Musim cuti sekolah ni dapur kat rumah tak berasap sangat.....aku dah rasa macam VIP pasal ada lagi manusia yang sudi jemput aku maka kenduri dan banyaknya kenduri perkahwinan.Kalau dijemput makan aku datang berlenggang sajelah..tapi kalau diminta menolong...kene lah membantu tuan rumah tentang apa yang patut dan selalunya aku terlibat dalam soal masak memasak.
Ketika sedang memasak gulai kawah..sambil menggosip(lelaki pun menggosip)..dan kebanyakan yang ada kat situ masih belia....ada la dua tiga kerat warga emas sekadar memerhati sambil makan tapai. "Bestnya kahwin...aku tengok pengantin lelaki tu bukan main semangat...Keris dia tu yang mahal tu...
tapi malam ni...baru nak masok sarung..."kata seorang lelaki bujang.
"orang tua kata..kene pasang cadar putih...pasal malam ni pengantin kene bersilat nampaknya...pasal keris nak masok kat sarong payah..ketat sikit....keris baru..sarung baru..."sambung nya lagi..dan kami
disekeliling masing2 tersenyum...
"tapi kalau malam ni pengantin lelaki tak payah bersilat...keris tikam pun tak berdarah camne..."
Kalau korang...camne...."sambungnya dan aku tiba2 berhenti seketika mengacau gulai...
dan semua lelaki yang berada di situ berpandangan sesama sendiri.
Dan aku mula berfikir..
Tentu ramai perempuan merasakan inilah ego lelaki yang paling dibenci.Semacam mementingkan diri sendiri kerana si lelaki belum tentu teruna...Mujur sangat lah kalau ada lelaki yang sanggup mengaku kepada pasangannya yang dia sudah hilang teruna.Tapi kalau si teruna mendengar pengakuan yang pasangannya sudah tiada dara...muka dia yang encem akan berubah menjadi Chimpanzee kalaupun bukan Modzila atau Gorila.Bagi aku.....pengakuan jujur dan sikap bertolak ansur perlu ada pada pasangan.Pengakuan bersalah mungkin mempunnyai alasan dan alasan ini harus dinilai dengan hati yang terbuka.Menerima
atau tidak...terserah kepada kewarasan masing2.
Seks bebas dan pembungan bayi memang sudah menjadi lumrah dewasa ini seakan menunjukkan isyarat yang keperawanan bukan lah suatu isu.Walaupun begitu masih ramai juga yang masih menjaga keperawanan mereka
kerana ia melambangkan maruah dan kehormatan diri lebih dari segala-galanya.
Bagi perempuan yang tinggal berjauhan dengan keluarga kebarangkalian gagal mengawal diri adalah tinggi kerana mengejar keseronakan sementara tanpa memikirkan kesan jangkamasa pendek dan jangkamasa panjang .Berjauhan dengan keluarga tidak seharusnya dijadikan lesen untuk merasai nikmat dunia
"Remaja hanya sekali"
Jika moto ini diguna pakai....alamat..terbarai la...bagi lelaki pula peluang sebegini sukar dilepaskan.
"alah...orang lain pun buat cam kita gak..u kata sayang I..bukan sakit...sedap....
tak lama..sekejap...."
dan ini adalah antara ayat lelaki hidung belang.
Dan si gadis pun menyerah kan mahkotanya atas alasan CINTA.
Bagi kita masyarakat timur masih berpegang kepada nilai kehormatan diri dan keluarga dan masih ada sesetengah masyarakat seperti di Sabah seperti Kota Belud, Semporna, Ranau, Keningau dan Sandakan masih mengamalkan amalan ‘soget’ iaitu denda yang dikenakan kepada lelaki yang tidak mahu bertanggungjawab ke atas gadis yang hamil kerana perhubungan mereka.
“Lelaki yang enggan bertanggungjawab pula masih perlu menjaga anak yang dikandung gadis terbabit sehingga berusia 18 tahun serta memberikan
nafkah kepada wanita berkenaan bergantung kepada persetujuan denda yang ditetapkan.
“Bagi mereka yang berkahwin pula, keluarga lelaki dikenakan denda dua lembu dan lima ayam kampung yang perlu diserahkan kepada keluarga perempuan sebagai denda"
"Hoi...nak masak gulai ke nak termenung..kering dah gulai tu..apasal tak kacau....
angkat.....! angkat .. !.nanti hangit...."lamunan aku tehenti bila terdengar jeritan warga emas yang rupa rupanya
sedang memerhatikan aku dari tadi...dan aku pun tersenyum kambing...hehehehehe...
Abadi Romeo.........
err.. tu lah masalh zaman sekarang.. tapi laki pun ramai yg dah xteruna.. so, yg xteruna tu xleh harap dpt pasngan yg masih dara..