Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1Zn2VpWeN Namewee....popular kerana 1Malaysia..... | abadi romeo

Followers

Namewee....popular kerana 1Malaysia.....

Jumaat, 10 Disember 2010









Namawee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee, 27 mencipta nama dari kontroversi klip video rentak rap lagu Negara Ku. Siapa boleh lupa tiga tahun lalu,ketika belajar di Taiwan anak muda berasal dari Muar, Johor ini bikin ramai orang marah.
Kebelakangan ini dia hangatkan suasana menerusi klip video berjudul 'Namewee F*** Racism Malaysia Nah!!! .Dia dakwa ia dilahirkan untuk menentang sikap perkauman beberapa pihak.
Biarpun menimbulkan pelbagai reaksi dan kontroversi, Namewee berazam untuk terus berkarya menerusi saluran Youtube di internet dan bertekad untuk berusaha menerbitkan beberapa DVD album dan filem di negara ini.
Hasil dari publisiti kontroversi yang berlarutan Namewee mempunyai lebih 450,000u rakan Facebook yang terdiri dari pelbagai kaum yang kebanyakkannya golongan muda.
Dalam interbiu Agendadaily dengan Namewee yang disertai oleh Pengurusnya Fred Chong Khamis lalu , Namewee meluahkan sokongan terhadap aspirasi Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang melahirkan Gagasan 1Malaysia.

Pertemuan itu diatur oleh seorang aktivis politik,Datuk Hashim Ling.

Namewee menyeru seluruh rakan Facebooknya memberi sokongan pada Perdana Menteri bagi menjayakan 1Malaysia.
"Saya mempunyai 456,000 kawan Facebook, saya sering menggesa rakan facebook saya supaya sokong 1Malaysia, saya sokong Perdana Menteri"
"Saya beritahu rakan-rakan facebook supaya jangan memburuk-buruk lain kaum dalam facebook saya, jangan perkauman, mereka tengok dan baca apa yang saya tulis dalam facebook, rakan facebook saya tahu dan media tidak tahu"
Bagi Namewee, 1Malaysia ada satu wawasan yang tidak menjurus kepada perkauman dan ianya adalah dasar samarata hak di negara ini.
Katanya,"bagi saya, tiada bezanya antara saya dan saudara, kita sama saja, kita adalah manusia biasa, kita ada pasport yang sama, memegang kad pengenalan yang sama, ini adalah impian setiap rakyat Malaysia tanpa mengira samada menyokong PM atau tidak tetapi mesti sokong 1Malaysia."
Baginya 1Malaysia adalah sesuatu yang boleh menyatupadukan semua kaum di negara ini dan pengiktirafan sebagai rakyat Malaysia.
Namewee melahirkan rasa kecewanya terhadap pihak-pihak yang berterusan memainkan isu perkauman kerana ianya tidak melambangkan 1Malaysia.

"Apakah suruh orang Cina balik ke negeri Cina itu tidak perkauman, tidak benarkan murid Cina dan India tidak makan walaupun bulan puasa tidak perkauman dan kata tali gelang masyarakat India itu semacam tali anjing itu tidak perkauman, saya marah kerana itu rosakkan 1Malaysia," jelasnya.
Dalam pada itu juga, dia kecewa terhadap media yang menggambarkan dirinya seolah-olah macam 'hantu' yang menakutkan rakyat negara ini.
Namewee menjelaskan bahawa dia amat menyayangi negara ini dan sering menasihati rakan-rakan sebayanya yang bekerja di luar negara supaya kembali bekerja di Malaysia.
Diawal perbualan Namewee berkata, "pertama sekali saya ingin katakan bahawa saya sentiasa menyayangi negara saya, biarpun baru sehari memulakan pembelajaran di sebuah institusi pendidikan tinggi di Taiwan, pada hari itu juga saya sudah berazam dan membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia dan bekerja di negara sendiri."
Dia menganggap apa yang dilakukannya melalui internet adalah demi kasih sayangnya pada negara ini dan kemarahan masyarakat padanya adalah salah gambaran oleh media terhadap dirinya sehingga dianggap biadab dan seperti 'hantu'.
"Kenapa media menggambarkan yang tidak baik tentang saya, anggap saya biadab...kenapa salah faham tentang saya tapi saya tahu media tidak boleh menghakimi saya. Media hanya boleh melapurkan sahaja tidak boleh menggatakan orang itu baik atau jahat," katanya merujuk kontroversi yang timbul sebelum ini.
"Contohnya, kes beberapa orang guru besar, saya sokong Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang melahirkan Gagasan 1Malaysia tetapi kenapa Guru Besar itu membuat tindakan yang boleh merosakkan antara kaum"

