Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1Zn2VpWeN Bas mini dalam kenangan.... | abadi romeo

Followers

Bas mini dalam kenangan....

Khamis, 23 Disember 2010
                                                                                                                                                                Bila aku terbaca kemalangan bas terlibat dgn kemalangan semalam.di Cameroon Highland-Spg Pulai...apa yang berlegar dalam kotak fikiran aku ialah bas mini yang pernah menjadi kenderaan rasmi aku...biar pun dah lama ianya masih segar dalam ingatan.
Selepas menamatkan zaman persekolahan..aku berhijrah ke Kuala Lumpur pada awal 90 an .Masa mula-mula nak menapak kat K.L serba serbi kekurangan.almaklum sajalah..bujang kelana lah katakan.Bas mini menjadi kenderaan rasmi untuk bergerak ke tempat kerja.Kalau siapa yg pernah melalui zaman bas mini diaorang pasti tau..paling glamour bas mini no 25.

Bas mini 25 lah yg menjadi loceng aku kalau nak pergi kerja...bunyi ekzoz nya merdu  macam bunyi serombong kilang sawit boleh mengejutkan aku dari tidur..kebetulan rumah bujang aku hanya beberapa meter dari jalan..meloncat terus bangun bila dengar deruman bas.W/pun bas ni kekerapannya 2-3 minit sekali..kene tunggu gak..bukan bas mini aku punya..manusia lain pun nak naik gak.kene berebut lah bang...yang bagusnya bas mini ni dia tak sombong dengan customer...kalau orang dah penuh pun dia pasti berhenti..w/pun kepala orang terkeluar ikut tingkat..bergayutlah mana suka.Kalau pagi2..wokey la..aroma pasengger menyegarkan...tapi waktu balik kerja sendiri mau ingat..segala bau ada..ketiak..,stokin..peloh..tambah pulak kalau jalan jem...kene bernafas ikut mulut..kalau ikut hidung..balik kene telan panadol 3-4 biji.

Driver bas mini memang terkenal dengan kecekapannya.Jarang accident pasengger maut macam sekarang w/pun boleh bilang berapa kali dia berhenti kat lampu merah.Kalau setakat lampu trafic warna kuning..siap drop gear rendah...acrobatic pun biasa buat..divider jalan tu buat tempat training.Hiburan pun banyak dalam bas..kalau nak bas banyak pesengger kenelah pasang Audio System baik punya..kasi gegar jantung.Pernah berlaku kemalangan kecil melibatkan bas yg aku naik..adengan sondol menyondol berlaku..tapi bila driver bas mini turun..terus selesai je..mahu tak..driver muka memang rock kapak habis sebiji macam Bon Jovi...kene belasah lah jawabnya kalau cari pasal dengan driver..tapi yg peliknya awek diorang cun giler.duduk kat sebelah driver...biasa lah ayat driver..ticket free w/pun 0.50 sen..kalau sebulan pergi balik..lumayan....

Yang paling seronok aku dapat tempat duduk..kira bonus la tu...naik pulak awek cun duduk sebelah..fuhhh...kira macam dapat dua bulan bonus.Biasa lah seisi temuduga..lah..tetapi aku tahu sebenarnya ramai gak yang jumpa jodoh dalam bas mini.
Skrg bas mini dah tiada..Intrakota...Rapid dan macam2 lagi.dah ganti.Tetapi kenagan bersama bas mini tiada gantinya...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

4 ulasan:

  1. Unknown berkata...:

    banyak kenangan bas mini ni...tp macam pernah tgk bas mini kat kajang

  1. abadi romeo berkata...:

    Skrg diaorang dah convert buat bas sekolah @ bas kilang..

  1. Admin berkata...:

    hehe.. best!

    jrang bas mini xcident~
    naik pn tmbang murah..

    btw gmbar bus lam gmba tu comel!!
    ^^,

  1. abadi romeo berkata...:

    20 jam atas jalan..mahu x accident..

    0.50 sen ..mana nak cari tambang cam tu..lebih baik dari jalan kaki..haus tapak kaki menapak..

    gambar bas ke gambar tuan blog yang comel...uhuk..uhuk...uhuk..

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...