Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1Zn2VpWeN Awas ! Laptop Boleh Menyebabkan Mandul dan Sindrom Terbakar | abadi romeo

Followers

Awas ! Laptop Boleh Menyebabkan Mandul dan Sindrom Terbakar

Ahad, 12 Disember 2010

Ini merupakan berita yang tidak enak didengar.Sekiranya mahu kesihatan anda terjamin terutama kesihatan seksual , sila baca dengan teliti.
Menurut sebuah kumpulan penyelidik dari Switzerland,pengguna-pengguna yang suka meletakkan komputer riba di atas paha mungkin perlu memikirkan semula tabiat itu kerana ia boleh mengakibatkan sindrom kulit terbakar.Sindrom itu menyebabkan warna kulit tidak sekata dan berbintik-bintik ekoran terdedah pada bahang panas dalam tempoh yang lama.


Dalam satu kes terbaru, seorang budak lelaki berusia 12 tahun mengalami simptom tersebut di paha kiri selepas dia bermain permainan video beberapa jam sehari dalam tempoh beberapa bulan.
Kes lain turut melibatkan seorang pelajar jurusan undang-undang dari Virginia, Amerika Syarikat (AS) yang terpaksa mendapatkan rawatan setelah kakinya mengalami masalah sama. Dr. Kimberley Salkey yang merawat pelajar tersebut terkejut apabila mengetahui dia menyiapkan tugasan dengan menggunakan komputer riba yang diletakkan di atas pahanya selama enam jam sehari.
Suhu di bahagian bawah komputer itu boleh mencecah 52 darjah Celsius.Ia merupakan salah satu daripada sepuluh kes berkaitan komputer riba yang dilaporkan dalam jurnal-jurnal perubatan sejak 2007.Walaupun secara umumnya tidak berbahaya, ia bagaimanapun boleh mengakibatkan kulit menjadi gelap secara kekal malah boleh menyebabkan kanser kulit.
Kajian yang lain juga menunjukkan penggunaan laptop di atas riba terlalu lama boleh menyebabkan kadar penghasilan sperma terganggu dan menyebabkan anda mandul.Tak kisahlah anda pakai seluar jeans setebal mana pun , jangan mengada-ngada nak bagi alasan.
Jadi , lebih anda lapik dengan buku atau bantal comel di atas riba anda.Walaupun ada yang tersenyum sinis dengan cara tersebut , yang penting kesihatan seksual anda akan lebih terjamin.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...