"Saya tidak boleh terima perbuatan seperti itu kerana bagi saya ianya bertentang dengan konsep 1Malaysia, saya anggap guru besar itu anti 1Malaysia, saya cuba jelaskan pendirian dengan menentang sikap sesetengah pihak yang bersikap seperti itu," jelas Namewee.
Namewee berkata, "saya guna Youtube sebagai saluran kerana tidak ada saluran lain dan ianya boleh guna apa cara dan bahasa disamping ianya bukan sebuah televisyen."
Menjawab persoalan tentang kemarahan orang Melayu terhadapnya, Namewee berkata, "mereka marah kerana media beri gambaran saya ni macam hantu, contohnya, setahun lalu, saya buat dokumentari tentang saya hendak balik kampung setelah habis belajar di Taiwan"
"Saya ceritakan dalam perjalanan pulang dengan berjalan kaki, tumpang kereta, naik keretapi dan macam-macam kenderaan lagi, saya tembual rakyat Malaysia yang bekerja dan belajar di enam negara yang saya lalui sebelum tiba di Malaysia pada hari Kemerdekaan, melalui tembual itu, saya simpulkan dalam dokumentari saya bahawa Malaysia adalah 'the best country'"
Tambahnya, "saya buat ini tidak ada siapa pun tahu, sebab media tidak lapur tapi macam kes ini (klip video), apakah media lapurkan apa yang guru besar itu cakap tentang perkauman dan kenapa lapurkan perbuatan saya itu adalah sikap perkauman, padahal saya yang tidak suka pada pihak yang memainkan perkauman melalui youtube."
Menurut Namewee, "media perlu lapur juga sikap kasih sayang saya pada negara ini bukan hanya lapur saya berbahasa kasar dan lucah, lapurlah juga album yang saya nyanyikan tentang sayang saya pada negara ini".
"Apa salah saya, kalau kerana saya guna bahasa kasar itu salah, saya akuilah, tapi itulah style saya dan kalau tak suka, jangan tengoklah kerana youtube itu bukan TV, mereka boleh buat pilihan sendiri," kata Namewee.
Mengenai tanggapan 'rasict' padanya, Namewee menjelaskan, "saya 'rasict'..saya mempunyai ramai kawan dari pelbagai kaum di negara ini, pelakon Afdlin Shauki, Adibah Nor dan ramai lagi kawan orang Melayu, saya selalu keluar makan minum dan berbincang dengan rakan-rakan dari kaum Melayu, Cina dan India, kalau saya 'rasict' sudah tentu mereka tidak suka saya."

