Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1Zn2VpWeN "Aku anak haram......! | abadi romeo

Followers

"Aku anak haram......!

Sabtu, 26 Mac 2011



 Aku bukan berminat nak jaga tepi kain orang...sebab aku tahu orang lain tak basuh kain..bau bacin tetapi dalam perkara yang perlu..kadangkala
 menjadi fardu kifayah(alim konon)bagi aku mengingati sesama spesies aku,yang  umum nya bernama manusia dan khasnya Melayu yang merasakan dia Islam.Walaupun janggut aku tak panjang sedepa ataupun kopiah aku tak sampai 3 jengkal,itu tak bermakna aku jahil walaupun dari raut muka aku bukanlah rakan masjid ....kalau kail panjang sejengkal...lebih baik pakai kail dua jengkal..boleh dapat ikan dugong..

Ai-kisah teringat perbualan aku dengan seorang teman.

"Peninglah aku...."kata seorang teman padaku

"Kenapa pulak....?"ujarku

"Nak kawin susah...dah kahwin pun susah..tak kahwin.... dua juta kali susah...
ada ke patut surat beranak anak aku dia tak letak kan bin.Habis esok..camne lah anak aku
nak buat i/c.Takde bin jugaklah"tambahnya....aku hanya terdiam danhanya mengangguk kepala
tanda faham.Aku memang tahu sejarah dia..sebab tu aku tak tanya banyak.Dan aku mula
 terfikirkan masalah yang dia hadapi.

Bercinta adalah saat yang paling manis..namun begitu tak tak lah sampai kene 
penyakit kencing manis.Member aku ni bercinta dan tak boleh tekan brek...maka terlanjur.Girlprend
 dia pun terbunting,..habismahu tak mahu kawin jugak.Cuma tak bersanding la..nak bersanding camne kalau perut pengantin pompuan dah boyot.Pendek ceriata..isterinya pun melahirkan anak dan masalah mula timbul bila suaminya nak buat surat beranak baby yang baru lahir.Jabatan Pendaftaran Negara tak nak letak nama suami sebagai bapa kepada baby tu walhal sudah berkahwin kerana tarikh nikah dan tarikh bersalin tu mencurigakan.Mahu tak curiga....surat nikah bulan 5...anak lahir bulan 7..magic tu.

Sebenarnya aku pun tak berapa setuju dengan cara JPN..kalau dulu masih
 boleh di 'bin'kan dengan Abdullah,tetapi kini tidak lagi.Mana-mana anak yang ditakrifkan anak luar
 nikah dia tiak boleh ber'bin'kan bapanya sebaliknya status bapa dibiarkan kosong.Aku bukan apa..kesian kat budak tu pasal dia tentu tak tahu apa2 dan kenapa kesalahan ibubapa diletakkan kepada anak.Paling kurang....ber'bin'kan Abdullah masihdapat diterima akal .

Apa yang menyedihkan ialah bagaimana nasib anak itu  bila
 dia masok ke alam persekolahan.Nanti ..setiap kali nama dia dipanggil.oleh guru 
atau rakan-rakan .nama bapanya pasti tak disebut dan pastinya akan timbul kesan psikologi kepada anak itu.Besar kemungkinan kawa-kawan akan mengejeknya dengan perkataan yang tak sedap didengarseperti anak buluh betong,anak haram anak luar nikah dan sewaktu dengannya.Mungkin juga akn timbul perasaan malu dan rendah diri dan 
mempengaruhi perwatakan anak itu apabila besar kelak.Dan tentunya 
dia kan menjerit dalam hati...


"AKU ANAK HARAM..."


P/S :Pesanan ikhlas dari penaja rancangan kepada pasangan yang sedang "hangat"
dilamun cinta tu...pikir-pikirlah,..pandanglah kedepan..ikut nafsu..lesu..ikut hati mati..
tapi kalau degil nak ikut jugak...ikut lah blog aBADI rOMEO..JADI FOLLOWER..
KEH..KEH..KEH..







Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

12 ulasan:

  1. Ali ridha berkata...:

    anak tu tak bersalah...orang tua mereka yang salah...kesian pula budak macam ni...kalau aku, tak tahu nak hantar ke sekolah mana ni.

  1. Hairun Azmi berkata...:

    Kesian kepada anak yang tidak bersalah itu...

    RAM & ROM

  1. Qaseh Dalia berkata...:

    betul tu ..anak tu tak bersalah kenapa nak malukan anak tu atas kesalahan ibu bapa ..biar Allah menghukum mereka dan anak tu biarkanlah hidup dgn ketenangan

  1. ghost berkata...:

    walaupun anak haram dia tetap tak berdosa...

  1. Abhamz berkata...:

    salam, kesian dekat budak itu yang menanggung akibat dari dosa ibu bapanya.

  1. zulkbo berkata...:

    salam Zul
    aku setuju dengan
    entri kau nih..
    perlu ada penilaian
    semula dari pihak yang
    berkenaan..tak kena
    dekat anak atau saudara
    mereka..dah terkena baru
    nak terasa kut?

  1. ratu aiman berkata...:

    salam...
    pernah terjadi isu...
    nak share boleh???

  1. PinKy MoMMa berkata...:

    eh mcm serasi je tajuk kita muahahaha..
    sambungan eh..

    romeo...tlg lar blog sy masih ngeng nih!

  1. abadi romeo berkata...:

    @Ali ridha ~ tu la pasal,kalau tak beringat masa bercinta..kalau berdua-duan..pasti ada yg ketiga.Mau tak mahu kene hantar sekolah..kene tanggung le kesannya sepanjang hidup

    @Miecyber~ kesian memang kesian..kompom mak bapak yg salah

    @Qaseh dalia adelia ~ sifat manusia memang suka melihat kekurangan orang lain bukan bersyukur diatas kelebihan yg kita miliki

    @ghost writer~ mereka suci dari dosa ..hanya ibu bapa yang terpalit dosa..

    @Abhamz~aku tengok budak tu besar depan mata..lagi kesian..

    @zulkbo ~ aku tak pasti ini kes terpencil atau sudah menjadi dasar kerajaan.Siapalah aku nak ubah dasar kerajaan.

  1. abadi romeo berkata...:

    @ratu aiman ~ share..?aku kalau gurlz nak berkongsi ni aku berkenan sangat...

    @♥♥P.i.n.K.y MoMMa♥♥ - serasi..?aku ingat kita berdua boleh lah masok rancangan sehati berdansa..mesti boleh menang..blogger2 pasti undi kita..ahakk..ahak..

  1. Tanpa Nama berkata...:

    satu hari masa aku jaga periksa, adalah 5 - 6 orangyang tak ada bin atau binti masa aku cek ic diaorang... adakah mereka anak dot dot dot.... enathlah.

  1. Tanpa Nama berkata...:

    biar la kesalahan ibu bapa tu diketepi kan dulu... yang penting adalah msa depan ank tu.... mak bapak nya pun dah menyesal kot.... lau tak nape die sanggup pikir msa depan ank die... setiap manusia lakukan kesilapan cume berlainan jek.... kalau manusia x buat kesilapan bukan la manusia tapi malaikat........... harap kawan abadi romeo tu sabar dan kuat kan semangat.... allah dah aturkan yang terbaik untuk kita....

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...