Semalam aku terfikir nak bagi hadiah to mrs tetapi puas memerah otak ..3 hingga 4 kali juga ku hantukkan kepala kat dinding.Ialah..sebagai tanda penghargaan buat seorang wanita sempena menyambut Hari Wanita Sedunia.Aku ni jenis yang pemurah tambah tambah lagi dengan wanita...kalau ada wanita lalu..aku tanpa segan silu bersedia dengan penuh rela menghadiahkan senyuman...kalaupun senyuman aku tak berbalas..aku tahu sebenarnya dia nak balas senyuman kat aku tapi cuma....alah wanita punya trick yang semuanya dalam kocek aku..malu-malu kucing sebab aku nampak dalam hati dia tersenyum dan tersengih..saja tak nak tunjuk.
Nak bagi hadiah apa ya...errrhmm..persoalan yang berlegar legar di dalam otakku..ajak la Mrs pergi shopping kat Megamall,puas berjalan sampai haus tapak kasut...tujuh kali tawaf Megamall.dan aku pun bertanya "
"Nak hadiah apa...special for today...."
"Alah..kita jalan-jalan je la,window shopping je la..."kata Mrs.
Aku mula bermonolog di dalam hati.Aku cuba mencari jawapan pada teka silangkata yang semakin sukar untuk dimengertikan dan harddisk otak aku berpusing ligat.Kena pergi Low Yatt pulak
upgrade 4 Gb baru cepat berfikir.Tiba-tiba muncul dalam memory membayangkan apakah hadiah
yang bakal dibeli oleh jutawan kepada kekasihnya..
mungkinkah...
Aku belikan lombong emas Wales ni kat sidia.Tak payah
susah susah nak
pergi Habib Jewel.Apa kelas..akan ku belikan mu sebuah lombong ...kelas kau perempuan...
Atau
Oud Oil |
Ini bukan minyak dagu..tetapi minyak yang dikatakan antara hadiah istimewa seorang juttawan.Di beritakan mengandungi 1 ons emas,selain bermanafaat untuk kesihatan dan aromanya yang menghairahkan ia juga mampu melawan stress pasangan anda.Berapa botol agaknya aku nak bagi kat Mrs..
atau
platinum |
Mungkin platinum mampu menyenangi hati sidia yang cintakan seni kerana ada yang sanggup membuang emas begitu sahaja jika lebih mencintai seni yang ada pada platinum.
Atau
Pulau |
Belikan sidia sebuah pulau sebagai tanda penghargaan,tak perlulah nak
berebut beli tiket Air Asia ,berkepit lah 24 jam sampai lebam..tak ada siapa
nak marah..pulau sendiri lah katakan...
Kapal lanun |
Kalau setakat kapal layar atau speed boat dah ramai orang pakai.
Ini spesial punya,jarang anak Melayu boleh beli..kapal lanun zaman Alfonso de Albuqeque
Duduk kat Hujung tu berdua2an...sambil nyanyi lagu Cellion Dion
"my Heart Will Go On".....sambil makan kuaci..
fuyoo...Titanic Versi Melayu...
atau
feberge eggs |
atau
Film Studio |
Daripada ternganga mulut tengok Mat Saleh berlakon walaupun kene tipu hidup-hidup,
adalah lebih baik belikan sahaja Studio Film ni.Boleh buat Film sendiri..
Tak perlu le nak tunggu Nuffnang bagi ticket free baru
boleh tengok film terbaru.Lagipun boleh jadi pengarah dan pilih sidia
jadi heroin..Tajuk film
Abadi Romeo...mesti malatop..pecah panggung...
Atau
Diamond |
Bukan menjadi rahsia lagi bagi jutawan dan perempuan seperti
ceti dan payungnya. Berlian dijual bermula dari 10k sehinggalah ke 100 juta
bergantung kepada karatnya.Kalau otak berkarat memang tak laku..tapi kalau berlian ada
harga.Selepas membuka kotak hadiah..aku pasti sidia tampa membuang masa
pasti akan mencium aku..oooowwww...
atau
lukisan |
Ramai jutawan ingin membuktikan cinta dengan menghadiahkan lukisan terkenal seperti Leonardo da Vinci, Pablo Picasso atau Van Gogh Jika aku boleh membeli Mona Lisa, membawanya keluar dari Louvre Muzium
Museum,kira macam aku dah hadiahkan sebiji bulan kat si dia....
"Yang...apasal you termenung ni..ingat apa..awek lain ke...?"tiba2 kedengaran
suara Mrs.
"Alah..you tak payah fikir nak bagi apa-apa kat I,satu je I nak minta....."
kata Mrs lagi.
"Apa....?" tanyaku....
dan dia menjawab
"CINTA"jawabnya
love |
Cinta tidak mempunyai harga, tetapi itu adalah hadiah yang paling mahal anda boleh memberikan kepada setiap orang yang anda kenal.Dan aku terfikir
inilah hadiah yang paling mahal dan aku
tahu sidia pasti tidak menolaknya
kerana....
cinta la katakan...alahai....dan aku keluar dari Megamall
tanpa perlu membelikan apa2 kerana sudah kutemui
apa yang ku cari........
Abadi Romeo.......
salam..
ermmm..bermonolog nampak..
kalau aku bagi baby je..bagi
dia bertambah sibuk kat rumah..baru lah
cinta hati namanya..he he..
***realiti aku tak sambut hari wanita nih..