Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1Zn2VpWeN Wanita Tertarik Dengan Lelaki Memakai Warna Merah | abadi romeo

Followers

Wanita Tertarik Dengan Lelaki Memakai Warna Merah

Sabtu, 11 Disember 2010
azwan%20man%20u%202 Wanita Tertarik Dengan Lelaki Memakai Warna Merah
Satu kajian dari University of Rochester, diketuai oleh Prof. Andrew Elliot, mendapati wanita lebih tertarik dengan lelaki yang memakai warna merah. Bukan merah jambu tau.
Kajian tersebut melibatkan 288 orang wanita dan 25 orang lelaki. Ianya dilakukan dengan memberikan mereka satu set borang soal selidik dan gambar lelaki yang memakai baju pelbagai warna. Soalan-soalan tersebut berkaitan dengan penampilan, tarikan seksual, status dan pelbagai perkara lagi. Wanita yang terlibat dalam kajian tidak menyedari kajian itu adalah berkaitan dengan warna, kajian tersebut menunjukkan wanita tertarik pada penampilan, status dan tarikan seksual apabila mereka melihat lelaki memakai pakaian berwarna merah.
Kajian itu juga mendapati hanya wanita yang terkesan akibat warna dan tidak bagi lelaki.

Warna merah membuatkan lelaki nampak lebih menarik, nampak lebih berkuasa dan sedikit daya tarikan seksual, tetapi itu semua tidak membuatkan mereka nampak lebih mudah didekati atau nampak baik.
Kajian tersebut telah diterbitkan di dalam Journal of Experimental Psychology: General.
Merah juga sinonim dengan sesuatu yang hebat dan berkuasa. Antara yang aku boleh senaraikan ialah Manchester United, Ferrari, Sepanyol, Arsenal, Liverpool, Air Asia, CIMB Bank, Shell, Cili, Darah, orang marah, Kelantan dan tidak dilupakan Selangor (Red Giant)
Tanpa anda sedari atau tidak, bila ada kombinasi 3 atau 2 warna, kebiasaanya kita akan menyebut warna merah dahulu. Nak aku bagi contoh. Cuba sebutkan warna bendera Malaysia? Cuba sebutkan warna bendera selangor.
Selepas ini kita pakat ramai-ramai untuk membeli baju yang berwarna merah ok. Dalam koleksi pakaian aku, rasanya aku ada 5 helai baju berwarna merah.
Adakah ketika aku memakainya aku nampak lebih menarik?? :-)
Sumber : dailychilli

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...