Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1Zn2VpWeN Dara masih menjadi persoalan Teruna mencari Pasangan-18sx | abadi romeo

Followers

Dara masih menjadi persoalan Teruna mencari Pasangan-18sx

Jumaat, 18 Mac 2011


Musim cuti sekolah ni dapur kat rumah tak berasap sangat.....aku dah rasa macam VIP pasal ada lagi manusia yang sudi jemput aku maka kenduri dan banyaknya kenduri perkahwinan.Kalau dijemput makan aku datang berlenggang sajelah..tapi kalau diminta menolong...kene lah membantu tuan rumah tentang apa yang patut dan selalunya aku terlibat dalam soal masak memasak.
Ketika sedang memasak gulai kawah..sambil menggosip(lelaki pun menggosip)..dan kebanyakan yang ada kat situ masih belia....ada la dua tiga kerat warga emas sekadar memerhati sambil makan tapai.
"Bestnya kahwin...aku tengok pengantin lelaki tu bukan main semangat...Keris dia tu yang mahal tu...
tapi malam ni...baru nak masok sarung..."kata seorang lelaki bujang.

"orang tua kata..kene pasang cadar putih...pasal malam ni pengantin kene bersilat nampaknya...pasal keris nak masok kat sarong payah..ketat sikit....keris baru..sarung baru..."sambung nya lagi..dan kami 
disekeliling masing2 tersenyum...

"tapi kalau malam ni pengantin lelaki tak payah bersilat...keris tikam pun tak berdarah camne..."
Kalau korang...camne...."sambungnya dan aku tiba2 berhenti seketika mengacau gulai...
dan semua lelaki yang berada di situ berpandangan sesama sendiri.

Dan aku mula berfikir..

Tentu ramai perempuan merasakan inilah ego lelaki yang paling dibenci.Semacam mementingkan diri sendiri kerana si lelaki belum tentu teruna...Mujur sangat lah kalau ada lelaki yang sanggup mengaku kepada pasangannya yang dia sudah hilang teruna.Tapi kalau si teruna mendengar pengakuan yang pasangannya sudah tiada dara...muka dia yang encem akan berubah menjadi Chimpanzee kalaupun bukan Modzila atau Gorila.Bagi aku.....pengakuan jujur dan sikap bertolak ansur perlu ada pada pasangan.Pengakuan bersalah mungkin mempunnyai alasan dan alasan ini harus dinilai dengan hati yang terbuka.Menerima
atau tidak...terserah kepada kewarasan masing2.

Seks bebas dan pembungan bayi memang sudah menjadi lumrah dewasa ini seakan menunjukkan isyarat yang keperawanan bukan lah suatu isu.Walaupun begitu masih ramai juga yang masih menjaga keperawanan mereka
kerana ia melambangkan maruah dan kehormatan diri lebih dari segala-galanya.

Bagi perempuan yang tinggal berjauhan dengan keluarga kebarangkalian gagal mengawal diri adalah  tinggi kerana mengejar keseronakan sementara tanpa memikirkan kesan jangkamasa pendek dan jangkamasa panjang .Berjauhan dengan keluarga tidak seharusnya dijadikan lesen untuk merasai nikmat dunia

"Remaja hanya sekali"

Jika moto ini diguna pakai....alamat..terbarai la...bagi lelaki pula peluang sebegini sukar dilepaskan.

"alah...orang lain pun buat cam kita gak..u kata sayang I..bukan sakit...sedap....
tak lama..sekejap...."
dan ini adalah antara ayat lelaki hidung belang.

Dan si gadis pun  menyerah kan mahkotanya atas alasan CINTA.

Bagi kita masyarakat timur masih berpegang kepada nilai kehormatan diri dan keluarga dan masih ada sesetengah masyarakat seperti di Sabah seperti Kota Belud, Semporna, Ranau, Keningau dan Sandakan masih mengamalkan amalan ‘soget’ iaitu denda yang dikenakan kepada lelaki yang tidak mahu bertanggungjawab ke atas gadis yang hamil kerana perhubungan mereka. 

“Lelaki yang enggan bertanggungjawab pula masih perlu menjaga anak yang dikandung gadis terbabit sehingga berusia 18 tahun serta memberikan
nafkah kepada wanita berkenaan bergantung kepada persetujuan denda yang ditetapkan.

