Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1Zn2VpWeN Ledak sebanyak mungkin gol... | abadi romeo

Followers

Ledak sebanyak mungkin gol...

Selasa, 14 Disember 2010
Sedap juga bila mendengar Malaysia mahu meledakkan sebanyak mungkin gol bila berhadapan dengan Vietnam esok....bagaimana agaknya kalau kita yang diledakkan oleh Vietnam esok.Malu besar lah.Aku memang peminat fanatik bolasepak..makan bola..tidor bola..minum je aku minum nescafe.Bukan niat mahu merendahkan pasukan Nasional tetapi kita sebenarnya harus realistik.Pada fikiran aku kita tiada semangat juang yg tinggi berbanding pasukan yg lebih berjaya seperti Jepun dan Korea.Aku suka mengambil contoh Jepun & Korea kerana mereka masih dilingkungan Asia dan mempunyai banyak persamaan dr segi sejarah,fizikal,pembangunan insfrastuktur.
Sejarah-Pada era 80an aku masih ingat sewaktu Pestabola Merdeka pasukan negara sering bertemu Korea  Selatan pada perlawananakhir.
Fizikal-bolasepak sering dikaitkan dengan kekuatan fizikal selain taktikal serta bakat.Gabungan elemen tersebut memudahkan membentuk pasukan yg mantap.Apakah bezanya saiz tubuh badan Korea & Jepun jika dibandingkan Malaysia..Kita juga sering menggunakan Jurulatih dari merata dunia tetapi persembahan di peringkat antarabangsa amat mengecewakan .Bakat bermain bolasepak ada disetiap negara..apatah lagi Malaysia yang mempunya penduduk hampir mencecah 28 juta org..takkan semuanya kaki bangku..Belanda hanya mempunya penduduk jauh lebih kecil dari Malaysia tetapi tidak pernah ketinggalan dalam setiap edisi piala dunia.
Insfrastruktur -Antara yang terbaik dirantau Asia.Jadi...Alasan apakah yg harus diberikan jika kita kalah malam esok.Padang bolasepak di Vietnam aku rasa masih ada periok api kesan perang Amerika-Vietnam ..bandingkan dengan stadium di Malaysia.Apapun malam esok..siapa yang kenduri gol...tungguuuuu......
PEMAIN kebangsaan menjalani latihan akhir menjelang perlawanan getir separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF menentang Vietnam di Stadium Nasional, Bukit Jalil, eso
KUALA LUMPUR -- Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyeru pemain negara mencari sebanyak mungkin gol apabila menentang Vietnam pada separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF esok untuk membawa bekalan selesa apabila bertandang ke gelanggang lawan nanti.
Menurut Tengku Abdullah, kemenangan selesa amat penting bagi memastikan skuad kebangsaan tidak berhadapan laluan getir apabilaberaksi di Hanoi pada 18 Disember ini untuk perlawanan timbal balik.
''Kalau boleh cuba dapatkan jurang gol yang besar. Bermain di Hanoi amat sukar kerana skuad negara terpaksa berhadapan penyokong fanatik Vietnam yang menganggap stadium mereka sebagai tempat keramat,'' katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis perasmian Projek Hoki 1Mas yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Stadium Hoki Tun Razak di sini, semalam.
Menurut Tengku Abdullah, pasukan negara dibarisi pemain muda dan mereka berupaya memberikan saingan sengit kepada Vietnam, walaupun, negara itu membawa status sebagai juara bertahan.
Malah, beliau yakin sekiranya pemain dapat mengekalkan rentak permainan yang baik, tidak mustahil mereka mampu melakar kejutan ke atas pasukan lawan.
''Saya juga amat berharap penyokong dapat hadir beramai-ramai memberi sokongan penuh kepada skuad kebangsaan sewaktu mereka menentang Vietnam Rabu ini (esok),'' ujarnya.
Sementara itu jurulatih skuad kebangsaan, K. Rajagobal menyifatkan perkhabaran daripada rakan sejawatnya, Henrique Calisto yang mendakwa pasukannya bakal kehilangan empat tonggak utama sebagai satu serangan psikologi pihak lawan.
Rajagobal berkata, perkara itu tidak akan menjejaskan sama sekali keupayaan lawan, malah Malaysia sendiri katanya kehilangan 12 tonggak utama yang tidak dapat beraksi pada kejohanan tersebut.
Sebagai jurulatih, beliau tetap berwaspada daripada terlalu ghairah dengan berita itu.
''Saya tahu mereka mempunyai perancangan tersendiri dan kurang empat tonggak tidak akan memberi kesan yang besar kepada pasukan itu.
''Kita juga telah sedia maklum bahawa pasukan mereka terdiri daripada skuad senior yang berpengalaman, selain pernah menjuarai kejohanan ini, dua tahun lalu.
''Kita akan sentiasa berusaha untuk melakukan persembahan terbaik, meskipun skuad kebangsaan kebanyakannya terdiri daripada pemain muda bawah 23 tahun,'' katanya ketika ditemui sewaktu sesi latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.
Kelmarin, Calisto memberitahu empat pemainnya tidak dapat diturunkan setelah tiga daripadanya mengalami kecederaan, manakala, seorang lagi digantung perlawanan kerana menerima kad merah.

Kredit-Utusan
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...