Namewee juga menganggap mereka yang bersikap perkauman sahaja akan terluka setelah menghayati klip video yang kontroversi itu dan beliau tidak akan melukakan hati rakan-rakannya yang ramai dikalangan orang Melayu.
"Rakan-rakan saya faham kerana mereka mendapat penjelasan melalui internet bukan melalui media utama, kalau saudara salah faham terhadap apa yang saya lakukan, saya minta maaf pada saudara tapi saya harap saudara dapat fahami saya lebih lagi melalui apa yang saya paparkan dalam youtube atau penerbitan saya"
"Kalau tak suka saya, lupakan saja saya, jangan tengok pun apa yang saya buat di youtube atau di internet atau lihat saya serta fahami betapa saya sayang pada negara ini. Saya sokong setiap kaum di negara ini dan sokong Malaysia sebagai negara berbilang kaum", katanya.
Kata Namewee, "saya tidak paksa untuk tengok apa yang saya buat di internet, kita semua ada pilihan sendiri mahu lihat atau tidak mahu lihat."
Namewee berhasrat untuk melahirkan sebuah filem tentang 1Malaysia yang mana skripnya telah mendapat kelulusan FINAS tetapi tidak mendapat pinjaman Bank Simpanan Nasional (BSN).
"Saya sudah lalui proses membuat skrip, mendapatkan pengiktirafan FINAS bagi membolehkan saya dapat pinjaman di bawah skim tabung kreatif di BSN tapi tidak diluluskan"
Menurut Namewee, apa yang ingin dilakukan melalui filem itu adalah sesuatu gambaran bagaimana sokongannya terhadap 1Malaysia.
Projek filem Namewee berjudul 'Nasi Lemak 2.0' yang menceritakan bagaimana Nasi Lemak mempunyai sambal ikan bilis yang dihasilkan oleh orang Cina Baba, kuah kari dimasak oleh orang India dan Ikan Bilis Goreng oleh orang Melayu.
"Bahan itu semua ada dalam sebungkus Nasi Lemak, begitulah 1Malaysia, itulah gambarannya tentang sokongan saya pada 1Malaysia dan Perdana Menteri kita," jelasnya.
Ditanya samada kemarahan terhadap beberapa klip videonya itu hanya dari orang Melayu sahaja, Namewee berkata, "tidak, di Malaysia ni, bukan orang Melayu sahaja, ada orang Cina pun tak suka pada saya dan ada orang India yang salah faham pada saya. Ramai orang di Malaysia ini marah dan tidak suka pada apa yang saya lakukan."
Kata Namewee, "saya guna cara saya untuk terbitkan lagu di internet, saya sedar ada bahasa kasar sikitlah, kalau saya lukakan perasaan maka saya minta maaflah, tapi saya harap kenalilah saya dengan lebih rapat lagi dan fahamilah bahawa saya bukan seorang yang rasict."
"Kalau tidak suka saya, tidak apa, tidak perlu tengok saya di youtube, internet dan lupakan saja saya...itulah perasaan saya. Saya tidak boleh buat semua orang sukakan saya," tambahnya.
Seruan sokongannya pada 1Malaysia, Namewee berkata, "semua orang Malaysia mesti sokong 1Malaysia walaupun ianya masih belum dicapai tetapi ianya perlu dicapai suatu hari nanti."
"Saya selalu cakap pada rakan berbangsa Cina supaya tidak menganggap diri mereka sebagai orang China tetapi mesti kata kita adalah orang Malaysia. Kita kena sokong 1Malaysia dulu barulah kita boleh minta hak kita sebagai rakyat Malaysia," katanya.
Namewee juga menyeru supaya semua pihak menguasai Bahasa Malaysia supaya fasih bertutur dan mengakui bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan.
"Saya juga perlu sokong setiap kaum mempelajari bahasa kaum masing-masing', katanya.
Namewee seterusnya mengucapkan terima kasih kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz kerana menjelaskan dan mempertahankan dari sudut perundangan bahawa dirinya tidak melakukan kesalahan.
"Saya sedar orang marah saya, kalau lakukan kesalahan tentunya saya kena ditangkap polis, saya harap tidak akan berlaku lagi," katanya.
Mengulas soal kesamarataan 1Malaysia dengan fahaman komunis, Namewee berkata, "1Malaysia bukan konsep samarata seperti fahaman komunis, saya tidak sokong komunis kerana fahaman itu anti agama, kesamarataan komunis adalah tidak kira seorang doktor atau pemandu teksi, berbanding 1Malaysia yang tidak menyekat kepandaian dan usaha setiap rakyat negara ini, buatlah apapun untuk kejayaan diri tanpa melanggar undang-undang, kita ada hak masing-masing untuk buat apa saja, 1Malaysia adalah demokrasi bukan komunis."
"Saya tidak boleh terima fahaman komunis di negara ini," ujarnya.-5/12/2010

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...