“Bagi mereka yang berkahwin pula, keluarga lelaki dikenakan denda dua lembu dan lima ayam kampung yang perlu diserahkan kepada keluarga perempuan sebagai denda" 


"Hoi...nak masak gulai ke nak termenung..kering dah gulai tu..apasal tak kacau....
angkat.....! angkat ..  !.nanti hangit...."lamunan aku tehenti bila terdengar jeritan  warga emas yang rupa rupanya
sedang memerhatikan aku dari tadi...dan aku pun tersenyum kambing...hehehehehe...

Abadi Romeo.........
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

24 ulasan:

  1. Nur Liyana berkata...:

    err.. tu lah masalh zaman sekarang.. tapi laki pun ramai yg dah xteruna.. so, yg xteruna tu xleh harap dpt pasngan yg masih dara..

  1. belogkiter berkata...:

    satu je. pasti ke yang dara menjamin kebahagiaan.. dan yang tak dara tu bukan kebahagiaan suami.. lebih bek dia jahat dulu dulu.. dari sekarang ramai isteri orang dgn suami orang... dan kebanyakannya bertudung dan baik sebelum kawin( ala ala gadis sopan lah)

  1. AYU JOE berkata...:

    tahu takpe .
    mcm2 berlaku zaman sekarang .
    saya harap kita semua masih punyai iman yang teguh .

  1. kiz berkata...:

    bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi..tapi sebagai lelaki kita yang harus menjadi pelindung bukan sebagai perangkap..

  1. Admin berkata...:

    sume org ade mse dpan,
    jgn punahkanny krna gmbira
    yg sdetik..

  1. Unknown berkata...:

    bila perempuan hilang dara
    orang cuma nampak perempuan saja yang jahat.
    padahal lelaki yang merosak kan..
    jadi masing2 jaga lah diri sendiri dengan baik..
    bukan semua orang kita boleh percaya..

    nak tau lelaki tu teruna ke tak?
    malam pertama dia sangat pandai.!!

  1. Unknown berkata...:

    hmmmm agak berat topik lu arini ni romeo....mencabar tahap ilmu gua jgk nak komen ni tapi bagi gua apa yang penting tu kejujuran dan kepecayaan antara satu sama lain. Mungkin elok kalau kita berterusterang dulu sebelum berkahwin. Bagi gua lelaki tak pandang sangat bende tu (ini bagi pendapat gua) tapi gua akan hargai keikhlasan seseorang tu.....

  1. Tanpa Nama berkata...:

    wanita kene pandai jaga maruah.jgn fkr lelaki x ksh hal sbb zaman dah maju.ade yg msh pntgkan hal ni tp yg plg pntg jaga maruah kerana agama dan itu harta yg plg berharga.hlg sekali x dpt semula.

  1. Buuwa berkata...:

    perempuan yang baik. untuk lelaki yang baik.. seandainya kita dapat yang tak baik..
    bererti kita masih tak cukup baik untuk mendapat yang lebih baik...

  1. abadi romeo berkata...:

    @y-A-n-A~ kalau nak kira adil macam tu lah

    @belogkiter~ kalau pasangan dapat menerima seadanya..pasti mereka akan bahgia..

    @♥AYU cik YUYU♥ ~ iman menjadi benteng terakhir..
    tetapi lelaki ni jujur aku nak kasi tahu...kalau janggut panjang sedepapun..kalau bab perempuan..tewas juga rasanya..Macam kucing...ikan dalam tudung saji pun dia bukak..apatah lagi ikan yang tak bertudung...bonus la tu..sebab tu ada pepatah kata..alim2 kucing..

  1. abadi romeo berkata...:

    @kiz ~ suka sama suka masa nak projek je..lepas tu,cari salah orang lain..alasan nak lari..

    @ diana ~ tu lah pasal..dua2 salah sebenarnya..kalau tuan tanah tak bukak pintu pagar..jangankan orang..kambing pun belum tentu boleh masok..
    errrrrhhh..mana tau x teruna cam tu..dia baca buku kot,VCD,internet..kawan kasi skill ke..sapa tahu...alah...skill ni tak payah ajar..gorilla dalam zoo pun tahu..pandainyeee...

