Perlawanan akhir Piala AFF Suzuki pusingan pertama akan adakan di Kuala Lumpur pada Ahad 26.Dec.2010.Aku tumpang gembira semangkuk dua pasal team Malaysia yang berjaya gak sampai ke peringkat ni walaupun banyak ramalan tuk nujum kita boleh sampai separuh akhir je.
Biasa lah kalau tengah menang pujian berbakol2lah diberikan.Kalau kalah sape nak puji..kutuk kaw2punya.Adapun pujian dan kutukan ni sepatutnya di ajar oleh jurulatih.Bukan setakat sepak bola kat padang je..itulah dia dinamakan sains sukan.Mengawal tekanan mental penting dalam sesuatu kejohanan besar.Dikhabar kan seramai 75,000 peminat fanatik Malaysia akan memberikan sokongan dan pastinya sokongan akan bertukar menjadi malam sambutan hari Raya yang akan diselang-seli dengan letupan mercun bola sekiranya team Malaysia main dalam main-main.Kalah menang adat pertandingan tapi sekiranya tewas jangan
lah bagi macam2 alasan.Kalau wartawan tanya kenapa kalah lebih baik jawab no komen sebab jawapan yang diberiakan selalunya dah basi .Sudah sampai masanya masa untuk membuktikan Malaysia boleh mencipta nama di Asia Tenggara dan kalau boleh pergi lebih jauh.Hargailah sokongan peminat yang datang dari jauh..ada yang terpaksa jual kambing..jual ayam..jual kabel TNB ...pecah tabung buluh semata2 nak tengok kejayaan Malaysia.
Aku dah tak sabar nak pergi stadium sebab TV kat rumah aku kecik sangat..aku baru order 80 inci kemarin tapi hantar balik kat kedai Cina tu sebab tak muat nak masuk ikut pintu.Tauke tu kata kene bawak masuk ikut atap..aku kata..lain kali lah..sebelom aku pergi stadium dengan semangat Ultraman Tato aku nak nyanyi satu lagu..sebab nyanyi kat stadium tak dengar suara aku..orang sebelah yang lebih2......
Oleeee...oleeee..oleeeee..kita lah juara
Oleeee...oleeee..oleeeee..kita lah juara
Oleeee...oleeee..oleeeee..kita lah juara
Oleeee...oleeee..oleeeee..kita lah juara.....
Oleeee...oleeee...oleeeee...kalau kalah aku baling dengan koleee.... Malaysiaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....!
Image 24 of 46
hehhee..
xsbar mnunggu..
law mnang, tahniah..
law xde rzki, cube lg lah.. (: