Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1Zn2VpWeN Ibu mertuaku...ramai yang hampir jadi Kasim Selamat.. | abadi romeo

Followers

Ibu mertuaku...ramai yang hampir jadi Kasim Selamat..

Isnin, 21 Mac 2011


Entry yang lepas pasal kahwin..agak kontroversi  cuma belum sampai tahap tulisan Salman Rusdie....aku memang suka kalau ada gurlz yang geram kat aku.... ramai gurlz semacam tak puas hati bila hal keperawanan wanita menjadi isu,tapi aku memang suka pun respon camtu...biarkan...biarkan si Luncai terjun dengan labu2nya...tapi harus diingat..adakah Luncai merasakan sesuatu kerugian jika  melepaskan apa yang dia suka atau lebih baik hilang sekali bersama labunya...rela mendapat kesusahan dari melepaskan apa dia suka..tepok dada..tanya selera..kalau tak selera juga....kene cari lah mana -mana medan selera,kalau tak selera juga...elok lah buat pemeriksaan kat Puspakom..Something wrong somewhere..kene repair...ketat2 skru mana yang dah longgar.

Bila dah berkahwin..maka  pengantin akan mula mengenal keluarga suami atau isteri.
Selepas habis menggonyoh periuk belanga..kawah dan sisa-sisa toksid yang ditinggalkan selepas majlis perkahwinan bermulalah episod yang tak ingin dilalui oleh ramai yang bergelar menantu.Bagi aku kalau lelaki..
selalunya tak boleh lama kat rumah mertua dan antara alasannya kepada 
mertuanya

"Mak...nak balik KL la minggu depan..cuti tak lama..seminggu je.."
-padahal cuti dua minggu
@
"Rasanya nak bawa anak mak bulan madu kat Pulau Langkawi...tak boleh lama kat sini"
-macam lah banyak duit sangat padahal nak kahwin ni pun jual habis ayam
 kat kampung dengan reban2 sekali

dan pelbagi alasan yg direka khusus untuk tidak tinggal bersama mertua.Kalau yang bukan tergolong dalam rakan masjid..minggu suaikenal bersama mertua selalunya membuatkan hati resah gelisah bila bapa mertua selalu bertanyakan hal berkaitan agama sedangkan anda sijil kursus kahwin pun pakai beli je.Mertua selalunya akn membuat seisi ujibakat....nak tengok anda boleh jadi imam sembahyang atau tidak....ataupun paling koman dia akan suruh anda baca doa selepas sembahyang jemaah di rumah..Waktu ini peloh jantan mahupun betina membasahi baju dan seluar dalam anda.Ketiak  menjadi masam dengan tiba2...hangitnya cuma anda sendiri yang tahu.Jantung anda berdegup kencang....berbeza bagi yang sudah membuat persedian,pucuk dicita,ulam mendatang.....masa ni lah nak ambil hati mertua....

"Alim menantu aku tu...sembahyang 5 waktu solid...doa pun panjang"

mahu pecah seluar kalau mertua  puji cam tu.
Pada kebiasaanya lelaki akan membawa isterinya berpindah secepat mungkin.Pengantin perempuan memang bertuah jika dapat tinggal berasingan dari mertua kerana tinggal bersama mertua semacam menguji ketahanan mental.Kalau jenis perempuan yang tak tahu memasak....masa ni pening kepala macammana nak buat hidangan kat keluarga mertua.Kalau suami sendiri tak apa...masak pakai kaki pun suami akan kata

"sedapnya ayang masak.....nak tambah lagi...nasi ada..."

padahal anda cuma goreng ikan dengan minyak rambut .


jika anda yang masih teruna...

Sediakan payung sebelum hujan....adalah lebih elok anda memperkasakan diri dengan segala perihal ilmu rumahtangga kerana pelajaran  sains rumahtangga tidak diajar kepada lelaki di sekolah menengah.Lebih2 lagi kalau sudah bertunang...ini merupakan masa kecederaan yang paling berharga untuk mempelajari tak kira lah dari sumber mana.Kalau tidak..percalah...jika mertua anda selalu perli anda di khalayak ramai ataupun dihadapan menantunya yang lain..anda mula mencari-cari di mana mertua anda meletakkan garpu...wajah Kasim Selamat akan bermain2 futsal di benak fikiran anda...


jika anda masih dara

Walaupun setinggi manapun anda belajar..IPTS@IPTA....tak rugi jika mendalami ilmu rumahtangga.
Jika pulang ke kampung..alangkah elok jia anda mendalami skill dari ibu anda sendiri...bertanyakan apa sahaja mengenai rumahtangga.

Cuba bayangkan jika anda boleh membuat susu anak menggunakan tangan kiri..tangan kanan menggoreng ikan..kaki kiri membasuh baju..kaki kanan menghayun buai..semua di lakukan serentak...nescaya anda akan disayangi oleh mertua anda  takkala anda mempamerkan skill anda.Dan anda tidak perlu lagi mencari garpu untuk mencucuk mata sebagai tanda kasihnya anda pada suami anda.

Kalau tanya aku kenapa tak nak tinggal dengan mertua....
Aku kalau dalam rumah sama macam korang menontong filem Baywatch.....payah nak pakai baju...seksi 24 jam,,
hehehe..bukan apa senang nak berguling2....kat rumah mertua mana boleh buat cam tu...pakai kain pelekat
je la........

Abadi Romeo....
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

4 ulasan:

  1. ahakzz betoi 2...gk y belom kahwin pown kekdang terpk ngeri x nanti law tgl ngan fmly si dia...p papew pown baik buruknya insyaallah gk akan hadapi juga ngan aty y tabah...hahaha



    jom sama2 wat duit http://lalinklife.blogspot.com/2011/03/nak-duit-lagi-meh-cinie.html

  1. iza berkata...:

    As salam..
    My hubby ok je kalau dok dgn mertua tp katanya boring la dok sorang2. Maklum la, ayah dah tak ada (dia nak sembang dgn sapa?).Saya pulak anak bungsu dari 2 beradik. Kalau balik kg saya (Kedah),hanya akan ada mama sorang je. Akhirnya, balik la ke rumahnya (mertua saya Perlis), riuh rendah dgn saudara mara keliling umah.

  1. zulkbo berkata...:

    salam Zul..
    ala kasim..
    berapa mak mertua
    ko nih..?
    :D

    Aku lost no hp ko..
    balik hari tu nak call
    adehh..tiada dalam simpanan
    ko mesej aku di FB no HP ko

  1. abadi romeo berkata...:

    @gadis kepastian ~ sediakan cutton bud banyak2.

    @ iza ~ Kedah ngan Perlis tak jauh..sepelaung je..
    anyway..moga kebahgian dimana jua.

    @ zulkbo~ mertua aku dua2 dah takde..Selamat dari jadi Kasim selamat...sowang je,tapi..mata ni dok jeling2 bakal mertua..keh..keh..keh..

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...