tu kucing serama kesayangan aku mati di langgar lori taik,rupa-rupanya sah la ada berita buruk bagi aku.Wanita "pooojaan haaatiku"
dah main kayu 3,tergamak dia menduakan aku yang setia di sini.Khabarnya sedang hot bercinta dengan Yusri Abdul Halim.
Aku bukannya apa..cuma tak mahu dia dikecewakan,kalau dia setia padaku...aku dua puluh juta kali setia.Yusry tu bukannya tak bagus...cuma aku rasa aku lebih bagus dari dia sebab aku tak pernah digossipkan dengan sesiapa berbanding Yusri yang pernah digossipkan bercinta dengan beberapa selebrity seperti Maya Karin, Julia Ziegler, Tiz Zaqyah dan Kilafairy.
"Memang saya sedang kenal dan rapat dengan Lisa. Saya boleh katakan, kami dalam proses untuk lebih mengenali hati budi masing-masing. Boleh dikatakan, hampir setiap hari kami keluar bersama untuk menonton wayang, makan atau lepak berjam-jam,walaupun jarak usia agak jauh iaitu 12 tahun, Lisa boleh diajak bersembang dalam apa sahaja topik. Dia sebenarnya seorang yang matang, sopan dan seronok didampingi,kalau tak lepak di luar, saya akan berkunjung ke rumah keluarga Lisa," ujarnya Yusri seperti di petik dari KOSMO
Memiliki Lisa Suriani samalah sedapnya dengan makan KFC sehingga menjilat jari dan atau mungkin lebih dari itu sehingga menjilat siku tetapi perkembangan terkini mungkin menyebabkan aku menggigit jari atau jika semakin parah sehingga aku mungkin menggigit tayar lori bila melihat Lisa Suriani akan menjadi suri buat Yusry.
siapakah di hati Yusri sebenarnya
samada
Tiz Zaqyah |
atau
Maya Karin |
atau
Kilafairy |
atau
Julia Ziegler |
Aku haraf Lisa Suriani memikir dua x lima x sepuluh budak hitam dan jawapan yang tepat bagi soalan matematik tambahan itu ialah abadi romeo.Jangan semakkan kepala dengan jejaka yang mempunyai banyak pilihan kerana kalau aku...memang tiada pilihan lain...
cuma kamu ...ooooh Lisa Suriani....
P/S :Dulu aku dengan berat hati lepaskan Erra Fazira untuk Yusry,sekarang ni Lisa Suriani pula...mengapa harus aku yang berkorban dan terkorban...
Sumber :KOSMO
Hang ni, nak pasha sanda ke Lisa ni? Memang abadi sungguh romeomu. Hehehe....
...gurau malam2 aje ni ye!