Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1Zn2VpWeN Superb..Lelaki kahwini 107 wanita..Saleh Yaakub Kecil Punya Hal..4 je | abadi romeo

Followers

Superb..Lelaki kahwini 107 wanita..Saleh Yaakub Kecil Punya Hal..4 je

Sabtu, 14 Mei 2011



BELLO MAASABA duduk bersama tiga orang isterinya.


BIDA - Seorang lelaki di Nigeria, Bello Maasaba berusia 87 tahun telah berkahwin dengan 107 wanita dan memiliki 185 orang anak, lapor sebuah akhbar kelmarin. Anak bongsunya baru berusia sebulan.
Bekerja sebagai seorang pengamal perubatan Islam, Bello kini memiliki 86 isteri berusia dari 19 tahun hingga 64 tahun. Sembilan isterinya telah meninggal dunia manakala dia menceraikan 12 yang lain.

"Saya mendapat ilham daripada Tuhan yang memberitahu saya wanita yang mana patut saya berkahwin," kata warga emas tersebut.
"Tanpa ilham tersebut, saya tidak akan mengahwini lebih daripada dua isteri," tambahnya. Dia tinggal bersama keluarganya di sebuah rumah yang memiliki 89 bilik di sini.
Seluruh keluarganya termasuk mertua, ipar, sepupu dan anak saudara kini berjumlah sekitar 5,000 orang.
Bello pernah dipenjara tiga tahun lalu apabila dia enggan menceraikan semua isterinya kecuali empat isterinya seperti yang diarahkan pihak berkuasa agama Islam Nigeria.
Semasa kes itu dibicarakan, puluhan isterinya memberi keterangan bahawa mereka berkahwin dengan ikhlas. Selepas mendengar keterangan 57 wanita, hakim mahkamah terbabit mengarahkan supaya Bello dibebaskan.
Mengenai kehebatannya di ranjang, Bello memberitahu, ia adalah anugerah Tuhan. "Sekiranya saya gagal memuaskan isteri-isteri saya, mereka akan meninggalkan saya," ujarnya.

P/S:Ilham untuk kahwin lagi..?Ingat nak buat lagu je cari ilham.Aku fikir nak pergi tepi pantai la cari ilham...
Sumber : KOSMO
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

2 ulasan:

  1. zulkbo berkata...:

    salam..
    kahwini lah mengikut kemampuan anda
    wanita untuk di sayangi, bukan di jadikan abdi..
    sunnah nabi 4 saje..entahnya kenapa sampai
    sebegitu ramai..nafsu apa ke nih..??

  1. Guru berkata...:

    Haish...... Ibarat maharaja cina lah pulak

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...