Hari Ibu baru sahaja berlalu..masih suam-suam kuku,dan pelbagai cara di rayakan atau disambut secara tahunan,besar-besaran atau seperti melepaskan kahak di tangga.Aku sendiri tidak pasti bagaimana asal-usul datangnya Hari Ibu,sepertimana juga seperti mana Hari Valentine Day ianya juga tidak terlepas dari dikaitkan dengan perayaan yang disambut oleh orang Kristian.Bukannya aku anti-Kristian kerana aku masih mempunyai ramai teman beragama Kristian seprti Brad Pit Anggelina Jolie,David Bekham dan President Obama yang selalu minum teh tarik dengan aku kat kedai Mamak tetapi ada larangan merayakan upacara agama lain selain dari agamaku.Hari Ibu dikatakan di rayakan oleh penganut Kristian sempena Mother Mary,Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.Sila KLICK untuk maklumat lanjut.
Dan tak berapa lama lagi nak sambut Hari Bapa pula.Tapi benarkah kita menghargai mereka sempena hari-hari yang kita sambut sahaja....dan apakah kita dapat menghargai ibubapa selain dari hari tersebut..? Aku tertarik dengan satu artikel yang dipetik dari Harian Metro,tentang Sindrom Empty Nest yang melanda 41% ibubapa yang berumur 60 tahun ke atasibu bapa mengalami kesedihan, rasa kehilangan dan kesunyian.Antara alasan yang di kenal pasti ialah ditinggalkan oleh anak-anak kerana:-
Memulakan Kehidupan Baru
Bila dah cukup umur...maka sindrom gatal nak berbini atau nak berlaki mula la melanda anak adam.Kalau yang jenis yang tak ada keinginan tu....aku rasa dia tak cukup sifat manusia.Dan ibubapa bibir tersenyum..hati menangis bila nak melepaskan anak-anak memulakan kehidupan mereka sendiri.Bertambah sayu dan pilu lagi bila tiada lagi anak-anak yang tinggal serumah dengan mereka..apatah lagi bila yang bongsu juga mengikut jejak adik beradik yang lain memulakan hidup baru dengan alasan untuk berdikari.Ialah...mana mungkin selamanya duduk duduk dibawa ketiak ibubapa.
Melanjutkan Pelajaarn
Menjadi tanggungjawab ibubapa untuk menyediakan pelajaran yang secukupnya untuk bekalan anak-anak di hari tua.Kalaupun ibubapa dari kategori kurang berpendidikan,mana mungkin dia mahu anaknya mengikut jejak meraka merasai kesusahan hidup yang di rasai oleh manusia tanpa pelajaran.Apabila anak ditawarkan belajar di asrama maka bermula lah episod Sindrom Empty Nest atau Sarang Burung. Kosong..mungkin kalau sarang Burung Walit tu ada harga...tetapi bila ibu bapa menghadapi Sindrom Empty Nest...kesian dik.................
Keluar Bekerja Atau Berkahwin
Bila dan sekolah pandai-pandai..tentu nak rasa pegang duit sendiri dan memulakan kehidupan sendiri maka terpaksa lah mengucapkan selamat tinggal buat keluarga di kampung menuju ke kota-kota yang menawarkan pekerjaan yang diidamkan.Tentunya ibubapa tidak dapat menghalang niat anak-anak demi masa depan mereka biarpun mereka tahu rumah kecil tiang seribu di kaki bukit itu tidak lagi riuh rendah seperti kebiasaannya.
- bertanyakan khabar ibubapa kita di kampung..?
- bilakah kali terakhir kita menghantar wang buat meringankan beban meraka...?
- bilakah kali terakhir kita menikmati makan malam bersama ,sambal belacan,budu,tempoyak atau cencaluk yang dulunya menjadi santapan istimewa kita..?
- terfikirkah kita untuk membelikan kain pelikat atau pun kopiah bapa yang nampaknya terlalu kusam atau kain batik ibu yang telah berkali-kali dijahit kalaupun tidak compang-camping..?
Biarpun kita berada jauh dari ibubapa,ingatan buat mereka penting kalaupun tidak dengan wang ringgit dan paling kurang bertanyakan khabar.Aku teringat satu novel yang aku baca masa di sekolah dahulu bertajuk "Seorang Tua di Kaki Gunung"karya Azizi Hj Abdullah,pernah didaptasi kepada drama...bagi ku ianya baik untuk santapan minda kerana ianya sarat dengan pengajaran berguna .
P/S :Al-Fathihah buat arwah abah..kini baru aku sedari betapa besar pengorbanan mu..
en3 ni buat hati rindu family kat sana ...
uuu