  1. abadi romeo berkata...:

    @ perondajaketbiru74 ~ Gua sokong lu..BRO..Kita satu kapal nampaknya.Kasi tau dulu..kalau dah buat kenduri..lembu tumbang dua tiga ekor..ayam habis sereban..kompang bagai nak pecah kg..tup-tup...
    "cuci mangkok"tentu kurciwa..
    Nak cari ikhlas tu yang payah..ada pepatah Arab mengatakan"keikhlasan itu umpama mencari seekor semut hitam di atas batu hitam,di malam yang gelap gulita"....atoi..susah tu..

  1. abadi romeo berkata...:

    @zOeY zAu YaH ~ cadangan aku..kalau rasa macam dah diluar kawalan..elok kahwin je..nak bertunang segala...nampak mengarut sangat..couple lama2 pun tak baik gak..nanti basi la pulak..makan yang segar kan sedap..bertambah2...tambah..jangan tak tambah..

  1. abadi romeo berkata...:

    @buuwa ` harap bauwa dapat lelaki yang baik-baik macam abang Abadi Romeo...pasti selamat...ahak..ahak..

  1. ozzy berkata...:

    Assalam..

    Walau sejahat mana sekalipun lelaki dia tetap nak cari isteri yang masih dara..

  1. Relevan berkata...:

    Janda ok juge ..

  1. azi nur berkata...:

    "remaja hanya sekali"

    i like...entry yang best!

  1. MAZHA berkata...:

    salam, InsyaAllah lelaki yang baik akan bertemu dengan perempuan yang baik.

  1. Tanpa Nama berkata...:

    Salam bro...
    Nasib tak hangit gulai tu bro...karang bro pulak jadi jejaka terhangit kehkeh...

  1. MIMIE AIZA berkata...:

    bertepuk sebelah tangan tak kan berbunyi. masing2 kena pikir sendiri

  1. Adila Azmi berkata...:

    Mcm mcm la zaman skrang ni. --'

  1. Tanpa Nama berkata...:

    sejahat mana lelaki pun,dia mesti nak cari yang dara?..mana adil camtuh..sedangkan lelaki yang jahat tuh dah pun bazir kan generasi yg berkualiti..ukur baju pada badan sendiri la..hal cmni depend pada penerimaan psangan masing2..kalau confirm yg malu2 dan dara sebelum kahwin still boleh jaga adab dengan org lain terpulang..yang pasti manusia boleh berubah

  1. V berkata...:

    VEBCASTS - Listen web Radio Watching web TV, Tv Online. Watch Over 3000 Online TV Channels And 6500 Radio Stations Free For Around In The Wold clik to watching
    Listen Hindi radio click ,watching live movie ,live international radio,indo radio.usa radio and more ,LIVE MOVIE ,LIVE SPOTS,LIVE HINDI RADIO ,HINDI MOVIE ,AXN LIVE ,STAR MOVIE LIVE ,MAX CHANNEL LIVE LIVE UNTERNATIONAL RADIO AND TV BROADCASTER
    MALAYSIA RADIO ONLINE ,terdapat lebih 180 buah stesen radio online malaysia di sini lawati >  http://vecasts.blogspot.com/2011/10/malaysia-tv-online-watch-malaysia-tv.html
    MALAYSIA TV ONLINE tv1,tv2,tv3,alhijrahtv,dan macam macam lagi lawati >  http://vecasts.blogspot.com/2011/11/listen-malaysia-radio-online-live-radio.html

  1. Tanpa Nama berkata...:

    ape la..ppuan ni kalau bb laki nk bakal isteri masih dara kecoh sekampung..laki nk isteri masih dara xbg..ble nk kwen lg 1 pn xbg..aku pn xfhm..ape hak ppuan nk halang hak lelaki??korg ke yg kuarkan kos perkahwinan tuk mereka??nk ingatkan org tentang hadis n sunnah..tp diri sendiri xikut sunnah xbg laki kwen lg 1..sbb tu la ppuan lbeh ramai masuk neraka dr lelaki..ppuan lbeh pentingkan diri n ego lbeh tinggi dr lelaki..kalau dibuat beratus..lelaki yg terima seadanya seseorg ppuan tu lbeh tinggi dr peratus ppuan yg xboleh terima seadanya dimadukan..

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...