Nama Azwan Ismail tiba2 malatop..mengalahkan Azwan Ali yang glamour denga trade mark Amboi..amboi..amboi...dan trade mark Azwan Ismail yang popular dan pastinya menjadi ikutan golongan gay selepas ini ialah "saya gay..saya okay...."
Satu Malaya bercerita,...dengan pelbagai perasaan yg bercampur baur.Suka,marah,tertarik dan ada yg tak mahu ambil pusing.Aku rasa tak perlulah nak download video dia dalam you tube kat sini.Carilah sendiri.Bagi aku cuma tertarik dengan keberanian dia wlaupun aku tahu dia pun pikir beratus kai nak buat macamtu.
Sebenarnya apa yang dia cari dan apa yang dia dapat dengan melakukan pengakuan tersebut.Kalau dia mencari pupulariti..jawapanya...ya..dia berjaya dalam experimen .lepas ni jangan terkejut dia akan mendapat publisiti macam artis ataupun org politik..paling tidakkpun carian enjin google.Akan ada syarikat pengiklanan akan menaja beliau kerana dia adalah ikon lelaki gay Malaysia.
Seandainya dia mencari kepuasan diri..aku percaya dia dah puas hati sekarang.Lepas le beban dia selama 32 tahun umur dia.Selama ni dia dok sorok identitinya.Kalau nak pergi dating dengan pakwe diapun kene..tengah2 malam dan sembunyi2.Lepas ni papradzi gay tak payah kejar dia kerana dia akan berpelukan disiang hari dikhalayak ramai kerana dia dah kasi tau orang siapa dia sebenarnya.Paling tidak dia ni jenis manusia yang tak hipokrit macam sesetengah orang yang kadangkala tak mahu mengaku..malu katanya...
Sekiranya dia mencari pengiktirafan masyarakat itu aku rasa dia takkan berjaya..sebab di Malaysia ni tak sama dengan di oversea.Dia berasa dia akan semakin kuat dan semakin yakin jika membuat pengakuan tentang apa yang akan dilalui pada masa depan.Jika masyarakat mengutuk dia..dia akan jadi lebih kuat..sepertimana juga jika kita lihat Namewee yang menjadi begitu kuat selepas mendapat perhatian masyarakat.Siap boleh jumpa menteri lagi.Korang..huhuh..ribut petir la esok kalau boleh jumpa menteri kat Parlimen.Dan jangan terkejut lepas ni akan ada menteri yang jumpa Azwan Ismail.
p/s-tunggu menteri blogger yang pertama
0 ulasan:
Catat Ulasan